WorksheetsBumi Sains Tahun 4
Total questions: 16
Worksheet time: 32mins
Rajah menunjukkan sebiji buah yang jatuh daripada sebatang pokok. Apakah daya yang menyebabkan buah itu jatuh ke tanah?
Daya graviti
Daya tarikan
Daya tolakan
Daya keapungan
Amirul membaling bola ke atas. Apakah yang berlaku selepas beberapa saat kemudian?
Bola jatuh ke Bulan
Bola terus naik ke atas
Bola jatuh ke bawah semula
Bola hilang daripada pandangan
Apakah maksud graviti Bumi?
Daya yang menarik objek ke arah pusat Bumi
Daya yang menolak objek jauh daripada Bumi
Daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan
Daya yang membolehkan objek terapung di permukaan Bumi
Rajah menunjukkan seorang budak membaling bola. Apakah kesan daya tarikan graviti Bumi?
Objek jatuh ke bawah
Objek berubah bentuk
Objek terapung di udara
Objek berhenti secara tiba-tiba
Rajah menunjukkan Ameer membaling bola ke udara. Ameer mendapati bola itu kembali semula ke bawah. Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatiannya?
Daya tarikan menyebabkan bola itu kembali ke bawah
Daya apungan menyebabkan bola itu terapung di udara
Daya tarikan graviti menyebabkan bola itu jatuh ke bawah
Daya geseran antara bola dan udara menyebabkan bola itu jatuh semula
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan daya tarikan graviti Bumi?
Objek bergerak laju
Objek berubah bentuk
Objek berubah arah gerakan
Objek berada pada kedudukannya
Rajah berikut kedudukan seorang budak lelaki di atas permukaan Bumi. Mengapakah budak lelaki itu tidak jatuh ke bawah?
Kerana Bumi berputar
Kerana daya geseran
Kerana daya tarikan graviti
Kerana mempunyai kestabilan yang tinggi
Rajah menunjukkan sebiji buah pingpong di dalam gelas. Gelas diputarkan dalam gerakan bulat dan dibiarkan di atas meja. Apakah pemerhatian daripada aktiviti ini?
Terkeluar daripada gelas
Terhenti secara tiba-tiba
Terus berpusing tanpa henti
Putaran semakin perlahan dan jatuh ke dasar gelas
Rajah menunjukkan peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Apakah R dan S?
R: Orbit ; S: Paksi
R: Paksi ; S: Orbit
R: Orbit ; S: Lingkaran
R: Lingkaran ; S: Paksi
Rajah menunjukkan Bumi berputar pada paksinya. Antara yang berikut, yang manakah BENAR mengenai putaran Bumi?
Bumi berputar melalui orbitnya
Bumi berputar secara mengikut arah jam
Tempoh satu pusing lengkap adalah 24 jam
Arah putaran Bumi adalah dari timur ke barat
Rajah menunjukkan dua orang murid yang sedang mensimulasikan putaran dan peredaran Bumi. Antara yang berikut, yang manakah BENAR bagi P dan Q?
P: Matahari ; Q: Bumi
P: Bumi ; Q: Bulan
P: Bulan ; Q: Bumi
P: Bumi ; Q: Matahari
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang pergerakan Bumi mengelilingi Matahari?
Bumi mengelilingi Matahari mengikut arah jam
Bumi bergerak mengelilingi Matahari dari Barat ke Timur
Bumi mengelilingi Matahari dari Selatan ke Utara
Bumi membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari adalah selama 24 jam
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan kejadian siang dan malam?
Putaran Bumi pada paksi
Putaran Bulan mengelilingi Matahari
Peredaran Bumi mengelilingi Matahari
Peredaran Bumi mengelilingi Bulan
Rajah menunjukkan pembentukan bayang-bayang sebatang pokok pada tiga waktu yang berbeza. Mengapakah bayang-bayang pada waktu R adalah pada arah yang berbeza?
Perubahan kedudukan Bulan
Perubahan kedudukan Matahari
Matahari berputar pada paksinya
Cahaya Matahari dihalang oleh Bulan
Rajah menunjukkan panjang bayang-bayang yang terhasil pada waktu yang berbeza. Mengapakah bayang-bayang yang terhasil pada pukul 1.00 tengah hari adalah pendek?
Matahari berada dekat dengan objek
Matahari berada tegak di atas objek
Matahari berada di sebelah Barat objek
Matahari berada di sebelah Timur objek
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kesan putaran Bumi pada paksinya?
Pembentukan buruj
Kejadian siang dan malam
Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
Kedudukan Matahari kelihatan seperti berubah-ubah
