wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA MINGGU KE-35

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Makanan itu telah _____ kerana terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk.

a)

kaku

b)

beku

c)

pegun

d)

tegang

2.

Kami sangat takut untuk mandi di sungai itu kerana arusnya sangat _____ dan berbahaya.

a)

laju

b)

kuat

c)

deras

d)

pantas

3.

Orang tua itu tidak _____ mengangkat peti kayu yang berat itu.

a)

penat

b)

larat

c)

letih

d)

elok

4.

Tali ampaian yang diikat oleh Puan Gayatri agak _____.

a)

lentur

b)

luntur

c)

rendah

d)

kendur

5.

Kanak-kanak yang _____ bercakap itu sebenarnya anak Puan Qistina.

a)

pandai

b)

cekap

c)

cepat

d)

petah

6.

Saif yang _____ itu menjadi orang harapan sekolahnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

a)

arif

b)

lasak

c)

mahir

d)

cerdik

7.

Adik Nafeesa belum tiba di rumah _____ jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang.

a)

agar

b)

kerana

c)

walaupun

d)

kemudian

8.

Puan Suraya berasa hairan _____ melihat anak lelakinya yang bongsu menangis teresak-esak.

a)

tetapi

b)

kecuali

c)

apabila

d)

sementara

9.

Semua mangsa banjir di kampung saya diarahkan _____ berpindah ke tempat yang lebih selamat.

a)

supaya

b)

kerana

c)

sambil

d)

apabila

10.

Puan Nabila dan Puan Salmiah duduk di padang itu _____ berbual-bual.

a)

dan

b)

sambil

c)

tetapi

d)

selagi

11.

Ayah menebas rumput _____ abang Faizal pula menyapu sampah di luar rumah.

a)

serta

b)

adakala

c)

sementara

d)

sungguhpun

12.

Adik Maisarah makan nasi goreng yang enak itu _____ menjilat jari.

a)

apabila

b)

manakala

c)

sehingga

d)

sungguhpun

13.

Ibu sentiasa berdoa _____ anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

a)

lalu

b)

semoga

c)

dengan

d)

walaupun

14.

Syahmi _____ pernah ke Sarawak. Oleh itu, pada cuti akhir tahun nanti mereka sekeluarga akan ke sana.

a)

telah

b)

masih

c)

belum

d)

sudah

15.

Kes penculikan yang berlaku di sekolah itu _____ diselesaikan oleh pihak polis dua hari yang lalu.

a)

akan dapat

b)

telah dapat

c)

belum dapat

d)

masih dapat

16.

Kuan Fei _____ menerima tawaran bekerja di syarikat di ibu kota itu tetapi dia terpaksa menolaknya kerana ingin melanjutkan pelajaran.

a)

akan pernah

b)

masih belum

c)

sudah pernah

d)

belum pernah

17.

Puan Normah _____ menggubah bunga ketika saya pergi ke rumahnya tadi.

a)

telah

b)

mesti

c)

harus

d)

masih

18.

Kapten Azhar _____ terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas semalam.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

19.

Azura _____ eratpinggang ibunya sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.

a)

mencapai

b)

merangkul

c)

menggarap

d)

menggengam

20.

Dagu ayah luka terkena pisau semasa dia _____ janggutnya.

a)

mencukur

b)

mencabut

c)

memotong

d)

menggunting

21.

Kayatri berjalan terhincut-hincut kerana tumit kaki kanannya _____ sebab memakai kasut baharu itu.

a)

melekit

b)

melecet

c)

melecur

d)

melebam

22.

Pak Deraman _____ jalanya ke dalam anak sungai itu.

a)

menebarkan

b)

melontarkan

c)

melemparkan

d)

mencampakkan

23.

Pemain pertahanan pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya _____ serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol.

a)

mematahkan

b)

melengahkan

c)

membanteras

d)

menghentikan

24.

Jashan dan Ravi telah memenuhi permintaan untuk menghadiri _____ rakan yang berbangsa Melayu.

a)

simpang-siur

b)

suku-sakat

c)

kenduri-kendara

d)

saudara-mara

25.

_____ orang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Malaysia.

a)

Beribu-ribu

b)

Ribu-ribuan

c)

Ribu-ribu

d)

Reribu