wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5 - Pengimbuhan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Usahlah kamu ______ peraturan yang telah wujud sejak sekian lama.

a)

soalan

b)

menyoal

c)

dipersoalkan

d)

mempersoalkan

2.

Jamuan itu ________ untuk menyambut hari lahir Asilah yang ke-12.

a)

keadaan

b)

berada

c)

diadakan

d)

mengadakan

3.

Kita hendaklah menggunakan ______ awam dengan baik supaya tidak mudah rosak.

a)

semudah

b)

kemudahan

c)

memudahkan

d)

dipermudahkan

4.

Ibu _____ supaya abang terus pulang dan tidak _____ ke tempat lain selepas tamat latihan sukan.

a)

pesanan ..... lencongan

b)

dipesan ... dilencongkan

c)

berpesan ... melencong

d)

memesan ... terlencong

5.

Sebuah lori ayam hilang kawalan lalu ______ ketika melalui selekoh yang tajam itu.

a)

terbalik

b)

berbalik

c)

membalik

d)

pembalikan

6.

Sup itu tumpah akibat ________ pelayan semasa membawa dulang hidangan ke meja pelanggan.

a)

tercuai

b)

kecuaian

c)

pencuai

d)

mencuaikan

7.

Saya berasa kasihan apabila melihat wanita itu menjunjung bakul sambil ________ anaknya yang masih kecil.

a)

kendongan

b)

berkendong

c)

mengendong

d)

dikendong

8.

Hiasan kepala itu menjadi _______ kepada busana tradisional yang dipakai oleh pengantin.

a)

pelengkap

b)

dilengkapi

c)

melengkapi

d)

kelengkapan

9.

Cuaca panas yang melanda negara dijangka _______ sehingga bulan ini.

a)

sepanjang

b)

terpanjang

c)

memanjang

d)

berpanjangan

10.

Ajay mengangkat tangan untuk bertanya kepada guru kerana dia tidak ______ soalan itu.

a)

memahami

b)

difahami

c)

fahaman

d)

pemahaman

11.

Norliana mengajak keluarganya menyaksikan ______ bunga api di Putrajaya.

a)

tunjukkan

b)

menunjukkan

c)

petunjuk

d)

pertunjukan

12.

Bahan-bahan bersejarah yang ________ di muzium itu mempunyai nilai yang tinggi.

a)

pameran

b)

pamer

c)

dipamerkan

d)

mempamerkan