wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quiz peribahasa / simpulan bahasa

Total questions: 51

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Anak-anak perlulah didik dan diasuh sejak kecil lagi supaya mereka sentiasa berakhlak

mulia dan cemerlang dalam kehidupan.

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Alang - alang mandi biar basah

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

2.

Amir dikatakan …… kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya

a)

Bagai itik pulang petang

b)

Bagai kera mendapat bunga

c)

Bagai bertepuk sebelah tangan

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

3.

Walaupun Cheng dan abangnya sering bergaduh, namun demikian hubungan mereka

seperti …..

a)

Ular kena palu

b)

Batu jatuh ke lubuk

c)

Kacang lupakan kulit

d)

Air dicencang tidak akan putus

4.

Puan Rosmah dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka …. setelah

terlibat dalam kemalangan

a)

Seperti cicak makan kapur

b)

Bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai sirih pulang ke gagang

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

5.

Lisa yang jelita ……. diminati oleh ramai pemuda di kampung.

a)

Seperti isi dengan kuku

b)

Bagai murai tercabut ekor

c)

Bagai bulan purnama penuh

d)

Seperti katak di bawah tempurung

6.

Nasihat ibu kepada Roslan ….. kerana Roslan langsung tidak memperdulikan nasihatnya

a)

seperti sampah hanyut

b)

Seperti gergaji dua mata

c)

Seperti ayam mematuk anaknya

d)

Bagai mencurah air ke daun keladi

7.

Encik Zulkifli dan Puan Rosnah menjaga anak angkat mereka …..

a)

seperti ular kena palu

b)

Seperti bumi dengan langit

c)

Seperti anjing dengan kucing

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

8.

Mulut Syafiq ….. apabila tiada guru di dalam kelas

a)

bagai dihiris sembilu

b)

Bagai murai tercabut ekor

c)

Bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

9.

Gayathri ….. kerana kurang membaca buku.

a)

bagai abu di atas tunggul

b)

Bagai pinang dibelah dua

c)

Bagai bertepuk sebelah tangan

d)

Seperti katak di bawah tempurung

10.

Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu ….

a)

bagai itik pulang petang

b)

Seperti rusa masuk kampung

c)

Bagai bulan dipagari bintang

d)

Air dicencang tidak akan putus

11.

Thirumurugan …… apabila mendapati dompetnya hilang

a)

bagai ayam berak kapur

b)

Bagai kucing kehilangan anak

c)

Bagai murai tercabut ekor

d)

Seperti cicak makan kapur

12.

Syafiq dan isterinya Alice sangat secocok …

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

Seperti rusa masuk kampung

c)

Bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai bulan dipagari bintang

13.

Amir dikatakan ….. kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja

a)

bagai pahat dengan penukul

b)

Bagai ayam disambar helang

c)

Bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

Seperti cicak makan kapur

14.

Bermuka dua

a)

Suka betgaduh

b)

Tidak jujur

15.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

a)

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

b)

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga

16.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____

a)

Seperti api dalam sekam

b)

Seperti gajah masuk kampung

c)

Bagai Belanda meminta tanah

d)

Bagai menatang minyak yang penuh

17.

Penduduk kampung selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu

_________________.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai pinang dibelah dua

c)

Bagai kacang lupakan kulit

d)

Seperti anjing dengan kucing

18.

Apakah maksud peribahasa “seperti ular kena palu”

a)

berjalan terhuyung-hayang

b)

jalan yang berbahaya

c)

sikap seseorang yang ganas

d)

jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

19.

Nazatul dan adiknya selalu berrgaduh, mereka …

a)

bagai anjing dengan kucing

b)

bagai api dalam sekam

c)

bagai gunting dalam lipata

d)

bagai anjing menyalak bukit

20.

Afiq …. kerana dia tidak tahu bermain bola sepak

a)

kaki botol

b)

lapang dada

c)

lipas kudung

d)

kaki bangku

21.

Pada minggu lepas, Syahirah dan keluarganya ….. ke Cameron Highland untuk bercuti setelah pergerakan rentas negeri dibenarkan.

a)

makan diri

b)

makan angin

c)

naik kepala

d)

naik angin

22.

Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut “ seperti pungguk rindukan bulan”

a)

bidalan

b)

pepatah

c)

perumpamaan

d)

simpulan bahasa

23.

Seperti tikus ….. labu

a)

memakan

b)

membelah

c)

membaiki

d)

menangkap

24.

Kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan dalam kehidupan seperti ……

a)

seperti payung dengan air

b)

bagai air di bawah payung

c)

bagai awan dengan payung

d)

sediakan payung sebelum hujan

25.

Peribahasa “bagai aur dengan tebing” membawa maksud

a)

rajin dalam melakukan pekerjaan

b)

sering bergaduh sesama manusia

c)

tolong-menolong antara satu sama lain

d)

bermusuhan antara satu sama lain

26.

“Air dicencang tak akan putus”. Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga

27.

“Sirih pulang ke gagang” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

belut pulang ke lumpur

b)

musuh dalam selimut

c)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

28.

Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, baru kami tahu bahawa apa-apa

a)

ada api ada asapnya

b)

ada udang di sebalik batu

c)

indah khabar dari rupa

29.

“Api dalam sekam” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

b)

gunting dalam lipatan

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

30.

“Membuka pekung di dada” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

b)

bagai aur dengan tebing

c)

cendawan tumpuh selepas hujan

31.

Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersugguh-sungguh

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

bagai melepaskan anjing tersepit

32.

“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

lain padang lain belalang

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

33.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai

a)

bagai melepaskan anjing yang tersepit

b)

bagai melepaskan batuk di tangga

c)

ada udang di sebalik batu

34.

“Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri , lebih baik di negeri sendiri

b)

ikan seekor rosakkan ikan setajau

c)

habis madu sepah dibuang

35.

Amin berbaik-baik dengan gurunya kerana ………

a)

ada udang di sebalik batu

b)

bagai melepaskan anjing yang tersepit

36.

Harga pakaian di butik ini

a)

ada udang di sebalik batu

b)

bagai mendukung biawak hidup

c)

mahal seperti belian

37.

Menolong Rudi …… kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

a)

ketengah boleh, ketepi pun boleh

b)

putus rezeki

c)

bagai mendukung biawak hidup

38.

“Rambut sama hitam , hati lain-lain” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

salin tak tumpah

b)

lain dulang lain kakinya

c)

kuah sama dihirup, sambal sama dicolek

39.

Ayah memang ……….. kerana selalu memarahi adik tanpa alasan

a)

kepala angin

b)

ada hati

c)

ada udang di sebalik batu

40.

“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

b)

rebung tidak jauh dari serumpun

c)

mengusik anjing tidur

41.

Dina ….. kerana dia tidak boleh tahan dengan cuaca panas

a)

puteri salju

b)

puteri lilin

c)

ada api ada asapnya

42.

Sejak medan selera itu ditutup, banyak penjual yang

a)

bagai melepaskan batuk di tangga

b)

menangguk di air yang keruh

c)

putus rezeki

43.

“Embun di hujung rumput” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

abu di atas tunggul

b)

ada air adalah ikan

c)

ada udang di sebalik batu

44.

44. “Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap ……” kata ibu kepada abang.

a)

bagai melepaskan batuk di tangga

b)

mendukung biawak hidup

c)

bagai abu di atas tunggul

45.

“Bapa borek, anak rintik” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

b)

bagai inai dengan kuku

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

46.

Pekerja baharu itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Bak kata orang

a)

rambut sama hitam , hati lain-lain

b)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah

c)

ketengan boleh, ketepi pun boleh

47.

“Alang-alang mandi biar basah” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

genggam bara api , biar sampai jadi arang

c)

mencurah air ke daun keladi

48.

“Burung terbang dipipiskan lada” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

alang-alang mandi biar basah

b)

bagaimana contoh begitulah gubahannya

c)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

49.

“Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

mencurah garam ke laut

b)

bagai hempedu lekat di hati

c)

raga menanti pecah

50.

“Telur di hujung tanduk” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

berat sama dipukul, ringan sama dijinjing

b)

retak menanti belah

c)

seperti cincin dengan permata

51.

“Sudah jatuh ditimpa tangga” Apakah peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa di atas.

a)

antah patah lesung hilang

b)

anak kambing takkan menjadi anak harimau

c)

ayam baru belajar berkokok