Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan RBT Model PT3 (Set 13)

Total questions: 20

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah.

Pilih penjanaan idea reka bentuk yang dimaksudkan.

a)

Menukar saiz objek

b)

Menterbalikkan kedudukan

c)

Menterbalikkan fungsi sesuatu alat

d)

Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk

2.

Rajah menunjukkan lakaran perspektif.

- Nyatakan lakatan perspektif tersebut.

a)

Lakaran isometrik

b)

Lakaran perspektif satu titik

c)

Lakaran perspektif dua titik

d)

Lakaran perspektif tiga titik

3.

Rajah menunjukkan mock-up yang dihasilkan dalam projek reka bentuk.

- Pilih maklumat yang tepat tentang rajah tersebut.

a)

Dapat berfungsi seoenuhnya

b)

Dikenali sebagai model olokan

c)

Menggunakan bahan dan kaedah cantuman yang sebenar

d)

Dikenali sebagai model blok yang dihasilkan secara berskala atau saiz sebenar

4.

Berikut adalah pernyataan tentang peranan lakaran dalam reka bentuk.

"Lakaran merupakan kaedah terbaik untuk meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran pereka bentuk. Lakaran yang dihasilkan juga boleh dipindahkan ke dalam komputer."

Apakah peranan lakaran tersebut?

a)

Eksplorasi visual

b)

Asas komposisi untuk ilustrasi

c)

Medium komunikasi pelanggan

d)

Mempercepatkan pembangunan konsep

5.

Rajah menunjukkan teknik cantuman yang digunakan dalam reka bentuk fesyen.

- Nyatakan kaedah cantuman yang ditunjukkan.

a)

Kaedah jahitan

b)

Kaedah sulaman

c)

Kaedah tampalan

d)

Cantuman menggunakan pengokot

6.

Antara berikut yang manakah masalah inventif?

a)

Aisyah menambah buah strawberi sebagai hiasan pada kek yang dihasilkannya

b)

Diana mengasah mata penselnya yang tumpul dan dia dapat menulis dengan kemas

c)

Joe mengasah pisaunya yang tumpul dan dia dapat memotong sayur dengan cepat

d)

Lina menambah getah pada penutup balang kuih tetapi ini menyebabkan balang kuih terlalu ketat dan susah dibuka

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah pembuatan secara moden?

a)

Mengecat menggunakan berus cat

b)

Memotong kayu menggunakan gergaji tangan

c)

Melicinkan permukaan bahan menggunakan kertas las

d)

Memutar skru menggunakan pemutar skru tanpa wayar

8.

Rajah menunjukkan salah satu komponen mekanikal.

- Apakah komponen mekanikal yang ditunjukkan itu.

a)

Gear

b)

Rantai

c)

Tali sawat

d)

Galas bebola

9.

Berikut adalah pernyataan tentang bahagian mikropengawal.

"Melaksanakan arahan berdasarkan isyarat yang dihantar oleh mikropengawal (microcontroller)."

- Apakah bahagian mikropengawal itu?

a)

Input

b)

Proses

c)

Output

d)

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

10.

Rajah menunjukkan sambungan satu litar elektrik.

- Pilih maklumat yang tepat tentang sambungan litar tersebut.

a)

Mempunyai lebih daripada satu lintasan arus

b)

Arus elektrik akan mengalir melalui lintasan yang berbeza

c)

Jika satu mentol terbakar, mentol yang lain masih menyala

d)

Jika satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak menyala

11.

Berikut adalah pernyataan tentang sistem mekatronik.

"Gabungan beberapa komponen yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor) kepada bentuk lain."

- Apakah sistem mekatronik yang dimaksudkan?

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem elektronik

c)

Sistem mekanikal

d)

Sistem kawalan dan pengaturcaraan

12.

Berikut adalah pernyataan tentang fungsi elemen mekatronik.

"Gear berfungsi untuk mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas motor."

- Apakah produk mekatronik yang mempunyai fungsi elemen yang dinyatakan itu?

a)

Pintu gelangsar automatik

b)

Mesin basuh automatik

c)

Kereta kawalan jauh

d)

Palang automatik

13.

Berikut adalah pernyataan tentang kajian keperluan pelanggan.

"Pereka bentuk dapat mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang dihasilkan melalui maklumat lengkap pelanggan seperti jantina, umur, pekerjaan dan latar belakang ekonomi."

Apakah kajian keperluan pelanggan yang dimaksudkan?

a)

Penambahbaikan

b)

Kehendak pelanggan

c)

Maklumat pelanggan

d)

Latar belakang produk

14.

Berikut adalah pernyataan tentang media pengiklanan.

"Pengiklanan dilakukan melalui surat khabar, majalah, brosur, katalog dan poster."

- Apakah media pengiklanan yang dimaksudkan?

a)

Media cetak

b)

Media sosial

c)

Media massa

d)

Media elektronik

15.

Nyatakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyediakan anggaran kos.

(a)  

16.

Nyatakan satu jenis reka bentuk makanan.

(a)  

17.

Namakan media pengiklanan berdasarkan gambar.

(a)  

18.

Berikut adalah konsep penghasilan idea mengikut reka bentuk.

"Kerusi direka bentuk yang berfungsi sebagai tempat duduk. Contohnya kerusi malas."

- Nyatakan konsep penghasilan idea tersebut.

(a)  

19.

Sistem elektrik merupakan salah satu elemen mekatronik. Penyataan berikut adalah mengenai sistem elektrik dalam mekatronik.

"Hanya menggunakan arus terus sahaja sebagai sumber bekalan kuasa."

Nyatakan sama ada pernyataan di atas adalah betul atau salah dengan menaip BETUL atau SALAH pada petak jawapan.

(a)  

20.

Pilih penerangan yang tepat tentang inovasi.

a)

Pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan mesra pengguna

b)

Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya

c)

Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem

d)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan