NEW
Font size
WorksheetsTAHUN 6 - LATIHAN BM - TATABAHASA (20.10.2021)
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Sebatang dahan gugur kerana disambar petir.
II Dua batang giginya telah gugur petang semalam.
III. Lim mengumpulkan durian yang gugur ke dalam bakul.
IV. Pahlawan itu gugur di medan perang.
I dan III
II dan III
III dan IV
II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkatan bergaris dengan betul.
I. Adik menangis kerana berasa haus.
II. Tebing sungai itu telah haus oleh banjir.
III. Tapak kasutnya telah haus.
IV. Pokok peru itu disirami air supaya tidak haus.
I dan III
II dan III
III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Sebiji buah durian yang baru dibelinya telah basi.
II. Kari ayam itu dibuangnya kerana basi.
III. Makanan yang telah basi tidak boleh dimakan lagi.
IV. Cerita itu sudan basi untuk didengar.
I dan II
II dan III
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Ah Sui tidak lalu makan kerana demam.
II. Pada minggu lalu, kami sekeluarga ke Ipoh.
III Emak memasak lalu mendengar radio.
IV. Adik mengambil kayu lalu memukul ular itu.
I dan II
II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Paras air sungai itu semakin naik.
II. Dia naik berang apabila dituduh mencuri.
III. Ali ke sekolah naik bas.
IV. Suhu badannya semakin naik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Baju kemeja yang baru dibeli oleh ibu tidak sesuai dengan abang kerana _______.
Lusuh
Singkat
Pendek
Panjang
Kareena tidak mahu memakai baju yang dijahit __________ itu.
Serong
Bujur
Condong
Bengkok
Kakak _______ meja makan itu sehingga kering.
Menyental
Mengelap
Menggosok
Menggilap
Buah mangga yang telah masak itu telah _______ kerana lambat dipetik.
Gugur
Roboh
Tumbang
Rebah
Mata air yang jernih _________ dari celah-celah rekahan batu itu.
Timbul
Muncul
Terbit
Tampil
Keropok udang yang digoreng panas-panas itu __________ dan sedap dimakan.
Rapuh
Rangup
Keras
Ringan
Puan Farisya ________ beberapa ekor ikan untuk juadah makan tengah hari.
Menanak
Menggoreng
Menjerang
Mereneh
Dia rajin bekerja dan suka dipuji kerana dia terkenal sebagai ________.
Makan angkat
Makan angin
Makan suap
Makan luar
Beberapa orang pemain bola sepak itu bertekak dengan pengadil yang bersikap __________.
Hati busuk
Berat sebelah
Mulut tempayan
Lidah bercabang
Nasir memang terkenal dengan sikapnya yang degil macam ________.
Keldai
Lembu
Badak
Buaya
Kata-katanya yang tajam macam ______ itu menusuk ke sanubariku.
Pisau
Keris
Pedang
Sembilu
Budak yang gemuk macam _______ itu kuat makan.
Lembu
Badak
Gergasi
Harimau
Puan Zainab menjadi ______ untuk memilih pakaian yang cantik-cantik itu.
Gelap mata
Rabun mata
Rabun warna
Rambang mata
Zahid seorang yang nakal dan suka mengusik orang lain di dalam kelas seperti __________.
Kera kena belacan
Kera mendapat bunga
Enau dalam belukar
Anak ayam kehilangan ibu
Pemimpin yang baru dilantk itu juga mempunyai kewibawaan dan ketokohan seperti pemimpin yang sebelumnya, bak kata pepatah ____________.
Patah tumbuh hilang berganti
Bertemu buku dengan ruas
Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terang lagi bersuluh
Walaupun kehidupan Mak Leha seperti __________, namun dia tidak pernah meminta simpati daripada orang ramai.
Ada gula ada semut
Indah khabar dari rupa
Air dicencang tiada putus
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Rupa-rupanya tujuan Kiki mengajak Lili makan __________.
Ada udang di sebalik batu
Biar putih tulang jangan putih mata
Alah membeli, menang memakai
Belum duduk, sudah berlunjur
Kakak jatuh ________ di atas lantai kerana mengigau semasa tidur.
Terjunam
Terjatuh
Terperosok
Tersembam
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
I. Saya melihat kesan tapak kaki harimau.
II. Dia berasa kesan mendengar ceramah itu.
III. Serbuk pencuci itu amat kesan jika digunakan.
IV. Kemalangan ngeri itu meninggalkan kesan kepada abang.
I dan II
I dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
