wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tatabahasa Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Darshini memasukkan beberapa ________ garam ke dalam masakannya.

a)

keping

b)

buah

c)

kaki

d)

cubit

2.

Penduduk kampung bekerjasama membersihkan _________ permainan kanak-kanak yang bersebelahan dengan balai raya.

a)

sungai

b)

taman

c)

pulau

d)

bukit

3.

Pak Cik Hashim membawa tiga _________ pisang dari kebunnya untuk dijual di pasar tani.

a)

lembar

b)

pasang

c)

gugus

d)

tandan

4.

Hani dan Hana merupakan pasangan kembar seiras. ________ sangat rajin dan baik hati.

a)

Mereka

b)

Kami

c)

Dia

d)

Baginda

5.

Beberapa orang guru _________ dipertanggungjawabkan untuk mengawasi murid-murid itu.

a)

akan

b)

telah

c)

sedang

d)

mesti

6.

"Letak alatan sukan itu di hujung __________, Raju," kata Cikgu Amin.

a)

ini

b)

sana

c)

itu

d)

sini

7.

Dahi Muthusamy bengkak kerana ____________ pada dinding.

a)

terduduk

b)

terdampar

c)

terhantuk

d)

tersalah

8.

Nek Jah sangat ___________ menganyam tikar mengkuang.

a)

luas

b)

mahal

c)

fasih

d)

cekap

9.

Semua penonton _________ melihat persembahan dua orang pelawak yang terkenal itu.

a)

berjalan

b)

ketawa

c)

menangis

d)

bergaduh

10.

1. Ibu meletakkan se__________ serai di atas meja.

a)

papan

b)

ikat

c)

gugus

11.

Ayah Chan Ho menggantungkan se____________ mercun di halaman rumah.

a)

gugus

b)

papan

c)

ikat

12.

Kakak membeli lima ______________ anggur di pasar raya.

a)

papan

b)

ikat

c)

gugus

13.

Datuk membawa balik lima ______________ pisang dari dusun buah-buahan.

a)

biji

b)

tandan

c)

tongkol

14.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
 
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan  kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah
 ini.
a)
banyak-banyak...mengumumkan
b)
berbanyak-banyak...merasmikan
15.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan  nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
a)
pertumbuhan...di 
b)
penubuhan...dalam
16.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
a)
permohonan...faxs
b)
Permohonan...faks
17.

Encik Tan dan Pak Ramu sedang berbual ___________ di ruang tamu.

a)

rancak

b)

sunyi

c)

kuat

d)

laju

18.

Encik Remy melarang anaknya mandi di sungai yang ___________ itu.

a)

cetek

b)

dalam

c)

surut

d)

pasang

19.

Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.


Beberapa kawasan rendah telah dilanda banjir akibat hujan lebat.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif

20.

Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat aktif atau ayat pasif.


Lauk-pauk yang enak telah disediakan oleh ibu.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasif