Font size
WorksheetsTatabahasa - Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Beberapa batang jalan utama di pusat bandar ditutup kepada kenderaan bagi program _______.
Hari Raya Aidilfitri
Hari Bebas Plastik
Kempen Derma Darah
Hari Tanpa Kenderaan
"______ berhasrat untuk mengadakan kunjungan hormat ke negara Indraloka," kata Sultan Ammar Syah.
Baginda
Tuanku
Beta
Patik
Tiga orang pendaki hutan mengesahkan bahawa ______ menemukan bangkai pesawat lama di hutan itu.
dia
kami
kalian
mereka
Kempen Malaysiaku Hebat dianjurkan bagi ______ semangat cinta akan negara.
menyemarakkan
melaksanakan
menyudahkan
menceritakan
Pesakit itu terpaksa diasingkan supaya penyakitnya tidak ______ kepada orang lain.
berpindah
berjangkit
berbalik
bersatu
Kita hendaklah berpegang ______ pada perinsip Rukun Negara bagi menjaga keharmonian dalam negara.
tegak
kukuh
teguh
gagah
Ibu sentiasa menasihati adik supaya bersopan dan tidak bersikap ______ ketika makan.
rakus
ganas
biadab
gelojoh
"Kamu boleh memilih untuk menyertai Pasukan Biru ______ Pasukan Merah," kata Cikgu Aziz kepada Ahmad.
atau
serta
tetapi
bahawa
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika bermain ______ agar tidak ditimpa kemalangan.
serta
tetapi
agar
apabila
Yusri menternak beberapa ekor ayam. __________, ternakannya itu mati akibat penyakit.
Namun begitu,
Pertama sekali,
Oleh sebab itu,
Sehubungan itu,
Ketua kelas mempunyai pandangannya sendiri. _______, dia tidak menolak buah fikiran orang lain.
Seterusnya,
Meskipun begitu,
Pendek kata,
Sesungguhnya,
Encik Hairul ___________________ apabila keretanya ditarik oleh pihak bank.
seperti pinang dibelah dua
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti anai-anai makan kayu
seperti kucing kehilangan anak
Perlakuan budak lelaki itu sama seperti bapanya, bak kata peribahasa ____________.
bapa borek anak rintik
indah khabar daripada rupa
air dicincang tidak akan putus
ada padi semua kerja jadi
Seorang lelaki yang ________ sebagai ahli perniagaan itu ditahan oleh polis setelah penipuannya ________.
samaran ........ dibongkar
penyamar ....... membongkar
menyamar ....... terbongkar
disamar ....... pembongkaran
"Kita hendaklah menjaga ________ diri dan persekitaran," pesan ibu kepada Nurin.
pembersih
kebersihan
pembersihan
membersihkan
Sila pilih 3 imbuhan pinjaman yang betul.
juruwang
makanan
mahasiswa
wartawan
Beberapa ekor ikan terperangkap pada _____ jala yang ditebarkan oleh Pak Husin.
seikat
sebidang
serawan
sehelai
Lori itu membawa ______ biji buah durian untuk dijual di pasar borong.
ratusan
sekalian
seluruh
berbagai-bagai
Alat tulis dan alat permainan kepunyaan Damia ________ di dalam sebuah kotak.
berganding bahu
bercampur aduk
bergaul mesra
berduka cita
Dayang sekeluarga menginap di sebuah _______ di tepi pantai sewaktu bercuti di Kuala Terengganu.
kolej
hotel
kedai
asrama
