Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.0 JADUAL BERKALA UNSUR (ULANGKAJI)

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Moden disusun mengikut

a)

tertib nombor nukleon yang menaik

b)

tertib nombor proton yang menaik

c)

tertib nombor nukleon yang menurun

d)

tertib nombor proton yang menurun

2.

Namakan ahli sains yang membahagikan unsur-unsur mengikut sifat-sifat kimianya: logam, bukan logam, gas dan oksida logam

a)

Antoine Lavoisier

b)

Johann W. Dobereiner

c)

John Newlands

d)

Lothar Meyer

3.

Siapakah ahli sains yang memperkenalkan Hukum Triad yang mana unsur-unsur dengan sifat-sifat kimia yang serupa disusun dalam kumpulan yang mengandungi tiga unsur?

a)

Antoine Lavoisier

b)

Johann W. Dobereiner

c)

John Newlands

d)

Lothar Meyer

4.

Siapakah ahli sains yang memperkenalkan Hukum Oktaf yang mana unsur-unsur dikelaskan dalam kumpulan yang mengandungi tujuh unsur dan sifat yang serupa berulang pada unsur kelapan?

a)

Antoine Lavoisier

b)

Johann W. Dobereiner

c)

John Newlands

d)

Lothar Meyer

5.

Ahli sains ini telah memplotkan graf isipadu atom melawan jisimnya dan mendapati bahawa sifat sesuatu unsur berulang apabila unsur itu mempunyai kedudukan yang sama pada graf.

a)

Antoine Lavoisier

b)

Johann W. Dobereiner

c)

John Newlands

d)

Lothar Meyer

6.

Siapakah ahli sains yang menyusun unsur-unsur mengikut jisim atomnya dan meninggalkan ruang kosong untuk unsur-unsur yang belum dijumpai lagi?

a)

Henry Moseley

b)

Dmitri Mendeleev

c)

Lothar Meyer

d)

John Newlands

7.

Siapakah ahli sains yang membahagikan unsur ke dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama?

a)

Lothar Meyer

b)

Dmitri Mendeleev

c)

Johann W. Dobereiner

d)

Henry J. G. Mosely

8.

Saintis yang menyusun unsur menyerupai nada dalam oktaf muzik yang dikenali sebagai Hukum Oktaf.

a)

Antoine Lavoiser

b)

John Newlands

c)

Lothar Meyer

d)

Henry Moseley

9.

Berdasarkan Hukum Triad litium, natrium dan kalium yang berada dalam satu kumpulan yang sama mempunyai ...................

a)

sifat fizikal yang sama

b)

sifat kimia yang sama

c)

no proton yang sama

d)

jisim atom yang sama

10.

Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur

a)

Kumpulan

b)

Kala

c)

Petala

11.

Unsur Kumpulan 1 dikenali sebagai unsur

a)

Logam Alkali Bumi

b)

Logam Alkali

c)

Halogen

d)

Gas Adi

12.

Baris mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur dinamakan sebagai

a)

kumpulan

b)

kala

13.

Kumpulan bagi sesuatu unsur ditentukan melalui

a)

Bilangan elektron valens

b)

Bilangan petala berisi elektron

14.

Kala bagi sesuatu unsur ditentukan melalui

a)

Bilangan elektron valens

b)

Bilangan petala berisi elektron

15.

Gas Helium digunakan untuk mengisi belon pengiklanan kerana sifatnya yang lengai. Mengapakah gas Helium bersifat lengai?

a)

Ia mempunyai ketumpatan yang rendah.

b)

Ia wujud sebagai monoatom.

c)

Ia berada dalam kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur.

d)

Ia telah mencapai susunan elektron yang stabil.

16.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Unsur - unsur Kumpulan 18 mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.

b)

Sifat kelogaman bertambah apabila merentassi kala dari kiri ke kanan.

c)

Unsur kumpulan 18 wujud sebagai dwiatom.

d)

Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat fizik yang sama.

17.

Apabila menuruni Kumpulan 18,

a)

kereaktifan berkurang.

b)

ketumpatan bertambah

c)

saiz atom berkurang

d)

takat didih berkurang

18.

Unsur yang manakah terletak dalam Kumpulan 18 Jadual Berkala.

a)

Nitrogen

b)

Bromin

c)

Argon

d)

Hidrogen

19.

Antara berikut yang manakah merupakan nombor proton gas adi?

a)

4

b)

8

c)

18

d)

20

20.

Antara yang berikut yang manakah digunakan sebagai mentol elektrik?

a)

Udara

b)

Hidrogen

c)

Helium

d)

Argon

21.

Antara yang berikut yang manakah digunakan dalam lampu flash kamera?

a)

Neon

b)

Argon

c)

Kripton

d)

Xenon

22.

Antara unsur di bawah yang manakah mencapai susunan duplet?

a)

Neon

b)

Xenon

c)

Argon

d)

Helium

23.

Jika unsur P mempunyai susunan elektron 2.8.8. Berapakah bilangan petala bagi unsur P ?

a)

2

b)

3

c)

8

d)

18

24.

Jika unsur Q mempunyai 2 petala dan bilangan elektron valens ialah 8. Berapakah nombor proton unsur Q?

a)

2

b)

6

c)

8

d)

10