Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

__________ mestilah menjaga kebersihan tandas awam agar pengguna yang lain juga dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan selesa.

a)

A. Anda

b)

B. Kita

c)

C. Kami

d)

D. Mereka

2.

"Baiklah, _______ arahkan ______ untuk membawa burung cenderawasih itu ke mari sekarang juga," titah Sultan Ismail kepada Aduka.

a)

A. beta......patik

b)

B. saya.....kamu

c)

C. saya.....hamba

d)

D. beta......tuan hamba

3.

_______ ingin menyampaikan salam bonda kepada kakanda yang berada jauh di luar negara.

a)

A. Adinda

b)

B. Ayahanda

c)

C. Anakanda

d)

D. Nenda

4.

Hanifa sakit perut dan cirit-birit setelah makan makanan yang ______ dari gerai di tepi jalan itu.

a)

A. masin

b)

B. basi

c)

C. tawar

d)

D. manis

5.

Nasi yang dimasak oleh Puan Zaira _____ kerana terlebih air.

a)

A. lembik

b)

B. keras

c)

C. hangit

d)

D. basi

6.

"________ serahkan semula borang kebenaran itu kepada saya esok," kata Cikgu Rizal kepada murid-muridnya.

a)

A. Jemput

b)

B. Usah

c)

C. Sila

d)

D. Jangan

7.

________ perniagaan Rykal Rayyan semakin maju, ______ dia tidak bersikap sombong.

a)

A. Jangankan.....pun

b)

B. Sedangkan....

inikan

c)

C. Sama ada.....

ataupun

d)

D. Sungguhpun....

namun

8.

Kelas yang dihias indah dan dijaga dengan ______ itu berjaya mendapat Anugerah Kelas Ceria.

a)

A. suci

b)

B. bersih

c)

C. baik

d)

D. menawan

9.

Datuk Bendahara telah dianugerahkan se________ pakaian oleh Sultan Abdullah atas keberaniannya menumpaskan segerombolan lanun yang menyerang persisiran pantai.

a)

A. helai

b)

B. pasang

c)

C. ikat

d)

D. persalinan

10.

Hazween ______ dulang minuman untuk dibawa ke khemah tetamu.

a)

A. menjinjing

b)

B. menatang

c)

C. membawa

d)

D. memegang

11.

Puan Wahidah telah melahirkan seorang bayi _______ berusia tujuh bulan.

a)

A. prasekolah

b)

B. praakhir

c)

C. pramatang

d)

D. prauniversiti

12.

Puan Aniza ______ bawang untuk dijadikan ramuan masakan tengah hari.

a)

A. mencantas

b)

B. menghiris

c)

C. mengerat

d)

D.menetak

13.

Beberapa orang murid sibuk memasang panji-panji pada ______ khemah sempena hari sukan.

a)

A. lelangit

b)

B. sesiku

c)

C. kekuda

d)

D. tetupai

14.

Perasmian Sukan Komanwel 1998 berlangsung dalam suasana ______ di Stadium Bukit Jalil.

a)

A. huru-hara

b)

B. terang-benderang

c)

C. gilang-gemilang

d)

D. hingar-bingar

15.

Cili kering itu ______ oleh Nek Piah untuk dibuat sambal belacan kesukaan cucunya.

a)

A. dipicit

b)

B. ditindih

c)

C. ditekan

d)

D. digiling

16.

Pasangan pengantin itu kelihatan sangat sepadan ___________.

a)

A. bagai aur dengan tebing

b)

B. bagai pinang dibelah dua

c)

C. bagai tikus membaiki labu

d)

D. bagai anjing dengan bayang-bayang

17.

Jefril Iman ______apabila kali pertama tiba di Menara Berkembar Petronas.

a)

A. seperti tikus membaiki labu

b)

B. seperti kerbau dicucuk hidung

c)

C. seperti rusa masuk kampung

d)

D. seperti telur di hujung tanduk

18.

Rakan-rakannya menggelarkan Rudy Suparman sebagai _______ kerana hanya banyak bercakap tetapi tidak mempunyai ilmu.

a)

A. hati batu

b)

B. mulut murai

c)

C. kera sumbang

d)

D. tin kosong

19.

Fawwaz bersikap ______ dalam perselisihan faham antara Rizqi dan Razin kerana dia tidak menyokong mana-mana pihak.

a)

A. atas pagar

b)

B. buta hati

c)

C. makan suap

d)

D. berat sebelah

20.

Putera Harraz berasa sangat lapar setelah seharian berburu di hutan.

Berdasarkan rangkai kata bergaris, apakah yang akan dilakukan oleh Putera Harraz selepas itu?

a)

A. beradu

b)

B. berangkat

c)

C. bersantap

d)

D. bersiram

21.

Rumah peninggalan arwah dukun itu kelihatan usang dan menyeramkan.

Pilih perkataan antonim bagi usang.

a)

A. lama

b)

B. baharu

c)

C. cantik

d)

D. indah

22.

Anna Sepia fasih berbahasa Melayu dan bangga menjadi anak Malaysia.

Pilih perkataan sinonim bagi fasih.

a)

A. bijak

b)

B. faham

c)

C. pandai

d)

D. lancar

23.

Semua peraturan dan arahan di jalan raya haruslah kita patuhi.

Pilih perkataan antonim bagi patuhi.

a)

A. taat

b)

B. ingkari

c)

C. jalani

d)

D. penuhi

24.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Buku-buku disusun atas meja dengan kemas.

b)

B. Pengunjung bukan dibenarkan memijak rumput itu.

c)

Oh, begini caranya menangkap bola dengan tangan!

d)

D. Gerai-gerai jualan banyak didirikan menjelang Ramadan.

25.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Hakimi telah mengalami kecederaan pada buku lalinya ketika bermain hoki.

II Badrul menunjukkan buku limanya kepada Hassan sebelum meninggalkan bilik itu.

III Cikgu Azam menggunakan bahasa buku ketika memberikan taklimat.

IV Ibu sangat sedih mendengar kata-kata kesat Mak Cik Munah tadi dan menyebabkan ibu rasa buku di dalam hati.

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

26.

Pilih ayat yang betul.

I Wah, bekas pensel ini bukan saya punya?

II Aduh, sakitnya mata saya termasuk pasir!

III Aduhai, merdunya suara penyanyi itu!

IV Cis, mengapa awak datang lambat?

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

27.

Pilih ayat yang betul.

I Ibu dan ayah mengunjungi nenek pada setiap hujung minggu.

II Hakimi menghadiahkan tunangnya seutas rantai emas sempena hari jadi yang ke-23.

III Novel itu mengirimkan kisah hidup seorang anak yatim yang bernasib malang.

IV Pekerja sedang memperlebar jalan di kawasan perumahan itu.

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Kapal kontena itu belayar pada tengah lautan.

b)

B. Anugerah Juara Lagu ke-34 disiarkan secara langsung dari Axiata Arena.

c)

C. Semua atlet-atlet boleh bersedia di balapan sekarang.

d)

D. Ibu telah memasukkan sebuku garam dalam masakan kari itu.

29.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Mak Cik Peah membeli sebungkus ikan kering di pasar tani.

II Zaki hanya mendiamkan diri kerana dia kering jawapan.

III Johari selalu kering apabila tiba hujung bulan kerana dia boros berbelanja.

IV Air kolah itu hampir kering kerana berlaku gangguan bekalan air.

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

30.

"________ akan makan tengah hari dahulu sebelum meneruskan lawatan pada petang ini," beritahu guru pengiring kepada peserta lawatan.

a)

A. Mereka

b)

B. Kalian

c)

C. Anda

d)

D. Kita