NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Penonton ______ masuk ke stadium untuk meyaksikan perlawanan bola sepak.
beransur-ansur
berduyun-duyun
berlegar-legar
berderet-deret
Keadaan di pintu gol pasukan Kedah _____ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan.
haru-biru
kacau-bilau
huru- hara
kucar-kacir
Intan _____ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu.
terkial-kial
tersipu-sipu
terketar-ketar
termanggu-manggu
Tulislah _____ supaya karangan kamu mudah dibaca.
masak-masak
senang-senang
mudah-mudah
terang-terang
_____ jelas kedengaran dari tempat berlangsungnya pertandingan bola sepak itu.
Sorak-sorai
Senda-gurau
Desas-desus
Ramah-tamah
Adik saya ketakutan semasa hujan lebat yang disertai kilat _____
hingar-bingar
dentam-dentum
sabung-menyabung
tingkah-meningkah
Chef Wan menggunakan ____ yang bermutu tinggi sahaja untuk melazatkan masakannya.
lauk-pauk
rempah-ratus
beras-petas
sayur-mayur
Seni silat dan pantun ialah warisan _____ nenek moyang orang Melayu sejak dahulu.
turun-temurun
gilang-gemilang
saki-baki
suku-sakat
Pencuri itu ____ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.
menanti-nanti
melaung-laung
menarik-narik
meronta-ronta
Apabila musim kemarau, sawah padi menjadi _____
kering-kontang
olang-aling
lauk-pauk
gelap-gelita
Rumah menjadi _____ apabila bekalan elektrik terputus.
kering-kontang
gelap-gelita
haru-biru
huru-hara
Kayu itu reput dimakan ______.
kura-kura
rama-rama
anai-anai
labah-labah
Sampan yang penuh dengan muatan itu _____ dipukul ombak.
bolak-balik
terumbang-ambing
lalu-lalang
olang-aling
Pak Ali meletakkan ____ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.
orang-orang
labu-labi
kura-kura
laki-laki
Kakak memasukkan _______ buah itu ke dalam peti sejuk.
abuk-abuk
agar-agar
epok-epok
oleh-oleh
