Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fonologi 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang berikut merupakan keterangan yang benar tentang vokal bahasa Melayu kecuali

a)

A. kesemuanya bunyi bersuara.

b)

B. kesemuanya merupakan vokal asli.

c)

C. dalam tulisan dilambangkan oleh enam huruf.

d)

D. satu vokal membentuk satu suku kata.

2.

Pada perkataan manakah terdapat vokal hadapan luas?

a)

A. Polos

b)

B. Babak

c)

C. Pulut

d)

D. Tipis

3.

Yang manakah perkataan yang mengalami pelelangitkerasan semasa penyebutannya?

I kuat III paut

II biar IV siang

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

4.

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah

I bahagian lidah dan ketinggian lidah dinaikkan.

II keadaan bibir sama ada bundar atau terhampar.

III keadaan pita suara sama ada bergetar atau tidak.

IV kejelasan dan kelantangan bunyinya.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

5.

Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu, konsep sempit, separuh luas, dan luas dikaitkan dengan

a)

kedudukan lidah

b)

pergerakan lidah

c)

bukaan rongga mulut

d)

turun naik rahang

6.

Bibir dihamparkan.

depan lidah diangkat setinggi-tingginya.

Udara keluar tanpa sekatan.


Bunyi yang dihasilkan berdasarkan keterangan di atas terdapat pada perkataan

a)

usul, buruk

b)

enak, semak

c)

olok, sotong

d)

intim, sirih

7.

Dalam rajah ini, kedudukan nombor 4 akan menghasilkan perkataan;

a)

jisim

b)

obor

c)

lerek

d)

saman

8.

I bibir dibundarkan

II udara keluar tanpa sekatan

III belakang lidah dinaikkan


Pernyataan ini merujuk kepada kedudukan nombor;

a)

1

b)

2

c)

6

d)

7

9.

Apabila vokal pada kedudukan 4 digeluncurkan ke arah vokal pada kedudkan 6, terhasillah perkataan;

a)

kain

b)

daun

c)

halau

d)

boikot

10.

Kedudukan vokal nombor 2 ialah

a)

vokal depan sempit

b)

vokal belakang sempit

c)

viokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang separuh sempit

11.

Manakah pasangan kata yang semuanya mengandungi doftong?

a)

sekoi, naik

b)

aurat, jauh

c)

mulai, sampai

d)

taulan, boikot

12.

Yang manakah keterangan yang tidak benar tentang konsonan dalam bahasa Melayu?

a)

A. Terbahagi kepada tujuh jenis.

b)

B. Ada yang mempunyai kelainan sebutan

c)

C. Setiap konsonan menjadi penentu suku kata.

d)

D. Ada yang bersuara dan ada yang tak bersuara

13.

Yang berikut merupakan penentu bagi jenis konsonan, kecuali

a)

A. keadaan pita suara

b)

B. turun naik anak tekak

c)

C. luas buka antara dua rahang

d)

D. daerah artikulasi yang terlibat

14.

Perkataan yang manakah mengandungi bunyi geseran lelangit keras tak bersuara?

a)

A. Munawarah

b)

B. Masyghul

c)

C. Mujahid

d)

D. Muslihat

15.

Yang manakah perkataan yang mengandungi fonem /k/ yang dalam penyebutannya menjadi hentian glotis?

a)

A. simbolik

b)

B. elektrik

c)

C. taklimat

d)

D. tekstil

16.

Apabila vokal belakang separuh sempit digeluncurkan ke arah vokal depan sempit, perkataan yang terhasil ialah:

a)

semai

b)

sekoi

c)

aulia

d)

kaitan

17.

Apakah organ pertuturan yang paling aktif

(a)  

18.

Perkataan yang manakah mengandungi diftong?

a)

sekoi

b)

daun

c)

faedah

d)

baik

19.

Yang manakah terdiri daripada artikulasi sertaan?

a)

pelelangitkerasan

b)

nasalisasi

c)

realisasi

d)

labialisasi

20.

Dua atau lebih konsonan yang hadir secara berturutan dalam sesuatu suku kata. Yang perkataan yang berkaitan dengan pernyataan ini?

a)

Straw, restu

b)

rendah, bank

c)

kursus, nyaman

d)

ekspres, kolostrum