Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

WWW.SIBERMERDEKA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Apakah tema yang sesuai bagi sajak ini?
a)
Kerakusan menggunakan internet dalam kehidupan seharian.
b)
Sikap tidak ambil peduli masyarakat kini tentang kegunaan internet.
c)
Kehadiran teknologi internet menjadikan menusia mudah terpengaruh.
d)
Ketabahan seorang insan dalam menghadapi cabaran hidup.
2.

Apakah maksud bagi rangkap keenam?

a)

Penyajak mengatakan bahawa dia berusaha mengatasi halangan dan menelusuri rentak kehidupan yang belum pastinya cabarannya.

b)

Penyajak bercita-cita untuk membebaskan dirinya.

c)

Penyajak menyatakan bahawa dia tidak lagi berasa gentar terhadap segala halangan dan cubaan untuk menjatuhkan dirinya.

d)

Penyajak sangat prihatin dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat ini.

3.

Dalam rangkap ketujuh, penyajak berpendapat bahawa kehadiran Internet menyebabkannya...

a)

sentiasa muhasabah diri supaya dapat membuat keputusan yang lebih teguh.

b)

semakin bijak menggodam internet.

c)

semakin ketinggalan di belakang.

d)

mudah mengakses maklumat.

4.
Dalam rangkap pertama, penyajak bercita-cita untuk membebaskan dirinya daripada...
a)
gangguan rakan-rakan.
b)
kepayahan hidup.
c)
penjara.
d)
tugasan yang diberikan oleh guru.
5.
Kita haruslah bertindak_______ ketika menghadapi apa jua cabaran.
a)
Agresif
b)
Rasional
c)
Sesuka hati
d)
Prejudis
6.
Mana satu BUKAN kebaikan apabila kita membuat perancangan dalam hidup?
a)
Matlamat hidup mudah untuk dicapai.
b)
Dapat dijadikan garis panduan.
c)
Hidup kita akan lebih tersusun.
d)
Hidup kita akan terikat.
7.
Yang mana satu BUKAN manfaat internet kepada manusia?
a)
Memudahkan manusia untuk menggodam maklumat orang lain.
b)
Memudahkan manusia mengakses pelbagai maklumat.
c)
Mempercepatkan urusan jual beli
d)
Memudahkan komunikasi pelbagai hala.
8.
SIBERMERDEKA
Aku berlatih menangkis angin Aku berlatih memungah awan
Apakah gaya bahasa yang ditonjolkan?
a)
metafora
b)
anafora
c)
personifikasi
d)
hiperbola
9.
Apakah maksud rangkap ketiga sajak www.sibermerdeka.com.my ?
a)
Penyajak telah terpedaya dengan tipu muslihat orang lain
b)
Penyajak beriman dan beramal
c)
Pengajak menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan yang telah menguji keimanannya
d)
Penyajak telah diuji dengan amal dan imannya
10.

sajak www.sibermerdeka.com.my mempunyai

a)

7 rangkap

b)

8 rangkap

c)

10 rangkap

11.

Nilai yang terdapat dalam keseluruhan sajak www.sibermerdeka.com.my adalah berikut KECUALI

a)

keinsafan

b)

ketabahan

c)

keberanian

d)

kasih sayang

12.

Berikut merupakan pengajaran dalam sajak www.sibermerdeka.com.my KECUALI

a)

kita hendaklah insaf setelah menyedari kesalahan yang telah dilakukan

b)

kita hendaklah saling sayang menyayangi antara satu sama lain

c)

kita hendaklah berani menempuh cabaran yang berlaku dalam kehidupan kita

13.

sajak www.sibermerdeka.com.my mengandungi persoalan berikut KECUALI

a)

Persolan tentang perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup

b)

Persoalan tentang keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.

c)

Persoalan tentang menjaga keamanan negara

14.

Nilai yang terdapat dalam keseluruhan sajak www.sibermerdeka.com.my adalah berikut KECUALI

a)

keinsafan

b)

ketabahan

c)

keberanian

d)

kasih sayang

15.

Peristiwa datang peristiwa pergi ialah gaya bahasa

a)

simile

b)

anafora

c)

repetisi

16.

Banyak peristiwa pahit manis yang telah ditempuh oleh penyajak sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak mengingatkan dirinya agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan sebaliknya mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.


Pernyataan dia atas ialah maksud sajak bagi rangkap

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

17.

Apakah nada sajak ini?

a)

romantis

b)

melankolik

c)

patriotik

d)

sinis

18.

Penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

Berikan nilai bagi pernyataan di atas.

a)

ketaatan

b)

keinsafan

c)

kerajinan

d)

kegigihan

19.

Dalam kebun diriku

Aku tanam saujana rancangan

Untuk memerdekakan warga susahku

Hidup menentang senja dan malam


maksud rangkap di atas.

a)

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

b)

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

c)

Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

20.

Rima akhir sajak www.sibermerdeka.com.my ialah

a)

bebas

b)

terikat