wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Total questions: 15

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Pemandangan di pusat pelancongan itu sudah tidak berseri lagi dan banyak sampah sarap seperti peribahasa

a)

bagai berumah di tepi pantai

b)

bagai perian pecah

c)

bagai bulan dipagar bintang

d)

bagai pelita kehabisan minyak

2.

Aiden ingin membeli kereta berjenama BMW, namun impiannya masih belum tercapai kerana gajinya hanya RM3000 sebulan. Sikap Aiden sama seperti peribahasa

a)

sempit bertimpuh, lega berlunjur

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

sarang tebuan jangan dijolok

d)

pipit itu pipit jugalah lawannya

3.

Antara yang berikut,yang manakah kata-kata hikmah yang menunjukkan kepentingan membaca?

a)

Membaca jambatan ilmu

b)

Membaca membangunkan negara

c)

Membaca banyak faedah

d)

Membaca menimba pengetahuan

4.

Setiap kerja yang diberi atau diamanahkan kepada kita, biarlah diselesaikan supaya tidak terbengkalai. Sikap ini samalah seperti peribahasa

a)

kalau pandai menggunting, pandailah menjahit

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

belum duduk sudah terlunjur

5.

Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa. Cogan kata yang sesuai dengan pernyataan ini ialah

a)

bahasa jiwa bangsa

b)

bahasa melambangkan bangsa

c)

bahasa ibunda pegangan semua

d)

bahasa kebangsaan bahasa kita

6.

Anak itu dijaga oleh bapanya dengan penuh kasih sayang. Segala kemahuannya dituruti dan dia berasa sungguh bahagia. Keadaan ini dikatakan

a)

bagai embun dihujung rumput

b)

bagai lebah menghimpun madu

c)

seperti menatang minyak yang penuh

d)

seperti minyak setitik, di laut sekali timbul jua

7.

Takut kerana salah, berani kerana benar. Peribahasa ini bermaksud

a)

mengenal pasti kemampuan diri

b)

berani kerana tidak melakukan kesalahan

8.

Peribahasa yang berikut mempunyai makna yang hampir-hampir sama, kecuali

a)

berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit

b)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

c)

beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis

d)

kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

9.

Apakah maksud peribahasa mengikut telunjuk?

a)

mendengar arahan

b)

tidak berani membantah

10.

Putus rezeki bermaksud

a)

hilang sumber pendapatan

b)

perjanjian yang terbatal

11.

Hati Lisa _______________ apabila mendengar tunangnya Jimin curang

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti kaca terhempas ke batu

12.

Ukur baju di badan sendiri bermaksud

a)

Beli barang ikut kemampuan sendiri

b)

Ukur saiz baju sendiri

13.

Ali tidak mahu mengusahakan tanah terbiar di belakang rumahnya. Ayah Ali juga tidak mahu mengusahakan tanah terbiar itu semasa dia masih hidup. Keadaan ini sama seperti peribahasa berikut, kecuali

a)

ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

b)

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

bapa borek anak rintik

14.

Ali telah dikhianati kawan baiknya Sang Woo kerana Sang Woo telah menghilangkan diri dengan wang yang dipinjamnya tanpa membayarnya semula. Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut?

a)

Tikam belakang

b)

Api dalam sekam

c)

Gunting dalam lipatan

d)

Musuh dalam selimut

e)

Talam dua muka/Bermuka dua

15.

Apakah peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa 'Bagai aur dengan tebing'?

a)

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Ibarat Telur Sesangkak, Pecah Sebiji, Pecah Semua

d)

Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih

e)

Kacang lupakan kulit