Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEKNOLOGI DI HUJUNG JARI

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tunggal yang betul.

a)

Maherah berpindah ke Putrajaya.

b)

Maherah berpindah ke Putrajaya sejak tiga minggu yang lalu.

c)

Maherah berpindah ke Putrajaya kerana mengikut keluarganya.

2.

Pilih ayat tunggal dengan peluasan subjek.

a)

Lelaki yang berkaca mata itu merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.

b)

Lelaki itu merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.

c)

Lelaki yang berkaca mata itu merupakan seorang pensyarah.

3.

Pilih ayat tunggal dengan peluasan predikat.

a)

Syarikat perusahaan Encik Lokman mempunyai tiga cawangan.

b)

Syarikat Encik Lokman mempunyai tiga cawangan di Kuala Lumpur.

4.

Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat yang diberi. Kemudian, pilih jawapan yang ayatnya mempunyai peluasan subjek.


Abang Kasmah bertugas sebagai anggota polis.

a)

Abang Kasmah bertugas sebagai anggota polis sejak lima tahun yang lalu.

b)

Abang Kasmah yang paling tua bertugas sebagai anggota polis.

5.

Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat. Kemudian, pilih jawapan yang ayatnya mempunyai peluasan subjek.


Nenek gemar berkebun.

a)

Nenek kesayangan Amri gemar berkebun di belakang rumah.

b)

Nenek kesayangan Amri gemar berkebun.

c)

Nenek Amri gemar berkebun di belakang rumah.

6.

1. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat. Kemudian, pilih jawapan yang ayatnya mempunyai peluasan predikat.


Kios layan diri di restoran-restoran memberikan kemudahan yang cekap dan pantas kepada pelanggan.

a)

Kios layan diri yang berteknologi moden di restoran-restoran memberikan kemudahan yang cekap dan pantas kepada pelanggan.

b)

Kios layan diri di restoran-restoran memberikan kemudahan memesan makanan yang cekap dan pantas kepada pelanggan.

7.

Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat. Kemudian, pilih jawapan yang ayatnya mempunyai peluasan predikat.


Puan Munira suka berkongsi pendapat tentang ilmu tajwid dan penulisan jawi di saluran media sosial.

a)

Puan Munira suka berkongsi pendapat tentang ilmu tajwid dan penulisan jawi secara langsung di saluran media sosial.

b)

Puan Munira seorang guru yang suka berkongsi pendapat tentang ilmu tajwid dan penulisan jawi di saluran media sosial.

8.

Pilih perkataan yang sesuai bagi melengkapkan predikat bagi ayat di bawah.


Berita sedih yang baru diterima Hajar disambut dengan hati terbuka kerana dia tahu ada hikmah ___________ disebaliknya.

a)

terselit

b)

terpalit

c)

terbukti

d)

tersembunyi

9.

Kios canggih itu menggunakan kemudahan sistem pesanan elektronik.

a)

ayat tunggal peluasan subjek

b)

ayat majmuk peluasan subjek

10.

Dato Sri' Siti Nurhaliza yang jelita itu penyanyi yang terkenal.

a)

ayat tunggal peluasan subjek

b)

ayat majmuk peluasan subjek

11.

Ernie mencari buku nota yang berwarna hitam keemasan.

a)

ayat tunggal peluasan predikat

b)

ayat majmuk peluasan predikat

12.

Lisa yang menawan itu membasuh pinggan.

a)

ayat tunggal peluasan subjek

b)

ayat tunggal peluasan predikat

13.

Azman membaca buku cerita seram itu.

a)

ayat tunggal peluasan subjek

b)

ayat tunggal peluasan predikat

14.

Pelajar itu melayari internet untuk mencari maklumat tentang sejarah kemerdekaan negara.

a)

ayat majmuk peluasan subjek

b)

ayat majmuk peluasan predikat

15.

Amar yang berkaca mata itu mendengar lagu sambil menikmati jus oren.

a)

ayat majmuk peluasan subjek

b)

ayat tunggal peluasan subjek

16.

Orang yang memakai kopiah itu abangnya.

a)

ayat majmuk peluasan subjek

b)

ayat majmuk peluasan predikat