WorksheetsSEJARAH KSSM TINGKATAN 5 (BAB 8 : 8.1&8.2)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula pada tahun ________ hingga tahun ________
1960,1970
1970,1980
1966,1970
1970,1990
Matlamat DEB ialah mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi (a)
Antara yang berikut, pilih strategi DEB.
Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum
Memastikan pembangunan seimbang dalam semua sektor ekonomi
Menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi
Menyusun semula masyarakat (重塑社会结构) untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
Dalam pelaksanaan DEB, antara program yang dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar termasuklah:
Penerokaan tanah baharu
Bantuan peralatan pertanian
Pembukaan Bandar Baru
Pembentukan kawasan perindustrian bebas
Apakah agensi kerajaan yang membentuk DEB?
Majlis Gerakan Negara
Majlis Perpaduan Negara
Majlis Perundingan Negara
Majlis Keselamatan Negara
Terdapat penduduk bandar yang turut menghadapi kemiskinan hidup.
Mengapakah berlaku kemiskinan tersebut?
Pembangunan yang pesat
Kesukaran memperoleh pekerjaan
Kemajuan sistem pengangkutan
Pendapatan yang rendah
Bagaimanakah kerajaan membasmi kemiskinan di kawasan bandar?
Memajukan sektor perindustrian
Memodenkan jalinan perhubungan
Membangunkan perumahan mewah
Mempelbagaikan kemudahan prasarana
Tun Abdul Razak membuat pengumuman pelancaran Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.
Mengapakah rancangan tersebut dilancarkan?
Mengkaji keberkesanan program DEB
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
Meningkatkan pengeluaran bahan makanan
Mengawal mutu perkhidmatan awam
DEB bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Apakah pendekatan DEB untuk mencapai tujuan tersebut?
Berkongsi kepakaran teknikal
Agihan ekonomi yang seimbang
Produktiviti negara dibangunkan
Kualiti perkhidmatan ditingkatkan
Dalam pelaksanaan DEB, golongan miskin di bandar juga disediakan dengan pelbagai kemudahan asas termasuklah :
Bantuan biasiswa dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak
Program Rumah Murah
Kemudahan Kredit
Pendidikan
