wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIOLOGI T4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1 Apakah unit binaan asas bagi organisma?

a)

A. Nukleus

b)

B. Sitoplasma

c)

C. Sel

d)

D. Membran sel

2.

2 Apakah fungsi komponen sel di bawah ?

a)

A. mengekalkan bentuk sel

b)

B. sistem pengangkutan dalam sel

c)

C. mengawal segala aktiviti sel

d)

D. tapak penjanaan tenaga melalui proses pengoksidaan

3.

3 Sel sperma memerlukan organel ini untuk berenang melalui serviks.

Apakah itu?

a)

A. Kloroplas

b)

B. Mitokondrian

c)

C. Jasad Golgi

d)

D. Nukleus

4.

4 Apakah tindakan otot kardium untuk mengepam darah ke seluruh badan?

a)

A. mengembang

b)

B. mengecut

c)

C. membahagi

d)

D .memecut

5.

5 Sistem respirasi manusia melibatkan

a)

A. trakea, hidung, peparu, diafragma

b)

B. trakea, mulut ,otak, peparu

c)

C. ginjal, pundi kencing, kulit, diafragma

d)

D. hormon, ginjal, uretra, ureter

6.

6 Fungsi utama sistem saraf adalah

a)

A. mengesan rangsangan dan menyingkirkan hasil perkumuhan.

b)

B. menyingkirkan bahan makanan dan menyokong tubuh badan.

c)

C. melindungi organ dalaman dan menyokong tubuh.

d)

D. mengesan rangsangan dan menghantar impuls saraf ke otak dan seluruh badan.

7.

7 Mengapa kloroplas tidak hadir di dalam sel haiwan?

a)

A. Sel haiwan tidak memerlukan proses fotosintesis untuk memperoleh tenaga untuk mensintesis makanan

b)

B. Sel haiwan mempunyai kanji mencukupi dalam sitoplasma

c)

C. Kerana sel haiwan mempunyai sentriol

d)

D. Sel haiwan menyerap tenaga matahari menggunakan cara lain

8.

8 Organisma unisel seperti Paramesium sp. dan Amoeba sp. membiak dengan cara

a)

A. pencantuman gamet

b)

B. belahan dedua

c)

C. persetubuhan

d)

D. persemaian telur

9.

9 Organ daun terdiri daripada tisu mesofil, tisu vaskular dan tisu epirdemis.

Daun merupakan __________ dan pertukaran gas.

a)

A. bendalir interstis

b)

B. pengumpulan nutrien

c)

C. tapak fotosintesis

d)

D. tapak penjanaan tenaga

10.

10 Sel epitelium pada lapisan epirdemis sentiasa menjalani

a)

A. pembahagian sel

b)

B. penyahidratan

c)

C. penghubung

d)

D. mengesan rangsangan.

11.

11 Antara yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

12 Rajah menunjukkan satu proses yang dijalani oleh Amoeba sp.

Apakah proses tersebut?


a)

A. Perkumuhan

b)

B. Pembiakan

c)

C. Pemakanan

d)

D. Respirasi

13.

13 Rajah menunjukkan struktur Paramecium sp.


Apakah yang akan berlaku kepada Paramecium sp. sekiranya tiada struktur P?

a)

A. Akan pecah

b)

B. Akan mengecut

c)

C. Tidak berubah

d)

D. Akan mengembang

14.

14 Rajah menunjukkan proses sintesis enzim dalam sel.


Apakah yang akan berlaku jika tiada struktur R ?

a)

A. Tenaga tidak dapat dihasilkan

b)

B. Enzim dapat disintesiskan

c)

C. Protein tidak dapat diubahsuai untuk membentuk enzim

d)

D. Protein tidak dapat diangkut ke jasad golgi

15.

15 Rajah 4 menunjukkan satu sistem yang terdapat di dalam tubuh manusia.


Apakah sistem tersebut ?

a)

A. Sistem perkumuhan

b)

B. Sistem respirasi

c)

C. Sistem pencernaan

d)

D. Sistem pembiakan

16.

16 Rajah menunjukkan aras berlainan pada organisasi sel dalam satu organisma sel.


Apakah yang diwakili oleh P ?

a)

A. Neuron

b)

B. Tendon

c)

C. Perut

d)

D. Limpa

17.

17 Apakah fungsi yang terdapat pada lisosom ?

a)

A. Mengawal semua aktiviti sel

b)

B. Membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel

c)

C. Menguraikan struktur organel yang telah rosak

d)

D. Membentuk gentian gelendong dalam pembahagian sel

18.

18 Rajah di bawah menunjukkan Amoeba sp..


Apakah struktur Q ?

a)

A. Nukleus

b)

B. Sitoplasma

c)

C. Pseudopodium

d)

D. Vakuol mengecut

19.

19 Rajah menunjukkan sejenis tisu.


Apakah nama tisu itu ?

a)

A. Tisu otot

b)

B. Tisu penghubung

c)

C. Tisu saraf

d)

D. Tisu epitelium

20.

20 Rajah menunjukkan suatu sistem organ utama di dalam badan manusia.


Apakah fungsi sistem tersebut ?

a)

A. Membekalkan oksigen ke seluruh badan dan mengeluarkan karbon dioksida dari badan

b)

B. Menyokong badan dan membantu pergerakan

c)

C. Menghantar impuls ke seluruh badan bagi menyelaras dan mengkoordinasikan aktiviti badan

d)

D. Mengangkut nutrien, hasil perkumuhan dan gas respirasi