wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Cerpen Burung Terbang Dipipiskan Lada

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Raja Siam yang bernama Raja Babunya hendak menyerang Melaka?

a)

kerana Sultan Muzaffar Syah tidak mahu negeri Melaka berada di bawah jajahan takluk kerajaan siam.

b)

kerana Raja Siam ingin membalas dendam kepada Sultan Muzaffar Syah yang memperisterikan kekasihnya,Tun Kudu.

c)

kerana Sultan Muzaffar Syah telah membunuh anak kesayangannya yang bernama Cau Pandan

2.

Apakah tujuan Tun Perak membawa orang Kelang bersama dengan anak dan isteri mereka ke Melaka?

a)

supaya para isteri dapat menjadi tukang masak

b)

supaya orang Kelang berperang dengan bersungguh-sungguh demi melindungi anak dan isteri mereka.

c)

supaya golongan wanita menjadi perawat kepada tentera yang luka, manakala kanak-kanak menjadi pasukan tentera tambahan

3.

Mengapakah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka setelah peperangan tersebut tamat?

a)

kerana kagum dengan kebijaksanaan Tun Perak

b)

kerana terhutang budi dengan bantuann yang diberikan

c)

kerana ingin memenuhi amanat ayahnda baginda sultan

4.

Tindakan Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka menyebabkan .......................... berasa tidak puas hati.

a)

Seri Amarta

b)

Seri Nara Diraja

c)

Dato' Lembaga

5.

Demi mendamaikan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja baginda sultan telah

a)

melantik Seri Nara Diraja sebagai Raja Dihilir

b)

menjadikan Seri Nara diraja sebagai pemangku Sultan

c)

menikahkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, isteri baginda setelah diceraikan dan habis edah Tun Kudu.

6.

Berikut merupakan sebab mengapa Seri Nara Diraja bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Kudu kecuali

a)

Tun Kudu masih muda dan memiliki wajah dan perwatakan yang menarik

b)

Tun Kudu seorang yang kaya raya dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat

c)

membalas dendam kepada Tun Perak dengan mengahwini Tun Kudu yang merupakan isterii kepada Tun Perak.

7.

Tun Perak terkenal sebagai pembesar yang bijaksana di Melaka. Berikut merupakan pembesar lain yang bijaksana di negara masing-masing. Pilih padanan yang salah

a)

Patih Aria Gajah Mada - Majapahit

b)

Orang Kaya Kemayan - Pasai

c)

Awi Cakra - Siam

8.

Setelah percubaan tentera Siam menyerang Melaka gagal kali pertama, mereka telah mengatur serangan kali kedua dengan pimpinan .....

a)

Awi Dicu

b)

Awi Cakarawala

c)

Awi Cakri

9.

Berikut merupakan maksud rangkai kata " menyuruh berlengkap" KECUALI

a)

Membuat persiapan

b)

Menyediakan persalinan

c)

Bersiap siaga

10.

Dalam menangani serangan Siam kali kedua, Sultan telah menitahkan ............................., seorang hulubalang raja yang gagah perkasa untuk membantu Tun Bendahara Paduka Raja Tun Perak.

a)

Seri Nara Diraja

b)

Seri Bija Diraja,

c)

Seri Mersing

11.

Berikut merupakan tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak dalam berhadapan dengan serangan angkatan Siam kecuali

a)

mengarahkan Tun Umar melanggar perahu-perahu milik angkatan Siam

b)

mengarahkan Tun Umar untuk menghendap angkatan Siam

c)

Mengarahkan orang Melaka menyalakan obor di setiap pokok sepanjang sungai Melaka

12.

Kemenangan Tun Perak dan pasukannya menghalau tentera Siam balik semula ke Siam menyebabkan Sultan berasa sangat gembira lalu menganugerahkan kepada Tun Perak dan hulubalangnya, ....... ...

a)

sebidang tanah kepada semua mereka yang terlibat

b)

sepersalinan pakaian mengikut pangkat masiing-masing

c)

jawatan kanan di setiap bahagian

13.

Kekalahan Siam menyerang Melaka buat kali kedua menyebabkan Paduka Bubunnya marah, lalu anak baginda yang bernama ................. telah menawarkan diri untuk meneruskan misi paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka.

a)

Cin Cau

b)

Cau Phraya

c)

Cau Pandan

14.

Rancangan anaknda Paduka Babunnya menyerang Melaka tidak kesampian apabila dia mati setelah terkena panahan yang dibuat oleh .....

a)

Sidi Arab

b)

Sidi Oraza

c)

Sidi Umar

15.

Sultan Muzaffar Syah akhirnya mangkat setelah memerintah Melaka selama ............ dan anaknda baginda yang bernama Raja Abdullah telah menaiki tahta dengan gelaran ................ pada usia 27 tahun

a)

47 tahun ............ Sultan Mansur Syah

b)

47 tahun ..... Sultan Muhammad Syah

c)

46 tahun ..... Sultan Mansur Syah

16.

Berikut merupakan kebaikan sesebuah negara yang ditadbir oleh para menteri yang bijaksana KECUALI

a)

pentadbiran negara dapat diurus secara adil dan saksama

b)

ekonomi negara menjadi maju dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan

c)

penyalahgunaan kuasa akan sering berlaku

17.

Berikut merupakan langkah bijaksana perlu dimainkan oleh rakyat dalam memastikan kedaulatan negara terjamin KECUALI

a)

menghindarkan diri daripada perkara yang boleh mengancam perpaduan setiap anggota masyarakat.

b)

menjaga sensitiviti agama, bangsa dan kepercayaan setiap anggota masyarakat

c)

terlibat dengan rusuhan kaum dan sentiasa memuatnaik isu-isu yang boleh menyentuh institusi raja-raja melayu

18.

Berikut merupakan ikhtiar yang boleh dilakukan untuk seorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dengan peperangan KECUALI ..

a)

mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran untuk memastikan setiap isu yang berbangkit dapat diatasi di meja rundingan

b)

mengadakan rundingan dengan negara yang terlibat sebelum peperangan berlaku agar pemuafakatan dapat diwujudkan

c)

membeli sebanyak yang boleh persenjataan moden demi menghadapi musuh

19.

Rangkai kata " berundur diri" bermaksud

a)

berpatah balik

b)

menyerah diri

c)

menawarkan diri

20.

Rangkai kata " terlalu baik rupanya"

a)

ada cacat cela

b)

sangat rupawan

c)

kurang sempurna