Font size
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 58
Worksheet time: 29mins
Ayah berlari ________ kawasan tebing sungai apabila beliau mendengar sayup-sayup suara orang meminta tolong.
A. di
B. ke
C. pada
D. kepada
"Telefon pintar milik murid lelaki yang dirampas semalam telah __________ serahkan kepada Pengetua untuk diambil tindakan selanjutnya," kata Cikgu Khalid.
A. dia
B. saya
C. beliau
D. mereka
Pada mulanya, kakak berasa agak _________ untuk menyesuaikan diri dengan anggota keluarga sebelah suaminya.
A. pelik
B. takut
C. ganjil
D. kekok
Hazwan memandu kereta ke rumah bapa saudaranya di Ipoh _________ navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).
A. beralaskan
B. berpandukan
C. berlandaskan
D. bersandarkan
" ________ hendak ke mana pagi-pagi begini ?" tanya Puan Diana Kepada anaknya.
A. Anda
B. Awak
C. Kamu
D. Tuanku
Sekembalinya dari pejabat, Syahir berehat di ruang tamu sambil _______ kaki.
A. melunjurkan
B. menyusunkan
C. memanjangkan
D. menyimpuhkan
Puan Hasnita tergesa-gesa ke hospital setelah menerima panggilan kecemasan ___________ pengasuh anaknya.
A. dari
B. pada
C. kepada
D. daripada
Masalah ________ bekalan air kerap berlaku di kampung kami sejak akhir-akhir ini.
A. diganggu
B. gangguan
C. terganggu
D. mengganggu
Usahawan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari pejabatnya. ________ dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
A. Dia
B. Beliau
C. Baginda
D. Mereka
Dalam sidang media tersebut, Menteri Besar Pahang ________ kemangkatan Sultan Ahmad Shah pada pagi tadi.
A. merasmikan
B. menyebarkan
C. menerangkan
D. mengumumkan
Para pengguna telefon pintar buatan China itu mulai _________ kerana telefon berkenaan tidak dapat mengakses beberapa peranti lagi.
A. malu
B. panik
C. bosan
D. curiga
Pihak berkuasa menyerbu _________ itu kerana para peniaga menjual barang-barang tiruan.
A. pasar tani
B. pasar raya
C. pasar gelap
D. pasar borong
Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia.
di dalam mana masyarakat
dalam mana masyarakat
dalam mana-mana masyarakat
di mana masyarakat
Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menyusu kera di hutan
C bagai anjing menyalak bukit
D bagai menanam tebu di bibir
Ibu ____________ suara radio apabila terdengar lagu kegemarannya.
menyaringkan
meninggikan
memperlahankan
mengecilkan
Akibat hujan lebat semalam, air sungai mengalir _____________.
laju
tenang
deras
perlahan
Musibah banjir yang melanda telah mengakibatkan penduduk kampung mengalami ____________.
kerugian
kebahagiaan
kegembiraan
keseronokan
Pohon durian yang tidak lagi berbuah itu ___________ oleh ayah.
disiram
dihiris
ditebang
dikerat
Pandemik Covid-19 telah banyak _____________ nyawa jutaan orang di seluruh dunia.
membunuh
meragut
memusnahkan
mematikan
Pembelajaran dalam talian menandakan arus kemodenan yang penting dalam sistem ______________ dunia teknologi terkini.
pendidikan
pengawalan
pengabaian
penglibatan
Para sukarelawan ________________ menghulurkan bantuan bagi melancarkan lagi proses kempen vaksinasi senegara.
berduyun-duyun
berhimpit-himpit
bertungkus-lumus
berpusu-pusu
Para pengkaji sejarah telah menemui beberapa _____________ manusia semasa membuat kajian lapangan.
tumbuh-tumbuhan
tulang-temulang
ubat-ubatan
duit-duitan
Indah sungguh taburan _____________ di angkasa malam ini.
bintang
bulan
matahari
cahaya
Apabila waktu untuk berbuka puasa tiba __________ ibu sibuk di dapur.
para
para-para
segala
segala-segala
Dengan _______________ air mata, adik masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.
berjatuhan
berbasah
berlinangan
berhujan
Sapu tangan adalah sejenis kain yang ___________ empat segi.
berjahit
berlipat
berhias
berbentuk
Pantang larang selalunya ditujukan kepada semua _____________ terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
kumpulan
golongan
pasukan
gerombolan
Bas dengan ____________ 45 penumpang sedang menuju ke Pusat Pengasingan di Daerah Temburung.
ramai
orang
muatan
penuh
Hamziq telah _____________ sebanyak 30 potongan tali yang panjangnya 1.5 meter setiap satu.
mengerat
memotong
menghiris
menebang
Pak Mali membeli sebanyak 25 _______ buah rambutan dengan harga $1.00 seikat.
biji
ikat
ulas
batang
Makanan berkhasiat dapat ___________ diri kita daripada dijangkiti oleh penyakit.
membantu
membuat
menjadikan
menghindarkan
Sayur tauge kaya dengan ______________.
sayuran
vitamin
protein
kabohidrat
Ayam, ikan, daging dan makanan laut merupakan sumber makanan yang mengandungi ______________.
protein
vitamin
karbohidat
lemak
Jumlah gajah semakin __________ akibat kegiatan pemburuan haram yang dilakukan oleh pemburu untuk mendapatkan gading gajah.
banyak
berjumlah
bertambah
berkurangan
I. kadang-kala
II. suka cita
III. sukarela
IV. suka hati
