Font size
WorksheetsLATIHAN BM TAHUN 4 - AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Ayat: Ali membasuh kasut sekolah.
Berdasarkan ayat di atas, yang manakah subjek dan predikat?
Subjek: Ali membasuh
Predikat: kasut sekolah
Subjek: Ali
Predikat: membasuh kasut sekolah
Subjek: Ali membasuh kasut
Predikat: sekolah
Subjek: membasuh kasut sekolah
Predikat: Ali
Antara berikut, yang manakah ayat tunggal?
Wanita yang bersanggul itu memilih sayur-sayuran yang ada di dalam bakul.
Ayah menanam pokok mangga menggunakan tanah organik.
Pemuda yang baik hati itu ialah anak Encik Borhan.
Siti menyanyi sambil memegang sejambak bunga ros.
Antara berikut, yang manakah ayat tunggal?
Hadi ingin membeli sebuah komputer tetapi duitnya tidak mencukupi.
Hamdan membaca buku manakala Rizal mencari maklumat dalam internet.
Kita boleh menanam pokok bunga di dalam pasu plastik atau pasu seramik.
Encik Ramlan memandu sebuah kereta mewah.
Antara berikut, yang manakah ayat tunggal?
Kaki harimau itu cedera teruk.
Seekor harimau cedera di kaki kerana terkena jerat pemburu.
Seekor harimau masuk ke dalam kandang kambing lalu menerkam seekor kambing betina.
Pemburu itu memasang jerat untuk menangkap harimau yang berkeliaran.
P
Ayat tunggal mempunyai 1 subjek dan 1 predikat.
Salah
Betul
Tidak pasti
Tiada jawapan
Isikan jawapan untuk membentuk ayat tunggal yang betul.
...................................... di halaman rumah saya menghijau.
Batu-bata
Rumput
Dinding
Tembok pagar
Antara berikut, yang manakah ayat tunggal yang betul?
Perkhidmatan bas disediakan di kawasan perumahan ini.
Perkhidmatan bas dikawasan perumahan ini disediakan untuk kemudahan penduduk.
Penduduk boleh menggunakan perkhidmatan awam yang cepat dan mengikut masa.
Sebuah bas berhenti di kawasan perumahan untuk mengambil penumpang.
Abang Kee Jun bermain di halaman rumah.
Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
Abang Kee Jun bermain di halaman rumah.
Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
Kita perlu menggunakan...................................untuk membentuk ayat majmuk.
kata majmuk
kata seru
kata hubung
kata tanya
Contoh kata hubung ialah.....
dan, atau, sambil, lalu, tetapi, kerana, manakala
aduh, cis, tahniah, oh, wah
apa, mengapa, siapa, di mana, bila
tolong, minta, harap, jangan
Zhong Yi selalu membantu ibunya.
Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
Dia menangis kerana sakit perut.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Mereka berjalan kaki ke sekolah.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Kavi Raj membaca buku cerita sambil mendengar radio.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Peserta yang pengsan itu bernama Farhan.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Mei Mei suka menyanyi tetapi kakaknya suka menari.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Jalan itu dinaiki air.
Jalan itu ditutup sementara waktu.
Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.
Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.
Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Kami mendapat berita.
Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.
Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.
Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.
Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
Ejen Ali terkejut.
Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terkejung kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.
Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.
Pilih ayat yang merupakan ayat majmuk.
Chloe makan malam pada pukul 7:00 malam.
Adik Shan Na sedang menyanyi di ruang tamu.
Tulisan Rui En sungguh cantik dan kemas.
Theo dan Chen Fong bermain bola sepak di padang.
Adakah ayat di atas merupakan ayat tunggal?
Ya
Tidak
Taman Botani menarik minat pengunjung tempatan.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Awak suka warna biru atau merah?
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Bayi itu menangis kerana lapar.
Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
Isikan jawapan yang betul ayat majmuk di bawah.
Hamdan membersihkan longkang di belakang rumah................................Rizal mengecat dinding ruang tamu.
tetapi
supaya
manakala
dan
Isikan jawapan yang betul ayat majmuk di bawah.
Wahida ingin membeli sebuah buku cerita...........................duitnya tidak mencukupi.
tetapi
supaya
lalu
dan
Hanif Fitri menunggang basikal dengan berhati-hati.....................................tidak berlaku kemalangan.
lalu
agar
untuk
atau
Kita boleh menggunakan daun mempelas..........................sabut untuk menggosok periuk yang hitam.
atau
dan
lalu
sambil
Puan Juriyah menjahit baju............................menunggu anak sulungnya pulang ke rumah.
jika
untuk
sambil
manakala
Penduduk Kampung Tok Weng bergotong-rotong membersihkan kawasan kampung ....................................bersih dan ceria.
supaya
lalu
kerana
atau
Ketua Kampung Telok Teduri membuat lawatan ke rumah-rumah penduduk kampung.........................memastikan mereka hidup dengan selesa.
sambil
kerana
tetapi
untuk
Mereka berbual-bual sambil makan kuih lapis.
Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
Pilih AYAT MAJMUK sahaja.
Gadis yang tinggi lampai dan cantik itu ialah kawan baik saya.
Wang derma itu akan diberikan kepada anak-anak yatim.
Pokok tua di belakang rumah ditebang oleh ayah supaya tidak menghempap rumah.
Minuman kegemaran saya ialah kopi susu.
Pilih AYAT MAJMUK sahaja.
Encik Jamil sedang membaca surat khabar.
Cikgu memanggil nama awak atau nama saya?
Ramai murid berada di gelanggang futsal sehingga suasana menjadi riuh-rendah.
Buku cerita ini saya beli di Kedai Buku Harapan.
Pilih AYAT TUNGGAL sahaja.
Platipus ialah haiwan omnivor atau herbivor?
Ibu menternak 10 ekor ayam dan 10 ekor itik di kebunnya.
Haiwan kegemaran saya ialah gajah.
Aida membelai-belai kucing kesayangannya di atas sofa.
Pilih AYAT TUNGGAL sahaja.
Pokok itu tumbang di atas reban ayam.
Cikgu Lukman memakai kemeja berwarna biru muda hari ini.
Nancy demam kerana dia bermain hujan petang semalam.
Abang hendak masak sayur sawi atau sayur kubis?
Pilih ayat tunggal yang betul berdasarkan ayat majmuk yang diberikan.
Hannah seorang murid yang cemerlang tetapi kemiskinan menyebabkan dia tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Hannah seorang murid yang cemerlang di sekolah.
Hannah seorang murid yang cemerlang.
Tetapi kemiskinan menyebabkan dia tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Kemiskinan menyebabkan dia tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Pilih ayat tunggal yang betul berdasarkan ayat majmuk yang diberikan.
Alina takut dimarahi oleh gurunya kerana tertinggal buku latihan.
Alina takut dimarahi oleh gurunya.
Alina takut dimarahi.
Alina tertinggal buku latihan.
Dia tertinggal buku latihan.
Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah.
Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.
Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.
Perompak itu berjaya melepaskan diri.
Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.
