WorksheetsPERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 90
Worksheet time: 45mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan pernyataan visi bagi sebuah organisasi perniagaan.
VISI
“Menjadi syarikat pengeluar sarung tangan getah yang terunggul di Malaysia.”
Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan visi di atas?
Pelabur memerlukan visi tersebut untuk tujuan membuat pelaburan
Pekerja menjadikan visi tersebut untuk menyokong usaha mereka
Pengurus menjadikan visi tersebut sebagai panduan membuat keputusan
Pemilik memerlukan visi tersebut untuk memaksimumkan keuntungan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Analisis yang berikut, manakah merujuk kepada kelemahan faktor dalaman?
Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing
Pekerja yang kurang berkemahiran
Kewujudan teknologi baharu
Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Syarikat Megaply Sendirian Berhad.
Syarikat Megaply Sendirian Berhad mengeluarkan perabot untuk pasaran tempatan. Syarikat mempunyai sebuah kilang dan seramai 30 orang pekerja. Jumlah untung bersih terkumpul untuk 5 tahun yang lepas adalah sebanyak RM5.5 juta. Baru-baru ini,syarikat mengambil keputusan untuk memasuki pasaran antarabangsa dalam jangka setahun. Justeru,syarikat menimbangkan untuk membina sebuah kilang baharu bernilai RM150 juta dan mengambil seramai 250 orang pekerja baharu.
Apakah ciri objektif yang baik yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Megaply Sendirian Berhad?
Spesifik
Jangka masa
Boleh diukur
Boleh dicapai
Apakah kepentingan visi kepada perniagaan?
Membantu perniagaan membuat perancangan
Menentukan hala tuju yang ingin dicapai oleh perniagaan
Mengenal pasti tujuan penubuhan sesebuah perniagaan
Menyediakan satu asas bagi memperuntukan sumber organisasi
Antara berikut yang manakah kesan kepada perniagaan sekiranya gagal mencapai objektif?
Jualan merosot
Imej terjejas
Menghentikan pembayaran balik hutang
Menghentikan pembelian bahan mentah atau barang niaga
Butiran manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kedai
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan objektif perniagaan?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Menyelaras pernyataan visi dan misi
Boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek
Menggambarkan sasaran yang ingin dicapai secara spesifik
Pernyataan berikut merupakan objektif bagi sebuah syarikat pengeluaran biskut coklat.
“Syarikat Biskut Coklat Yammi akan mengeluarkan sebanyak 60 000 bungkus biskut coklat pada tahun hadapan”
Apakah ciri objektif yang dapat dipenuhi oleh syarikat tersebut?
Boleh diukur
Munasabah
Jangka masa
Boleh dicapai
Maklumat berikut berkaitan Visi Petronas.
VISI PETRONAS
“Menjadi pembekal minyak yang terkemuka bukan sahaja di negara Malaysia,malahan pada peringkat antarabangsa”
Manakah penetapan misi yang membuktikan Petronas mencapai visi tersebut?
Mendorong semua pihak berkepentingan bekerjasama melaksanakan visi
Menjalankan aktiviti organisasi pada masa sekarang
Memudahkan pengagihan sumber berkaitan kepada unit dalam organisasi
Menetapkan sasaran yang ingin dicapai secara khusus
Antara yang berikut, yang manakah merupakan konsep asas perniagaan ?
Barang dan perkhidmatan
stok
Kontrak perniagaan
Penjual dan pembeli
Manakah yang dikatakan dengan aktiviti perniagaan?
Aktiviti khidmat sosial
Aktiviti berasaskan barang
Aktiviti jual dan beli
Aktiviti berasaskan perkhidmatan
Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan?
Menentukan hala tuju perniagaan
Mengembangkan perniagaan
Perniagaan tidak dikenakan cukai
Meningkatkan gaji pekerja
Terdapat tiga kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotif untung
jualan melebihi harga kos
Secara percuma
jualan pada harga kos
jualan pada harga bawah kos
Berikan dua bentuk pemilikan perniagaan yang telah dipelajari oleh anda.
(a)
Apakah kelebihan milikan tunggal ?
Mudah ditubuhkan
Modal terhad
Mudah diuruskan
Pemilik hanya bayar cukai individu
Pilih jenis rakan kongsi ?
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi bebas
Rakan kongsi biasa
Berikan salah satu sektor dalam klasifikasi perniagaan.
(a)
- Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo
- Perlu membuat bayaran fi (royalti)
Pernyataan di atas merujuk kepada
Francais
Usaha sama
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak mentah
D. Pengeluaran ubat-ubatan
A
B
C
D
Apakah tujuan perniagaan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan pendapatan negara
Mewujudkan peluang pekerjaan
Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?
Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga
Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai
Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang
Liabiliti tidak terhad
Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?
Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan
Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan
Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan
Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri
Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Isu yang manakah yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
Isu negara
Isu serantau
Isu dua hala
Isu tempatan
Apakah maksud visi?
Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi.
Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi.
Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi.
Visi merupakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus.
Apakah tujuan penetapan visi perniagaan?
Meningkatkan keuntungan
Mengenal pasti peluang perniagaan
Menggambarkan pencapaian yang khusus
Merancang matlamat jangka masa panjang
Pernyataan berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Peralatan Elektrik Berhad.
Mengimport barangan peralatan elektrik buatan Jepun yang dikeluarkan dari kawasan industri Kobe untuk dijual di Malaysia pada musim perayaan.
Apakah ciri objektif bagi syarikat tersebut?
Realistik
Spesifik
Jangkamasa
Boleh diukur
Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
I Ekonomi
II Sosiobudaya
III Sumber manusia
IV Kewangan
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pernyataan objektif "Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun".
Nyatakan SMART yang ada dalam pernyataan objektif.
Boleh diukur dan spesifik
Munasabah dan jangkamasa
Boleh diukur dan jangkamasa
Munasabah dan boleh diukur
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?
Berlaku kerugian
Sumber tidak diagih dengan betul
Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai
Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
Apakah maksud struktur organisasi?
Struktur jawatan pihak atasan
Struktur pengagihan tugasan pekerja
Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi
Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan
Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?
Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan
Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima
Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal
Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna
Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?
Membuat promosi melalui radio dan surat khabar
Membina laman web untuk memperkenalkan barang
Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang
Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan malar
Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Menyediakan infrustruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem pendidikan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
Kerajaan negeri menjalankan peranan
Membangunkan kawasan setempat
Membina jaringan pengangkutan yang baik
Mengumpul cukai pendapatan dan cukai keuntungan perniagaan
Melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan perniagaan
Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan guna tenaga penuh.
Pengangguran mencapai tahap minimum 4 %
Pengurangan kadar ganti pusing dalam kalangan pekerja
Tidak wujud pengangguran sumber tenaga dalam kalangan pekerja
Penganggur diberi latihan berkaitan dengan peningkatan aktiviti.
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pengangguran bermusim?
Keadaan ekonomi meleset
Tiada kemahiran yang diperlukan
Berlaku perubahan dalam industri
Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek
Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?
Pekerja tamat kontrak
Pekerja diberhentikan
Pekerja tiada kemahiran teknologi
Pekerja mendapat pekerjaan baharu
Pengangguran kitaran berlaku kerana
Ekonomi tidak stabil
Pekerja tamat kontrak
Pekerja kekurangan kemahiran
Majikan gagal membayar gaji pekerja
Yang manakah faktor inflasi?
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan menikut jumlah permintaan.
Yang manakah kesan deflasi?
A. Berlaku guna tenaga penuh
B. Kuasa beli pengguna meningkat
C. Wujud lambakan barang dan perkhidmatan dalam pasaran
D. Permintaan terhadap barang atau perkhidmatan meningkat secara berterusan
Pilih kesan yang berlaku akibat daripada
kewujudan faktor persekitaran luaran yang
menyebabkan trend menurun.
Kuasa beli meningkat
Nilai wang meningkat
Kos pengeluaran menurun
Keadaan politik dan perundangan negara tidak stabil
Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi
operasi sesebuah perniagaan?
Melalui penggubalan dasar dan
penguatkuasaan undang-undang
Memberikan khidmat nasihat kepada
golongan peniaga
Meletakkan wakil kerajaan di setiap
premis perniagaan
Mengenakan denda kepada peniaga yang
tidak mengikut peraturan
Yang manakah pasangan yang betul?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah kesan
kemelesetan ekonomi?
I Guna tenaga penuh
II Pengangguran meningkat
III Kuasa beli penduduk menurun
IV Kuasa beli penduduk meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar foto berkaitan faktor dalaman dalam
persekitaran perniagaan.
Apakah faktor dalaman tersebut?
Pekerja
Pemasaran
Pengeluaran
Gaya pengurusan
Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis
SWOT.
Kekuatan dan ancaman ialah komponen
analisis luaran
Kekuatan dan kelemahan ialah komponen
analisis luaran
Peluang dan ancaman ialah komponen
untuk analisis luaran
Peluang dan ancaman ialah komponen
untuk analisis dalaman
Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja
di negara maju semakin berkurangan?
Tiada peluang untuk kenaikan pangkat
dalam organisasi
Upah yang ditawarkan rendah oleh itu
pekerja berhijrah ke negara lain
Meningkatnya penggunaan mesin, robot
dan teknologi dalam pengeluaran
Negara maju hanya menumpukan kepada
bidang perkhidmatan sahaja
Pilih pernyataan betul tentang masalah
kemerosotan ekonomi.
I Pendapatan penduduk tidak mencukupi
untuk membeli barang
II Peniaga akan mengeksport barang ke
luar negara
III Pengeluaran barang meningkat
IV Kadar pengangguran meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah kesan perubahan dari aspek
teknologi?
Kaedah pengagihan barang dan
perkhidmatan menjadi lebih cekap
Perbezaan gaya hidup membuka peluang
menembusi pasaran yang baharu
Pelbagai program berkaitan perniagaan
diterapkan dalam sistem pendidikan
Sekatan dikenakan ke atas barang import
untuk melindungi dan menjaga kepentingan
peniaga tempatan
Maklumat di bawah berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan:
Encik Danish mengawal sepenuhnya kedai makanannya.
Apakah kelebihan perniagaan Encik Danish?
Bebas buat keputusan
Lebih modal dapat dikumpulkan
Menanggung liabiliti perniagaan terhad
Dapat berkongsi kepakaran dengan rakan kongsi
Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?
Klinik Ming
Koperasi Pekebun-Pekebun Kecil
Syarikat Penerbangan Air Asia
Pasar Raya Mydin
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu sektor perniagaan:
* Pembuatan dan pengilangan
* Kejuruteraan
* Pembekalan tenaga
Apakah sektor perniagaan tersebut?
Sektor mikro
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
Pilih dua kelebihan perniagaan bersaiz kecil.
Berdaya saing
Kos pengeluaran rendah
Kos upah yang rendah
Lebih mudah mengubah strategi perniagaan jika perlu
Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?
I Bilangan pekerja tetap
II Jumlah jualan tahunan
III Jumlah bahan mentah
IV Jumlah aset dan pembangunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah jenis pengangguran yang mungkin wujud jika sebuah restoran menggunakan robot sebagai pelayan untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan?
Pengangguran kitaran
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?
Politik yang stabil
Pekerja yang inovatif dan kreatif
Sistem pengurusan yang cekap
Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
Apakah kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman?
Melahirkan idea baru
Dapat memotivasikan pekerja
Mempunyai kemahiran baharu
Bersemangat dalam menjalankan tugas
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor persekitaran perniagaan:
* Ekologi
* Teknologi
* Politik
* Ekonomi
Pernyataan di atas merujuk kepada
peluang pekerjaan
ancaman perniagaan
faktor luaran perniagaan
faktor dalaman perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan SWOT:
"Contoh faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan ialah kekurangan kepakaran"
Apakah ciri SWOT tersebut?
Peluang
Ancaman
Kekuatan
Kelemahan
Apakah maksud visi perniagaan?
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
Maklumat ini berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan:
"Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai"
apakah ciri-ciri SMART tersebut?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Butiran yang manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kilang
Kos penyelenggaraan
Upah kerja lebih masa
Kos belian bahan mentah
Pernyataan yang manakah merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
Pembahagian kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kerja
Pengkhususan kerja
Pernyataan yang manakah merupakan maksud pembangunan produk baharu?
Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
Memperkenalkan produk baharu untuk pasaran lama
Memasuki pasaran yang berlainan dengan pasaran lama
Meningkatkan jualan produk sedia ada dalam pasaran lama
Manakah yang BUKAN kesan perubahan dari aspek pasaran?
Lambakan barang import
Pembangunan dalam teknologi
Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan
Maklumat di atas berkaitan dengan suatu perniagaan. Apakah kesan terhadap pasaran?
Lambakan barang import
Pembangunan dalam teknologi
Peningkatan pendapatan negara
Perubahan gaya hidup pengguna
Manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
Kadar pengangguran meningkat
Pendapatan boleh guna meningkat
Merancakkan pertumbuhan ekonomi
Pengurangan penggunaan teknologi
Antara yang berikut, manakah kesan perubahan dari aspek undang-undang? Pilih 3 jawapan paling tepat.
Mengelakkan lambakan barang di pasaran
Mewujudkan sistem perniagaan secara adil
Melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
Melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
Akta manakah yang dapat melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan?
Akta Syarikat 1965
Akta Kontrak 1950
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran.
Apakah akta X?
Akta Kontrak 1950
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Akta manakah yang diperuntukkan untuk mewujudkan sistem perniagaan secara adil
Akta Konrak 1950
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran? Pilih DUA jawapan yang paling tepat
Pembangunan dalam teknologi
Kadar pengangguran berkurangan
Memperkukuh pertumbuhan ekonomi
Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
Syarikat KLM telah menyalin semula filem yang dikeluarkan oleh Syarikat ABX dengan tujuan mendapatkan keuntungan dengan segera.
Apakah akta yang berkaitan dapat mengelakkan berlakunya situasi di atas?
Akta Kontrak 1950
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Akta Perkongsian 1961
Perniagaan monopoli semakin berleluasa di pasaran telah menyebabkan perniagaan kecil dan sederhana sukar untuk dijalankan.
Akta yang manakah boleh digunakan untuk mengatasi masalah di atas?
Akta Konrak 1950
Akta Syarikat 1965
Akta Persaingan 2010
Akta Jualan Barangan 1957
Apakah kesan langsung sekiranya pendapatan boleh guna masyarakat meningkat dalam ekonomi?
Pertumbuhan ekonomi akan menguncup
Pasaran perniagaan akan menjadi tepu
Merancakkan pertumbuhan ekonomi
Meningkatkan pengangguran
Trend pertumbuhan ekonomi negara yang semakin berkembang memberi kesan (a) terhadap perniagaan.
Isi jawapan yang tepat dalam ruangan kosong.
MyIPO merupakan sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu perniagaan dalam negara berlangsung secara adil. Apakah peranan MyIPO? Pilih TIGA jawapan yang paling tepat.
Memantau pembangunan harta intelektual (IP) di Malaysia
Menggalakkan lebih ramai orang menjadi pemilik harta intelek
Melindungi perniagaan daripada unsur penipuan
Memberi nasihat dan mengemas kini perundangan harta intelek
Antara berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
Permintaan untuk barang meningkat
Pendapatan kerajaan akan menurun
Aktiviti perniagaan akan meningkat
Kadar pengangguran akan meningkat
Antara berikut, yang manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga? Pilih 2 jawapan yang paling tepat
Permintaan untuk barang meningkat
Pendapatan kerajaan akan menurun
Kadar pengangguran akan meningkat
Aktiviti perniagaan akan meningkat
