wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

12.1 (D) Situasi Hipotetikal di Sistem Suria

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian berikut KECUALI

a)

siang dan malam

b)

air laut pasang dan surut

c)

letupan gunung berapi

2.

Apakah yang akan terjadi sekiranya bumi berputar dengan perlahan atau berhenti berputar?

a)

Ketumpatan Bumi akan berkurang.

b)

Jisim Bumi akan bertambah.

c)

Waktu berlaku pasang surut air akan berubah.

d)

suhu di kawasan yang tidak menghadap Matahari menjadi sangat panas

3.

Mengapakah permukaan Bulan yang sama sahaja akan menghadap Bumi sepanjang masa?

a)

kerana bulan berputar lebih laju berbanding tempoh peredarannya mengorbit Bumi

b)

kerana bulan berputar dengan tempoh yang hanmpir sama dengan peredarannya mengorbit Bumi

c)

Kerana bulan sangat perlahan berbanding tempoh peredarannya mengorbit Bumi

4.

Berapakah tempoh masa putaran bulan pada paksinya?

a)

27 jam

b)

24 jam

c)

27 hari

d)

30 hari

5.

Pilih kenyataan yang betul mengenai bulan.

(Pilih lebih daripada satu jawapan.)

a)

Bulan adalah empat kali ganda lebih besar berbanding saiz Bumi.

b)

Bulan merupakan satu-satunya satelit semula jadi Bumi.

c)

Permukaan Bulan yang sama akan menghadap ke arah Bumi pada setiap masa.

6.

Mengapakah Bumi paling sesuai didiami oleh hidupan?

a)

Mempunyai kandungan mineral yang rendah.

b)

Mempunyai kandungan oksigen yang rendah.

c)

Mempunyai kandungan air yang rendah.

d)

Mempunyai julat suhu yang sesuai.

7.

Berikut adalah ciri Bumi yang menjadikan planet ini sesuai untuk hidupan, KECUALI :

a)

Mempunyai atmosfera yang menghalang sinar merbahaya sampai ke Bumi

b)

Mempunyai kandungan air yang banyak untuk semua keperluan hidupan

c)

Mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi untuk pernafasan

8.

Jejak ekologi ialah ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh manusia serta kemampuan Bumi untuk menyerap semua bahan buangan manusia lalu menghasilkan semula sumber sesudah mereka menggunakannya.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara berikut, yang manakah mampu MENINGKATKAN jejak ekologi?

a)

Kitar semula bahan yang diperbuat daripada plastik, logam dan kertas.

b)

Setiap individu menggunakan kereta ke tempat kerja.

c)

Melarang penebangan hutan

10.

Kawasan binaan menggunakan sumber tanah untuk menghasilkan __________

a)

Kayu dan kertas

b)

Penempatan

c)

Kenderaan

d)

Makanan