wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pemantapan Akidah UPIM KMP 2021

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama penceramah jemputan dalam Program Pemantapan Akidah KMP 2021?

a)

Zahri Zinod

b)

Zamri Vinoth

c)

Zahri Wynoth

d)

Zamri Vinod

2.

Bilakah penceramah tersebut memeluk Islam?

a)

Tahun 2000

b)

Tahun 2001

c)

Tahun 2010

d)

Tahun 2011

3.

Tajuk bicara dalam Program Pemantapan Akidah KMP 2021 ialah...

a)

Islam Agama yang Benar

b)

Islam Agamaku

c)

Islam Itu Indah

d)

Islam ii the Way of Life

4.

Penceramah jemputan bertugas sebagai berikut, KECUALI...

a)

COO ONE Centre Malaysia, Perlis

b)

CEO ONE Centre Malaysia, Perlis

c)

Presiden Skuad Mubaligh Malaysia

d)

Pendakwah bebas

5.

Objektif utama Program Pemantapan Akidah adalah...

a)

Menjawab persoalan feqah dan ibadah menurut perspektif Islam.

b)

Memberi kefahaman yang mendalam berkaitan perkara asas atau fardu ain dalam Islam.

c)

Memantapkan akidah para pelajar dalam menghadapi cabaran akidah semasa.

d)

Merungkai persoalan berkaitan kepercayaan, ibadah, muamalah dan pergaulan dalam Islam.

6.

Penceramah Program Pemantapan Akidah 2021 merupakan salah seorang daripada anak didik...

a)

Ustaz Ebit Liew

b)

Ustaz Firdaus Wong

c)

Dr. Zakir Naik

d)

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

7.

Apakah faktor utama penceramah memilih Islam sebagai agama yang dianuti?

a)

Islam adalah agama yang mudah.

b)

Penceramah berjumpa dengan Pak Cik Anip.

c)

Penceramah takut mati dalam keadaan syirik.

d)

Islam memiliki konsep ketuhanan yang tepat.

8.

Islam berbeza dengan kepercayaan dan amalan agama-agama lain di dunia kerana perkara berikut, KECUALI...

a)

Konsep ketuhanan dalam Islam adalah logik.

b)

Islam mempunyai modul kehidupan yang lengkap.

c)

Konsep ketuhanan dalam Islam meraikan semua jenis kepercayaan.

d)

Konsep ketuhanan dalam Islam adalah jelas sepertimana yang dinyatakan dalam al-Quran.

9.

Konsep ketuhanan dalam Islam adalah sangat jelas sebagaimana yang dinyatakan dalam surah...

a)

al-Fatihah ayat 1-3

b)

al-Fatihah ayat 1-7

c)

al-Ikhlas ayat 1-4

d)

al-Ikhlas ayat 1-3

10.

Islam adalah agama yang benar. Ini adalah kerana perkara berikut, KECUALI...

a)

Umat Islam mempunyai panduan hidup daripada Allah dan Rasul.

b)

Perkara yang berkaitan dengan sains telah dinyatakan dalam al-Quran.

c)

Al-Quran merupakan wahyu Allah yang menjadi sumber ilmu dalam pelbagai bidang.

d)

Islam sering menjadi mangsa fitnah oleh agama-agama yang lain.

11.

Sebagai muslim yang beriman, kita hendaklah menjauhi perkara berikut, KECUALI...

a)

Memilih apa yang disukai sahaja (selective)

b)

Tidak memahami kandungan kitab agama

c)

Mengkaji dan mencari kebenaran

d)

Mengikut sahaja anutan keluarga

12.

Mengapa kita yakin bahawa al-Quran itu benar daripada Tuhan yang Maha Esa?

a)

Pemeliharaan al-Quran dari sudut penulisan dan hafazan oleh umat Islam.

b)

Penurunan al-Quran secara mutawatir yang mustahil berlakunya penipuan.

c)

Seruan al-Quran kepada semua ahli kitab ke arah penyembahan Allah yang Esa.

d)

al-Quran mengajak semua manusia kepada perkara yang disukai oleh manusia.

13.

Antara kelemahan yang didapati dalam agama lain adalah seperti berikut, KECUALI...

a)

Terdapat isu yang bertentangan (contradict) dalam kitab terutama isu ketuhanan

b)

Penganut mengambil hukum secara selective (memilih yang diingini sahaja)

c)

Kitab diterjemah dalam pelbagai bahasa untuk memudahkan pembacaan.

d)

Kitab dibaca dalam pelbagai bahasa (bukan bahasa asal) sehingga menimbulkan ketidaktepatan dalam pentafsiran.

14.

Mesej yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah...

a)

Sains

b)

Tauhid

c)

Syariat

d)

Kemasyhuran

15.

Kita perlu melaksanakan ibadah kepada Allah SWT...

a)

dengan mengutamakan kuantiti

b)

dengan mengerjakan ibadah yang kita suka

c)

sebagaimana yang dikehendakiNya

d)

mengikut kecenderungan iman kita

16.

Punca berlaku penyembahan kepada berbilang tuhan (multigod) ialah...

a)

Bentuk patung yang cantik dan unik

b)

Penghormatan melampau terhadap individu yang hebat dan berpengaruh

c)

Keperluan kepada imej Tuhan yang tampak nyata

d)

Ikut tradisi amalan nenek moyang yang mesti dipelihara

17.

Islam itu Indah dari sudut akidah, kerana...

a)

Kepercayaan kepada Tuhan meliputi yakin, syak, dzan dan waham.

b)

Tuhan memiliki dinasti pemerintahan monarki.

c)

Tuhan mempunyai hajat kepada makhluk.

d)

Konsep ketuhanan yang lebih mudah dan logik.

18.

Apakah tujuan utama hidup ini?

a)

Untuk mencari ilmu

b)

Menjadi muslim yang kaya

c)

Untuk beribadah

d)

Menjadi muslim yang berjaya

19.

Bagaimana kita menghadapi cabaran terhadap tohmahan yang dilakukan terhadap Islam?

a)

Bertindak pantas menangkis tohmahan tersebut

b)

Menghapuskan musuh-musuh Islam dengan segera

c)

Berusaha menidakkan tohmahan tersebut secara online

d)

Memberi penjelasan terhadap tohmahan secara intelek dan berhikmah

20.

Untuk menangkis tuduhan dan pelabelan negatif terhadap Islam, umat Islam perlu melakukan perkara berikut, KECUALI...

a)

Mempunyai ilmu akidah yang mantap

b)

Mempunyai ciri kepimpinan yang lantang

c)

Menjawab atau react dengan point yang bernas

d)

Mempamerkan cara hidup yang berlandaskan Islam

21.

Seorang muslim tidak perlu takut dalam menyampaikan dakwah kerana perkara berikut, KECUALI...

a)

Mereka adalah mata rantai perjuangan Islam

b)

Mengenangkan pengorbanan sahabat dalam berdakwah ke seluruh pelusuk dunia

c)

Gelaran "terrorist" hanya bersifat sementara

d)

Mengenang kembali tujuan penciptaan manusia

22.

Bukti bahawa Tuhan itu wujud?

a)

Wujud alam ini

b)

Dinyatakan dalam al-Quran

c)

Tuhan tidak nampak

d)

Dapat dirasai