NEW
Font size
WorksheetsASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Yang manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai kod arahan?
Kod arahan ialah satu arahan yang mengarahkan komputer melakukan sesuatu tugas
Kod ini boleh disimpan dalam ingatan dan digunakan semula
Kod arahan ditulis dalam suatu bahasa pengaturcaraan yang tidak boleh difahami oleh komputer
Satu set kod arahan yang mengarahkan komputer untuk menyelesaikan sesuatu tugas dipanggil atur cara atau program kompute
Pembolehubah ...
Merupakan storan ingatan yang digunakan oleh program komputer untuk menyimpan data yang perlu diolahkan kemudian
Boleh menyimpan data dalam bentuk nilai berangka seperti integer dan nombor perpuluhan sahaja
Tidak boleh digunakan untuk mewakili data yang hendak dimasukkan ke dalam program
Apabila program diuji lari, pemboleh ubah tidak akan digantikan dengan data yang sebenar
Pembolehubah ialah data yang disimpan dalam ...
Nilai berangka
Nilai logik
Teks
Semua jawapan di atas
Operator matematik ialah simbol-simbol yang digunakan dalam menjalankan operasi matematik dalam kod arahan. Operasi matematik melibatkan operasi seperti berikut KECUALI ...
tambah (+)
tolak (–)
darab (×)
kuasa dua (2)
Dalam pengaturcaraan, perkataan-perkataan pengekodan berikut digunakan untuk mengawal pilihan KECUALI ...
(ELSE)
(IF)
(IF…ELSE)
(IF…ELSE IF…ELSE)
Berdasarkan Rajah 4.3 yang manakah pernyataan yang BENAR?
Jika umur yang dimasukkan melebihi 60, mesej “Anda ialah seorang dewasa.” akan dipaparkan
Jika umur yang dimasukkan melebihi 30, mesej “Anda ialah seorang belia.” akan dipaparkan
Jika umur yang dimasukkan melebihi 14, mesej “Anda ialah seorang awal remaja.” akan dipaparkan
Jika kesemua empat syarat tidak dipenuhi mesej “Anda ialah seorang kanak-kanak.” akan dipaparkan
Dalam atur cara yang melibatkan struktur kawalan ulangan ...
Tindakan yang berulang-ulang disebut gelung
Atur cara akan mengarahkan program melakukan sesuatu tindakan berulang-ulang
Sehingga sesuatu syarat dipenuhi
Semua jawapan di atas
Carta alir menunjukkan ...
Struktur kawalan halangan
Struktur kawalan pilihan
Struktur kawalan ulangan
Struktur kawalan bayangan
Pembangunan atur cara melibatkan lima fasa utama iaitu :
Analisis masalah > reka bentuk program > pengekodan > pengujian > penyahpepijatan > dokumentasi
Analisis masalah > pengekodan > pengujian > reka bentuk program > penyahpepijatan > dokumentasi
Analisis masalah > dokumentasi > pengekodan > pengujian > reka bentuk program > penyahpepijatan
Analisis masalah > reka bentuk program > dokumentasi > pengekodan > pengujian > penyahpepijatan
Pada fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara mula ...
Menulis pseudokod
Mengabaikan carta alir
Membuat lakaran
Mereka bentuk algoritma
Pada fasa pengekodan ...
Pengatur cara menyediakan dua jenis dokumentasi iaitu dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran
Pengatur cara akan menukarkan pseudokod kepada kod yang difahami oleh komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic, JAVA ataupun Visual C++
Pengatur cara akan menguji atur cara yang telah ditulis untuk mengesan ralat
Pengatur cara akan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada atur cara
Yang manakah BENAR mengenai ralat?
Ralat yang terdapat dalam atur cara tidak akan menyebabkan atur cara tidak dapat beroperasi dengan betul
Atur cara boleh tamat dengan tiba-tiba atau menghasilkan output yang salah
Ralat boleh berlaku dalam peringkat tertentu sahaja
Ralat terdiri daripada 4 jenis ; ralat sintaks, ralat masa larian, ralat logik dan ralat tidak logik
Seorang murid menaip alamat e-mel sebagai “dotcom” dan bukan “.com”
Apakah ralat yang terjadi?
Ralat sintaks
Ralat masa larian
Ralat logik
Ralat tidak logik
Seorang pemandu kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pemandu boleh membelok kiri atau kanan apabila lampu isyarat bertukar hijau. Jika destinasi yang dituju perlu membelok ke kiri tetapi pemandu membelok ke kanan.
Apakah ralat yang terjadi?
Ralat sintaks
Ralat logik
Ralat masa larian
Ralat tidak logik
Ralat yang wujud disebabkan oleh perisian hasad (malicious software), seperti virus atau cecacing, kepincangan atur cara (program flaw), pepijat (bug), atau ingatan yang tidak mencukupi (insuffi cient memory).
Apakah ralat yang terjadi?
Ralat sintaks
Ralat logik
Ralat masa larian
Ralat tidak logik
Nyatakan langkah-langkah mencari ralat dalam atur cara.
Bandingkan hasil atur cara > kesan ralat pada kod arahan > baiki ralat > uji lari atur cara semula
Uji lari atur cara semula > bandingkan hasil atur cara > kesan ralat pada kod arahan > baiki ralat
Uji lari atur cara semula > kesan ralat pada kod arahan > bandingkan hasil atur cara > baiki ralat
Bandingkan hasil atur cara > baiki ralat > kesan ralat pada kod arahan > uji lari atur cara semula
