WorksheetsBAB 13: METEOROID, ASTEROID DAN KOMET
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Meteoroid ialah
bahan pepejal yang tidak bergerak
batuan yang besar dalam sistem suria.
bahan pepejal yang terbina daripada ais.
serpihan batuan dan besi yang terapung di angkasa.
Antara berikut, yang manakah dikenali sebagai planet kecil?
Meteor
Komet
Asteroid
Meteoroid
Meteor yang telah sampai ke Bumi dikenali sebagai...
komet
meteorit
meteoroid
asteroid
Bumi MUNGKIN boleh tergelincir daripada orbitnya sekiranya...
suatu komet terbakar
Bumi dihentam oleh asteroid yang sangat besar
kawah terbentuk di Bumi
berlaku letusan gunung berapi.
Seseorang yang mengkaji tentang alam semesta dikenali sebagai
angkasawan
pakar kosmetik
ahli psikologi
ahli kosmologi
Rajah menunjukkan suatu fenomena yang dilihat oleh Arif di langit pada waktu malam. Namakan fenomena tersebut.
Aurora
Asteroid
Meteor
Komet
Ekor komet sentiasa dalam keadaan menjauhi Bumi kerana...
tiupan angin suria dari Matahari
tarikan graviti kuat dari planet-planet berdekatan
zarah-zarah pada ekor komet mempunyai cas yang sama dengan zarah-zarah pada Matahari
komet tersebut bergerak ke arah Matahari
Bulan mempunyai lebih banyak kawah pada permukaannya berbanding Bumi kerana ...
Bumi mempunyai atmosfera yang tebal untuk membakar meteoroid.
Bumi mempunyai proses yang dikenali sebagai hakisan yang dapat menghapuskan kawah.
Meteoroid mempunyai peluang yang lebih untuk menghentam Bulan.
Bulan mempunyai daya graviti yang lebih besar daripada Bumi untuk menarik meteoroid ke arahnya.
Antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR tentang hentaman asteroid terhadap Bumi?
Pembentukan gunung berapi.
Wujudnya kehidupan baharu di Bumi.
Meningkatkan sumber tenaga baharu di Bumi.
Menjadi punca utama kepupusan dinasour.
Kebanyakkan komet berasal dari ...
lingkaran Aten
lingkaran Apollo
lingkaran Amor
lingkaran Kuiper
Pancuran meteor berlaku apabila ...
meteor terbakar sebelum memasuki Bumi.
serpihan kecil batu dan logam yang terapung di angkasa lepas.
banyak meteor memasuki Bumi pada masa yang sama
meteor mengalami geseran molekul sehingga menghasilkan cahaya.
Objek- objek semulajadi yang terdapat dalam Sistem Suria kita ialah...
meteor
Prob angkasa
satelit komunikasi
komet
Ciri-ciri yang BENAR tentang asteroid ialah ...
berasal daripada serpihan objek lain.
terbentuk daripada gas dan air yang membeku menjadi ais, debu dan batuan.
suhu permukaan yang sejuk sekitar -73oC.
bergerak di antara orbit planet Marikh dengan Musytari.
Antara berikut, OBJEK yang manakah mengandungi batuan dan logam?
Nebula
Komet
Asteroid
Meteoroid
Bahagian utama pada komet.
Badan dan leher
Badan dan ekor
Kepala dan ekor
Nukleus, leher dan ekor
