Font size
WorksheetsPRINSIP PERAKAUNAN TING 4 : UJI MINDA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Ketekalan
Prinsip Kos
Entiti Berasingan
Pengiktirafan Hasil dan Belanja
Semua yang berikut merupakan liabiliti semasa bagi sebuah pasar raya kecuali
Akaun Belum Bayar
Akaun Belum Terima
Overdraf Bank
Pinjaman
Tandakan persamaan perakaunan yang betul. (Jawapan lebih daripada satu)
Aset = Liabiliti + Modal
Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
Aset = Liabiliti + Modal - Rugi Bersih
Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan
* Merupakan catatan kontra kepada Akaun Belum Terima
* Mengurangkan baki Akaun Belum Terima
Apakah catatan kontra yang dimaksudkan?
Pulangan masuk
Pulangan keluar
Peruntukan hutang ragu
Susut nilai terkumpul
Ain baru memulakan perniagaan dengan tunai di tangan RM5 000 dan kenderaan RM7 000 sebagai modal.
Apakah buku catatan pertama yang merekodkan urus niaga tersebut?
Jurnal Am
Jurnal Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Jurnal Penerimaan Tunai
Antara berikut, manakah merupakan kumpulan Jurnal Khas? (Jawapan lebih daripada satu)
Jurnal Am
Jurnal Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Jurnal Pembayaran Tunai
Antara berikut, urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai sebelah kredit? (Jawapan lebih daripada satu)
Membayar hutang kepada Akaun Belum Bayar
Jualan Tunai kepada Akaun Belum Terima
Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi
Membawa masuk tunai ke dalam perniagaan
Membeli barang niaga secara tunai daripada Pembekal Shah.
Nyatakan akaun yang terlibat dalam catatan bergu urus niaga berikut.
Dt Barang niaga
Kt Akaun Belum Bayar
Dt Belian
Kt Pembekal Shah
Dt Belian
Kt Tunai
Dt Tunai
Kt Pembekal Shah
Encik Ali telah mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk tujuan derma. Apakah akaun yang dikreditkan?
Jualan
Ambilan
Belian
Derma
Peniaga membayar sewa kediaman menggunakan wang perniagaan. Apakah catatan lejar untuk urus niaga ini?
Dt Sewa
Kt Tunai
Dt Tunai
Kt Sewa
Dt Ambilan
Kt Tunai
Dt Tunai
Kt Ambilan
Baki-baki akaun berikut yang manakah direkodkan di bahagian kredit Imbangan Duga?
Pulangan jualan
Angkutan keluar
Angkutan masuk
Diskaun diterima
Yang manakah antara berikut dikatakan kesilapan prinsip?
Jualan kepada Dina RM500 direkodkan dalam Akaun Diana dengan nilai yang sama.
Belanja membaiki kenderaan RM500 telah direkodkan dalam Akaun Kenderaan.
Belian tunai RM500 terlupa direkodkan.
Sewa dibayar RM500 telah direkodkan di bahagian debit Buku Tunai dan dikreditkan dalam Akaun Sewa
Puan Salina memiliki sebuah kedai alat tulis. Setiap kali beliau mengambil inventori alat tulis untuk kegunaan anaknya, beliau tidak merekodkan perkara itu sebagai belanja kedai. Sebaliknya, beliau merekodkannya ke dalam Akaun Ambilan.
Apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Puan Salina?
Wang Sebagai Ukuran
Tempoh Perakaunan
Entiti Berasingan
Usaha Berterusan
Indah Berhad membeli sebuah mesin bernilai RM19 000, Mesin tersebut dijangka boleh digunakan selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap mesin dianggarkan sebanyak RM3 200.Berapakah susut nilai mesin tersebut?
RM 1 580
RM1 850
RM13 800
RM15 800
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Syarikat Harmoni:
Akaun Belum Terima RM9 60
Peruntukan hutang ragu (1 Januari 2020) RM 450
Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 6% atas Akaun Belum Terima.
Berapakah jumlah peruntukan hutang ragu yang perlu dicatat dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2020?
RM126
RM450
RM576
RM1 026
