Font size
WorksheetsBAB 1 LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL
Total questions: 9
Worksheet time: 5mins
Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Umairah?
Di dalam sinki
Di dalam kabinet aliran laminar
Di dalam kebuk wasap
Di atas meja makmal
Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala
Q: Memaklumkan guru
R: Membilas menggunakan penyiram mata
S: Meniup mata Zarif
P dan Q
P dan S
Q dan R
Q dan S
Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
Air garam
Minyak masak
Asid hidroklorik pekat
Ammonia yang mempunyai pH 12
Pelupusan bahan sisa X:
* Dibalut dengan bahan penyerap
* Dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku
Apakah bahan sisa X?
Jarum
Kaca
Agar-agar kering
Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen
Asri ingin membuang asid hidroklorik pekat dengan pH 3 ke dalam singki tetapi telah dihalang oleh Selvi. Adakah betul tindakan yang dilakukan oleh Selvi?
(a)
Tandakan (/) bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.
Air suling
Asid pekat
Bahan radioaktif
Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?
Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal
Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku
Dimasukkan ke dalam bekas khas
Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya
Susun langkah menguruskan tumpahan bahan kimia di bawah dengan betul.
W: Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan
X: Kaut tumpahan bahan kimia
Y: Segera memberitahu guru
Z: Buang dengan selamat
W ➝ X ➝ Y ➝ Z
Z ➝ W ➝ X ➝ Y
Y ➝ W ➝ X ➝ Z
X ➝ W ➝ Y ➝ Z
Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia?
Baju makmal
Gogal
Topeng muka
Kaca mata hitam
