wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tatabahasa 1 Kelas Cg Fadzil

Total questions: 100

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Selepas Aufa berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

a)

kabur

b)

pudar

c)

terang

d)

senang

2.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


"Anne sering datang ke rumah saya," kata Hani.

a)

kadangkala

b)

kerap

c)

jarang

d)

selalu

3.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Persembahan magik itu mendapat pujian daripada orang ramai.

a)

sokongan

b)

galakan

c)

sindiran

d)

tepukan

4.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Orang yang berbaju ungu itu kurang siuman.

a)

baik

b)

waras

c)

berguna

d)

sempurna

5.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.

a)

longgar

b)

lembut

c)

kendur

d)

ringan

6.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Hubungan mereka memang akrab semenjak kecil.

a)

rapat

b)

lama

c)

renggang

d)

jauh

7.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Srinee meluahkan makanan yang sudah basi itu.

a)

menghabiskan

b)

mengunyah

c)

menyimpan

d)

menelan

8.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Cuaca malam ini sangat panas.

a)

hangat

b)

sejuk

c)

suam

d)

merah

9.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Azwad tidak suka menonton filem jenaka.

a)

sedih

b)

lasak

c)

ganas

d)

rencana

10.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung oleh penculiknya.

a)

dilepaskan

b)

dipenjarakan

c)

dibunuh

d)

diperap

11.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak berkuasa.

a)

diabaikan

b)

diteruskan

c)

ditundakan

d)

diselesaikan

12.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Ceramah yang disampaikan oleh pensyarah tersebut agak hambar.

a)

elok

b)

lucu

c)

tepat

d)

menarik

13.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Saya meluat dengan perangainya yang mengada-ngada.

a)

suka

b)

terpesona

c)

benci

d)

menyampah

14.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Sebagai ketua pasukan, Shidin yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.

a)

tulus

b)

setuju

c)

sangsi

d)

marah

15.

Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.


Perniagaan Encik Izzat semakin merosot sejak sebulan yang lalu.

a)

mengecil

b)

meningkat

c)

membesar

d)

meluas

16.

Tin minuman yang sudah _____________ itu akan dikumpulkan sebelum dihantar ke pusat kitar semula.

a)

kemik

b)

patah

c)

pecah

17.

Puan Aina membawa anak-anaknya ke Pasar Raya Kassim untuk membeli ______________ kerana sesi persekolahan akan bermula pada minggu hadapan.

a)

baju raya

b)

baju sekolah

c)

baju kurung

18.

Ibu ___________ di hadapan televisyen semasa menunggu kepulangan ayah kerana terlalu mengantuk.

a)

tidur

b)

menidurkan

c)

tertidur

19.

Orang yang cerdik dan pandai menipu dikenali sebagai ___________________.

a)

akal kancil

b)

ayam tambatan

c)

anak emas

20.

Siti dan rakan-rakannya _______________ kerana tidak tahu baju yang mana harus dipilih mereka.

a)

campur tangan

b)

rambang mata

c)

dalam tangan

21.

" _______ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka," kata Bendahara kepada baginda Sultan.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

22.

" Bolehkah ________ bermain Bersama-sama kamu? " tanya Aisyah dan Ai Ling kepada Siti.

a)

saya

b)

kami

c)

anda

23.

Azlan mengunci pintu rumah ________ masuk ke dalam kereta ______ ke pejabat.

a)

lalu ... untuk

b)

agar ... oleh

c)

supaya ... untuk

24.

Adik _________ tali kasutnya dengan kemas sebelum ke sekolah.

a)

terikat

b)

ikatan

c)

mengikat

25.

Adik _________ tali kasutnya dengan kemas sebelum ke sekolah.

a)

terikat

b)

ikatan

c)

mengikat

26.

Pak Abu dan Pak Kassin pergi ________________ sotong di perairan Pulau Kapas, Terengganu.

a)

mengait

b)

mengunting

c)

mencandat

27.
_________, sakitnya telingaku ini!
a)
Amboi
b)
Eh
c)
Aduh
d)
Wah
28.

_______, malangnya 倒霉 mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal itu!

a)

Aduhai

b)

Aduh

c)

Wahai

d)

Oh

29.

___________, kamu telah mendapat kejayaan yang cemerlang!

a)

Nah

b)

Syabas

c)

Oh

d)

Wahai

30.

_________, ambil wang ini dan pergi beli buku tulis yang baru!

a)

Wahai

b)

Eh

c)

Syabas

d)

Nah

31.

__________, aku tidak setuju langsung dengan pendapat engkau itu!

a)

Cis

b)

Nah

c)

Aduhai

d)

Ah

32.

________, kamulah rupa-rupanya yang memfitnah saya selama ini!

a)

Syabas

b)

Nah

c)

Wahai

d)

Oh

33.

_________, para pelajar, tingkatkan usaha agar kalian memperoleh得到 keputusan成绩 yang cemerlang!

a)

Syabas

b)

Wahai

c)

Hai

d)

Aduhai

34.

_________, cantiknya rumah baharu Encik Ramli yang terletak di kawasan lapang itu.

a)

Nah

b)

Aduh

c)

Aduhai

d)

Wah

35.

____________ , agak lama kita tidak berjumpa!

a)

Cis

b)

Nah

c)

Hai

d)

Syabas

36.

“ _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini” kata ketua kampung dengan marah.

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Ah

d)

Oh

37.

_____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!

a)

Eh

b)

oh

c)

aduhai

d)

wah

38.

_____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!

a)

aduhai

b)

aduh

c)

cis

d)

ah

39.

_____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!

a)

amboi

b)

hai

c)

nah

d)

eh

40.

“ _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu!” nasihat Cikgu Mark.

a)

wahai

b)

wah

c)

hai

d)

eh

41.

_____, sakitnya dahiku!

a)

aduh

b)

wah

c)

aduhai

d)

cis

42.

_____ , terimalah tumbukanku yang hebat ini!

a)

nah

b)

oh

c)

cis

d)

hai

43.

_____, Chee Han! Sudah lama tidak berjumpa dengan kamu.

a)

Nah

b)

Wahai

c)

Hai

d)

Amboi

44.

_____, aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu!

a)

ah

b)

wah

c)

hai

d)

wahai

45.

“ ________ anak didikku, amalkan ilmu yang telah kamu pelajari selama ini”, kata mahaguru itu.

a)

wah

b)

Wahai

c)

Oh

d)

ah

46.

______, akhirnya kamu dinaikkan pangkat juga!

a)

Aduhai

b)

syabas

c)

hai

d)

Cis

47.
________________untuk Program Motivasi Jati Diri itu telah disediakan oleh Mustaqim.
a)
Kertas kerja
b)
Penanda aras
c)
Petunjuk aras
d)
Garis pusat
48.
"___________________ Istana Seri Menanti itu sungguh cantik,"kata Danish Amar.
a)
Hak milik
b)
Juru acara
c)
Urus setia
d)
Reka bentuk
49.
Kejayaan Program Kejiranan Mesra yang diadakan pada kali ini menjadi __________________untuk program yang akan datang.
a)
petunjuk aras
b)
penanda aras
c)
garis pusat
d)
garis idea
50.
Sekumpulan anggota Sukarelawan Muda ________________ membersihkan sungai di Kampung Mentari.
a)
mandi hujan
b)
mati katak
c)
mandi peluh
d)
berat tulang
51.
Kami ______________ untuk mengecat balai raya itu.
a)
bulat suara
b)
buka langkah
c)
cari jalan 
d)
angkat kaki
52.

Penyiasatan kes pembunuhan itu diketuai oleh ___________.

a)

Mejar Umping

b)

Doktor Lim

c)

Peguam Tommy

d)

Inspektor Rahman

53.

Jam tangan yang berjenama __________ itu dihadiahkan oleh Encik Goh kepada anaknya.

a)

Rolex

b)

Darlie

c)

Caltex

d)

Toyota

54.

Puan Siti membeli sepasang kasut sukan yang berjenama ____________ untuk suaminya.

a)

Adidas

b)

Dolphin

c)

Huawei

d)

Honda

55.

Pameran Pertunjukan Akrobatik Maritim Antarabangsa (LIMA) telah diadakan di ___________.

a)

Pulau Tioman

b)

Pulau Langkawi

c)

Pulau Pangkor

d)

Pulau Redang

56.
Kereta ____________________ ialah kereta buatan Malaysia.
a)
Proton Perdana
b)
Camry
c)
Honda
d)
Toyota
57.

Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.

a)

dengan

b)

dari

c)

bagi

d)

daripada

58.

Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.

a)

dari

b)

kepada

c)

tentang

d)

daripada

59.

Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

a)

bagi

b)

sejak

c)

kepada

d)

dengan

60.

Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.

a)

bagi

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

61.

"__________ bila kamu pandai berbohong?" herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.

a)

Dari

b)

Pada

c)

Sejak

d)

Daripada

62.

Lagu "Cahaya Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________ tunangnya yang jauh di perantauan.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

63.

Perkara itu telah diadukan _________ ketua kampung.

a)

ke

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

64.

Datuk sedang bercerita __________ pengalaman hidupnya semasa berada diperantauan.

a)

bagi

b)

untuk

c)

tentang

d)

daripada

65.

Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

a)

dengan

b)

hingga

c)

tentang

d)

daripada

66.

Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.

a)

oleh

b)

dari

c)

dengan

d)

daripada

67.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang- undang negara.

a)

bagi

b)

pada

c)

kepada

d)

dengan

68.

Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

a)

dari

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

69.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

untuk

c)

dengan

d)

tentang

70.

Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dengan

71.

Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

72.

Cikgu Fazreen mudah mengajar Kelas 6 Elit kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

73.

Encik Azeem bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada ___________.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

mereka

74.

Ibu membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

75.

"Setelah seminggu balik dari Pulau Tinggi, ___________ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana," kata Elisyah.

a)

dia

b)

kami

c)

saya

d)

kalian

76.

Saya dan murid-murid Tahun 6 Elit merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kita

77.

Taufiq sedang __________karangan yang disuruh oleh gurunya.

a)

tulisan

b)

penulisan

c)

menulis

d)

penulis

78.

Qistina dan Zulaili bersahabat karib. _________________ tinggal sekampung.

a)

Kamu

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Dia

79.

"Jika ________________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,"kata Sanjhanna kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

80.

"Ampun _____________, tuanku," sembah Hang Lekir kepada Sultan Amirul.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

81.

"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah Hang Tuah kepada Sultan Azizan.

a)

tuan

b)

tuanku

c)

baginda

d)

tuan hamba

82.

Weng Keat dan rakan-rakannya agak sedih kerana _____________kalah dalam perlawanan itu.

a)

kami

b)

kita

c)

mereka

d)

dia

83.

Wajah keluarga yang amat dirindui sering menjelma dalam ____________ Kar MIng.

a)

bayangan

b)

fikiran

c)

kenangan

d)

ingatan

84.

Ketika tiba di tempat percutian itu Cindy berkata, "_____________, tidak pernah saya melihat pemandangan yang seindah ini!"

a)

Eh

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Cis

85.

Cikgu Lee menunjukkan cara _____________ stres dengan melakukan ______________ pernafasan.

a)

mengatasi ... latihan

b)

diatasi ... berlatih

c)

atasi ... melatih

d)

mengatasi ... berlatih

86.

Reena mengadakan ____________ untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahnya.

a)

menjamu

b)

jamukan

c)

berjamu

d)

jamuan

87.

Kedua-dua ketua pasukan sedang ___________ sebelum memulakan perlawanan bola sepak.

a)

berpegang

b)

bercakar

c)

bersalam

d)

bertemu

88.

Murid-murid itu ___________ mendengar ceramah tentang cara mengawal stres.

a)

sedang

b)

pernah

c)

akan

d)

masih

89.

Pemain-pemain harus mematuhi ____________ perlawanan agar dapat mengawal minda dengan baik.

a)

tatakerja

b)

tatacara

c)

tatatertib

d)

tatasusila

90.

Pada pagi itu, Dania makan se_________ kek pisang sebelum pergi ke sekolah.

a)

potong

b)

biji

c)

ketul

d)

buku

91.

Kolaj yang ditampalkan pada dinding ini dihasilkan oleh adik.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

ringan tangan

b)

panjang tangan

c)

bekas tangan

d)

buah tangan

92.
Ketua pasukan Rumah Merah ____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
a)
memikul
b)
mengelek
c)
menjulang
d)
mengandar
93.
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
a)
membonceng
b)
menunggang
c)
mengayuh
d)
menaiki
94.
Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.

a)
menyelak
b)
menampal
c)
membalut
d)
mengalas
95.

Maksud peribahasa "seikat bagai sirih, serumpun bagai serai" ialah

a)

Berkawan baik dengan rakan

b)

Membuat kerja dengan rajin

c)

Bersatu padu dalam segala hal

d)

Menjaga kebersihan kawasan rumah

96.

Perkataan sinonim bagi kata kerja "bersengketa" ialah

a)

bergaduh

b)

bersetuju

c)

berkawan

d)

bekerjasama

97.

"Aduhai, malang sungguh nasib kami!"

Apakah jenis ayat di atas?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penyata

d)

Ayat tanya

98.

Puan Latifah menghidangkan beberapa ____ nangka madu kepada tetamunya.

a)

biji

b)

butir

c)

ulas

d)

pangsa

99.

Murid-murid itu berdiri ________________________ apabila diperintahkan berdiri tegak oleh guru disiplin.

a)

pantas macam kilat

b)

nipis macam kertas

c)

mancung macam seludang

d)

lurus macam bendul

100.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata