WorksheetsPELARASAN BELANJA BELUM BAYAR
Total questions: 12
Worksheet time: 3600secs
Apakah maksud belanja belum bayar bagi pelarasan dalam Akaun Nominal?
Belanja bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi bayaran telah dijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa.
(Belanja terlebih bayar)
Belanja bagi tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum dijelaskan.
(Belanja terkurang bayar)
Di bahagian manakah gaji belum bayar direkodkan dalam penyata kewangan?
Hasil
Belanja
Aset Semasa
Liabiliti Semasa
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Nabilah pada 31 Disember 2008. Berapakah sewa belum bayar bagi tahun tersebut?
RM400
RM800
RM1 200
RM1 600
Puan Zalikha menerima gaji pokok sebanyak RM5 000 sebulan. Pada akhir tempoh perakaunan, jumlah gaji pekerja dalam Imbangan Duga ialah sebanyak RM65 000. Berapakah jumlah gaji yang perlu direkodkan dalam Akaun Untung Rugi?
RM55 000
RM60 000
RM65 000
RM70 000
Sewa yang sepatutnya dibayar bagi tahun perakaunan berakhir 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM 9600. Namun begitu didapati sewa bulan November dan Disember masih belum dijelaskan. Berapakah amaun yang perlu direkod sebagai sewa belum bayar?
RM 9600
RM 8000
RM 800
RM 1600
Dibahagian manakah kadar bayaran belum bayar direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
Liabiliti semasa
Aset semasa
Belanja
Hasil
Manakah item pelarasan dalam Akaun Nominal bagi belanja yang terselaras?
I) Belanja Belum Bayar
II) Belanja Belum Terperoleh
III) Belanja Prabayar
IV) Belanja Belum Terima
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Promosi belum bayar dicatatkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai...
Aset Semasa
Aset Bukan Semasa
Liabiliti Semasa
Liabiliti Bukan Semasa
Pada tahun berakhir 31 Dis 2020, Kedai Perabot Hisyamuddin telah membayar sewa premis sebanyak RM12 000 bagi tahun 2020.
Sewa tahunan premis sebenarnya bagi tahun 2020 berjumlah RM15 000.
Apakah pelarasan yang perlu diambil kira pada 31 Dis 2020?
Sewa belum bayar - RM15 000
Sewa prabayar - RM15 000
Sewa prabayar - RM3 000
Sewa belum bayar - RM3 000
Pada tahun 2020, Syarikat Aviv mendapat bil kadar bayaran sebanyak RM250 sebulan.
Pada tahun berakhir 31 Dis 2020, Syarikat Aviv telah membayar kadar bayaran tahunan (12 bulan) sebanyak RM2800 bagi tahun 2020.
Apakah pelarasan yang perlu diambil kira pada 31 Dis 2020?
Kadar bayaran belum bayar - RM2 800
Kadar bayaran prabayar - RM2 800
Kadar bayaran prabayar - RM200
Kadar bayaran belum bayar - RM200
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis belanja.
· Belanja ini masih belum dijelaskan hingga akhir tempoh.
· Belanja yang sepatutnya dibayar untuk sesuatu tempoh perakaunan.
Belanja tersebut merupakan
Kadar bayaran belum bayar
Gaji dibayar terdahulu
Komisen belum diterima
Hasil sewa diterima terdahulu
Baki belanja iklan di Imbangan Duga adalah RM 2200. Didapati sebanyak RM 500 masih belum dijelaskan. Berapakah amaun yang akan direkod ke dalamAkaun Untung Rugi.
RM 2700
RM 2200
RM 1700
RM 500
