wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Permainan Tradisi Brunei

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Alat ini dimainkan dengan cara melambungkannya dari atas telapak tangan dan sebanyak mungkin cuba dimasukkan ke jari telunjuk. sebanyak mana yang masuk ke jari telunjuknya akan menjadi miliknya.

a)

Bilun

b)

Congkak

c)

Ajung

d)

Simban Gelang Getah

2.

Permainan ini dimulakan dengan cara berundi, dan pemain pertama akan membentuk corak bunga di atas papan permainan.

a)

Gasing

b)

Papan Pasang

c)

Batu Simban

d)

Guli

3.

Sejenis alat permainan tradisi yang diterbangkan ke udara menggunakan tali mengikut kederasan angin.

a)

Kikik

b)

Sandul/Santuk

c)

Kipas Tarik

d)

Lastik Getah

4.

Tidak menggunakan alat yang khusus tetapi 'si pencari' akan menutup mata dengan telapak tangan sambil menghala ke dinding, sementara dia menghitung angka satu hingga sepuluh, pemain lain akan bersembunyi di sekitar tempat mereka bermain.

a)

Tutup Mata

b)

Tapuk-tapukan

c)

Talang Getah

d)

Kaki Tiga

5.

Dalam permainan ini, alat ini akan dipasik dengan tangan mengikut teknik tertentu.

a)

Batu Simban

b)

Bilun

c)

Gasing

d)

Guli

6.

Sejenis alat permainan tradisi berpaksi yang dapat dipusingkan dengan mengunakan tali yang dililitkan pada dada alat ini.

a)

Kikik

b)

Buah Ampal

c)

Gasing

d)

Talang Getah Berturus

7.

Permainan ini biasanya diadakan untuk memeriahkan sesuatu maklis keramaian seperti berkhatan, perkahwinan dan sebagainya.

a)

Congkak

b)

Papan Pasang

c)

Guli

d)

Batu Simban

8.

Setiap pemain yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki atau perempuan secara berkumpulan mencubit bahagian belakang tangan kawan sambil berlagu, selesai sahaja berlagu mereka akan bercakran.

a)

Buah Ampal

b)

Bit-bit Ucing

c)

Batu Simban

d)

Ajung

9.

Permainan ini dimulakan dengan membolak-balik anak-anak batu dengan tangan, siapa yang menyimpan banyak batu di telapak tangannya akan memulai permainan.

a)

Buah Ampal

b)

Bit-bit Ucing

c)

Batu Simban

d)

Ajung

10.

Sejenis permainan tradisi menggunakan sebiji batu kecil atau bola kecil untuk diteka, alat tersebut akan digenggam dan disembunyikan ke pangkuan. Ketua pasukan akan membuat tekaan ke arah pasukan lawan, jika tekaan betul pemain yang duduk di belakang akan berpindah ke depan, pasukan yang maju ke depan merekalah yang menang.

a)

Buah Ampal

b)

Batu Simban

c)

Bit-bit Ucing

d)

Ajung