Worksheetssinaran katod
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Proses elektron terbebas daripada permukaan logam yang dipanaskan dikenali sebagai ________
sinaran
penyejatan
rektifikasi
pancaran termion
Zarah manakah yang terbebas dari permukaan logam apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi?
Proton
Nukleon
Neutron
Elektron
Zarah manakah adalah sinar katod?
Alur elektron
Sinar gama
Neutron
Zarah alfa
Rajah menunjukkan satu tiub vakum digunakan untuk menyiasat pancaran termion. Apakah fungsi katod?
Untuk menghasilkan elektron apabila ia dipanaskan oleh filamen
Untuk memecut elektron pada kelajuan tinggi
Untuk mengawal keamatan alur elektron
Untuk memesongkan alur elektron secara menegak
Pancaran termion melibatkan _______
pengionan udara persekitaran oleh haba.
pesongan alur elektron oleh medan magnet.
pembebasan elektron dari permukaan Iogam yang dipanaskan.
pembentukan tompok cerah apabila elektron melanggar skrin berpendarfluor.
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang sinar katod dalam senapang elektron?
Sinar katod bercas negatif
Tenaga kinetik sinar katod diubahkan kepada cahaya apabila ia mengenai skrin berpendaflour
Sinar katod bercas positif
Medan elektrik memesongkan sinar katod
Rajah menunjukkan satu logam yang dipanaskan pada suhu tinggi. Zarah-zarah X dilepaskan dari permukaan logam. Namakan zarah X dan proses yang terlibat.
Zarah neutron
Proses pembedilan
Zarah proton
Proses sinaran
Zarah elektron
Proses sinaran
Zarah elektron
Proses pancaran termion
Rajah menunjukkan proses elektron terbebas daripada permukaan logam yang dipanaskan. Apakah proses ini?
Radiasi
Penyejatan
Rektifikasi
Pancaran termion
Pancaran termion melibatkan
pengionan udara persekitaran oleh haba.
pembebasan elektron dari permukaan logam yang dipanaskan.
pesongan sinar elektron oleh plat-Y.
pembentukan bintik cerah apabila elektron melanggar skrin berpendaflour.
Zarah manakah yang terbebas dari permukaan logam apabila dipanaskan pada suhu tinggi?
Proton
Nukleon
Neutron
Elektron
Rajah menunjukkan sebuah tiub sinar katod. Apakah zarah yang terdapat dalam sinar katod?
Proton
Neutron
Alfa
Elektron
Antara berikut yang manakah salah tentang sinar katod?
Ia bercas positif
Ia merambat dalam garis lurus
Ia dipesongkan dalam medan elektrik
Ia merambat dalam laju yang sangat tinggi
Bagaimanakah elektron boleh terbebas dari permukaan logam apabila logam dipanaskan?
Elektron menerima tenaga yang mencukupi untuk terbebas dari permukaan logam
Elektron menolak elektron keluar dari permukaan logam
Elektron ditarik oleh proton yang berada di ruang udara
Daya tarikan antara elektron bertambah
Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yng mempengaruhi kadar pancaran termion?
Kadar pancaran termion meningkat apabila luas permukaan berkurang
Kadar pancaran termion meningkat apabila suhu logam meningkat
Logam yang berbeza mempunyai kadar pancaran termion yang sama
Kadar pancaran termion menurun apabila suhu logam meningkat
Sinar katod adalah...
zarah pendaflor
sinar cahaya dari skrin
sinar cahaya dari filamen panas
alur elektron yang berkelajuan tinggi
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sinar katod?
(Pilih 3 jawapan)
Sinar katod bercas negatif
Boleh dipesongkan oleh medan magnet
Boleh dipesongkan oleh medan elektrik
Bergerak melengkung
Rajah menunjukkan suatu tiub palang Maltese. Bayang yang terbentuk atas skrin menunjukkan bahawa sinar katod
bergerak dari katod ke anod
boleh dihentikan oleh
sekeping logam
bergerak dengan laju tinggi
bercas negatif
Gambar rajah yang manakah menunjukkan pergerakan yang betul bagi alur elektron dalam medan elektrik?
A
B
C
Rajah menunjukkan satu bayang terbentuk di atas skrin Tiub Palang Maltese. Bayang itu dipesongkan oleh magnet.
Arah pesongan itu ditentukan dengan menggunakan
petua tangan Fleming
petua tangan kanan Fleming
petua tangan kiri Fleming
petua genggaman tangan kanan
Rajah menunjukkan struktur sebuah osiloskop sinar katod.
Antara komponen A, B, C dan D, manakah yang menyebabkan elektron dipecutkan?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan tiub palang Maltese yang disambung ke bekalan kuasa Voltan Lampau Tinggi (V.L.T).
Apakah yang diperhati bila S1 dibuka?
Tidak ada sinaran pada skrin berpendarfluor
Sinar katod bergerak dengan halaju lebih rendah
Sinar katod bergerak dengan halaju lebih tinggi
Bayang-bayang palang Maltese menjadi lebih terang
