Font size
WorksheetsKSSM SEJARAH TINGKATAN 5 (BAB 8 :8.3&8.4)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Strategi DPN adalah meneruskan usaha DEB , iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang merangkumi bidang:
Politik
Ekonomi
Sosial
Pembangunan kemudahan fizikal
Antara yang berikut, pilih usaha yang bukan Strategi DPN dalam bidang ekonomi
Penggunaan Sains dan Tekonologi
Melaksanakan program penanaman semula
Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
Strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menitikberatkan pembangunan mapan dan alam sekitar . (ms 175)
Bagaimanakah usaha tersebut dapat dilaksanakan?
A Penggunaan teknologi hijau
B Pemuliharaan alatan tradisional
C Penguatkuasaan undang-undang
D Pengamalan budaya hidup sihat
Maklumat di bawah berkaitan dengan matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN). (ms 174)
-Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan-
Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?
A Meluaskan pasaran terbuka
B Mengimbangi komposisi kaum
C Mengalakkan kebebasan individu
D Mewujudkan pembangunan seimbang
Senarai berikut berkaitan dengan institusi pusat latihan belia. (ms 176)
• Pusat Latihan Kemahiran Giatmara
• Instituit Latihan Perindustrian (ILP)
Apakah kepentingan institusi tersebut?
A Melahirkan tenaga kerja mahir
B Mempelbagai pengeluaran industri
C Mewujudkan peluang pendidikan tinggi
D Menarik ramai pelabur asing
Apakah agensi yang terlibat dalam penswastaan syarikat perniagaan untuk bumiputera? (ms 178)
A Majlis Amanah Rakyat
B Amanah Saham Nasional
C. Amanah Saham Malaysia
D Majlis Perundingan Negara
Apakah teknologi pertanian pintar yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan hasil pertanian?
Penggunaan dron
Penggunaan empangan
Penggunaan tenaga binatang
Penggunaan bijih benih berkualiti
Maklumat berikut menerangkan dasar pembangunan ekonomi negara kita.
- Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barang
- Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.
Apakah dasar pembangunan tersebut?
Dasar hala tuju
Dasar penswastaan
Dasar kependudukan
Dasar pensyarikatan Malaysia
Matlamat DPN ialah menghapuskan kemiskinan tegar terhadap golongan penanam padi dan nelayan. Apakah bantuan yang diberikan kerajaan terhadap golongan tersebut?
Subsidi
Sokongan
Perniagaan
Pemasaran
Senarai berikut merujuk kepada syarikat multinasional di negara kita (ms 186)
• Sime Darby Berhad
• Axiata Group
• Proton Holding Berhad
Apakah kesan kewujudan syarikat tersebut?
A Menggalakkan perkembangan ekonomi
B Mengukuhkan pertahanan negara
C Memantapkan teknologi maklumat
D Menarik kemasukan buruh asing
