wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 BAB 1-WARISAN NEGARA BANGSA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu kecuali

a)

Lambang kebesaran

b)

Undang-undang

c)

Rakyat

d)

Wilayah Pengaruh

2.

Mengapakah air yang dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu diminum oleh rakyat?

a)

Membawa tuah

b)

Menghormati Dewa Siva

c)

Memastian kesejahteraan kerajaan Srivijaya

d)

Menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah

3.

Apakah peranan nakhoda sebagaimana yang tercatat dalam Undang-Undang Laut Melaka?

a)

Mengawal barang dagangan

b)

Mengurus kebajikan penumpang

c)

Menentukan jumlah cukai penumpang

d)

Memastikan keselamatan pelayaran

4.

Apakah maksud wilayah pengaruh ?

a)

Kawasan tanah jajahan dan taklukan raja

b)

kawasan yang dinaungi oleh raja dan kerabatnya

c)

kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui seseorang raja

d)

kawasan yang rakyatnya menganggap raja sebagai tuhan atau wakil tuhan.

5.

Sultan memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada pembesar berempat.

Kawasan ini dikenali

a)

Kawasan pemakaman

b)

Kawasan jual beli

c)

Kawasan pelabuhan

d)

Kawasan pegangan

6.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua peringkat iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan.

Siapakah pembesar pentadbiran di peringkat pusat?

a)

Syahbandar

b)

Bendahara

c)

Penghulu

d)

Bentara

7.

Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, pengayuh atau pendayung kapal.


Amalan berikut berkaitan dengan amalan rakyat terhadap pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah nilai yang dapat ditonjolkan oleh rakyat dalam pemerintahan tersebut?

a)

Pengorbanan

b)

Kesetiaan

c)

Keberanian

d)

Toleransi

8.

Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat.

Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?

a)

Menipu dalam perdagangan

b)

Membunuh rakyat raja

c)

Melakukan perbuatan zina

d)

Menderhaka kepada raja

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan Waadat ?

a)

Hak dan kebebasan rakyat

b)

Adat resam orang tempatan

c)

Perjanjian rakyat dan pemerintah

d)

Peraturan hidup bernegara

10.

Maklumat di bawah merujuk kepada Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?


-Penghulu Bendahari-


Apakah peranan pembesar tersebut bagi memajukan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menguruskan perbendaharaan

b)

Mengawal keselamatan pedagang

c)

Menjalankan hubungan luar

d)

Mengetuai armada laut

11.

Berikut merupakan lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?


-Cap mohor-


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Meluaskan empayar kerajaan

b)

Meningkatkan perbendaharaan

c)

Mengesahkan arahan sultan

d)

Memajukan bidang perdagangan

12.

Dalam Hukum Kanun Melaka terdapat golongan yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.

Antara golongan tersebut ialah

a)

hakim

b)

wanita

c)

pedagang luar

d)

pembesar negeri

13.

Pembesar memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.

Apakah peranan tersebut?

a)

Mengadakan hubungan diplomatik

b)

Menjatuhkan hukuman kepada pesalah

c)

Memperkenalkan undang-undang

d)

Menjadi perantara sultan dan rakyat

14.

Manakah berikut merupakan padanan yang betul mengenai peranan Pembesar Berempat?

a)

Temenggung- Panglima angkatan laut Melaka

b)

Laksamana-Mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran

c)

Penghulu Bendahari-Mengutip cukai

d)

Bendahara-Ketua Turus Angkatan Tentera

15.

Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar adalah wilayah Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanakah wilayah berikut diperolehi?

a)

Melalui peperangan

b)

Melalui perjanjian

c)

Melalui perkahwinan

d)

Melalui pajakan