WorksheetsKuiz Peribahasa (Kelas Intervensi 15 Oktober 2021)
Total questions: 20
Worksheet time: 25mins
Perselisihan pendapat dalam kalangan pihak pengurusan dan pentadbiran menyebabkan kakitangan bawahan menjadi mangsa keadaan tersebut.
Keadaan ini dikatakan seperti ......
kucing kehilangan ibu
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah
ketam mengajar anaknya berjalan betul
Setelah 20 tahun Encik Jamil dan keluarganya tinggal di Australia, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menetap di tanah air.
Keadaan ini samalah seperti ....
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Peribahasa belakang parang diasah lagikan tajam bermaksud ....
jika belajar dengan bersungguh-sungguh, kita akan menjadi pandai.
membuat pekerjaan yang lebih daripada keupayaan.
pengetahuan yang tidak sempurna hingga tidak mendatangkan faedah.
jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan.
Encik Kamil menurut segala perintah isterinya secara membuta tuli. Sikapnya itu tidak disenangi oleh ibu dan ayahnya.
Sikapnya itu samalah seperti ....
lalang ditiup angin
abu di atas tunggul
kerbau dicucuk hidung
biduk lalu kiambang bertaut
Peribahasa yang berikut membawa maksud usaha yang dibuat hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh, kecuali ......
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang berdakwat, biarlah hitam
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Walaupun harga televisyen yang dibeli oleh Encik Guna ini mahal, namun dia berpuas hati kerana televisyen ini tidak pernah rosak walaupun sudah berpuluh-puluh tahun dia menggunakannya.
Hal ini diumpamakan .....
ukur baju di badan sendiri
besar periuk besarlah keraknya
alah membeli menang memakai
ada rupa ada gaya
Setelah dia memiliki sebuah kereta baharu, motosikal buruknya tidak digunakan lagi. Keadaan ini samalah seperti ....
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
tidak dapat tanduk, telinga dipulas
bagai telur di hujung tanduk
kacang melupakan kulit
Ayah menasihati Jamal supaya menyimpan sebahagian pendapatannya sebagai persediaan jika berlaku kecemasan.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut ialah ....
sediakan payung sebelum hujan
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
belum duduk sudah berlunjur
awal dibuat akhir diingat
Harga pakaian di butik ini ......
ke tengah boleh, ke tepi boleh
mahal seperti berlian
seperti pinang dibelah dua
bagai melepaskan batuk di tangga
Persengketaan antara Murni dengan abangnya itu merupakan perkara biasa kerana .....
kalau ada asap, tentu ada api
gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga
indah khabar dari rupa
ke tengah boleh, ke tepi boleh
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat-ayat berikut.
Bandar-bandar besar sering menjadi tumpuan untuk mendapat pekerjaan.
Ada gula adalah semut
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Merdu macam buluh perindu
Bagai menatang minyak yang penuh
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat-ayat berikut.
Marcus tidak mahu menurut arahan guru kelas.
Anak di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusukan
Ada gula ada semut
Degil macam keldai
Seperti cacing kepanasan
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat-ayat berikut.
Penduduk kampung bergotong-royong untuk menyiapkan balai raya itu.
Nasi sudah menjadi bubur
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat-ayat berikut.
"Tidak ada gunanya menyesali hal itu kerana sudah terlambat" Kata Anuar.
Nasi sudah menjadi bubur
Degil macam keldai
Merdu macam buluh perindu
Beri betis hendakkan paha
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat-ayat berikut.
"Jangan terlalu mementingkan orang lain sehingga mengabaikan keluarga sendiri", nasihat ayah.
seperti anak kehilangan ibu
bagai ayam disambar helang
anak di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusukan
bagai berumah di tepi pantai
Tuliskan perumpamaan yang sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Keadaan hidup keluarga Mak Dira (bagai berumah di tepi pantai; bagai aur dengan tebing) kerana sering diganggu oleh Along.
(a)
Tuliskan perumpamaan yang sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Dahlan jatuh hati dengan Fauziah yang cantik (bagai hempedu lekat di hati; bagai bulan purnama penuh) serta bersopan santun.
(a)
Tuliskan perumpamaan yang sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Air mata Usha berguguran (bak perahu berat sebelah; bak manik putus tali) apabila mendengar berita kematian neneknya.
(a)
Tuliskan perumpamaan yang sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Selena (seperti langit dengan bumi; seperti kera kena belacan) apabila berada di taman bunga.
(a)
Tuliskan perumpamaan yang sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Anak orang kaya itu (seperti rusa masuk kampung; seperti lipas kudung) apabila masuk ke rumah kawannya yang miskin itu.
(a)
