wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA : PELARASAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sewa belum terperoleh dicatatkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai

a)

Aset semasa

b)

Liabiliti Semasa

c)

Aset bukan semasa

d)

Liabiliti Bukan Semasa

2.

Apakah yang dimaksudkan hutang lapuk terpulih?

a)

Hutang lapuk dihapuskan

b)

Hutang yang akan dikutip

c)

Hutang yang dianggarkan tidak dikutip

d)

Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan.

3.

Di bahagian manakah gaji belum bayar direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

a)

Liabiliti Semasa

b)

Aset Semasa

c)

Hasil

d)

Belanja

4.

Pada 1 Jan 2010, seorang peniaga membeli sebuah van berharga RM60 000.

Selepas 5 tahun, nilai semasanya ialah RM30 000


Apakah sebab nilainya berkurang?

a)

Berlaku kerugian dalam perniagaan

b)

Kos pembaikan semakin meningkat

c)

Berlaku kerosakan fizikal dan keusangan

d)

Perbelanjaan perniagaan semakin bertambah.

5.

Di manakah komisen belum diterima dicatat?

a)

Penyata Kedudukan Kewangan

b)

Akaun Perdagangan

c)

Akaun Untung Rugi

d)

Akaun Penerimaan dan pembayaran

6.

Gaji yang dibayar adalah RM 7000. Didapati sebanyak RM 2000 belum dibayar kepada pekerja. Hitung gaji yang akan direkod ke dalam Akaun Untung Rugi

a)

RM 7000

b)

RM 2000

c)

RM 9000

d)

RM 5000

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk?

a)

Hutang kepada pihak bank

b)

hutang yang lama yang tidak dapat dikutip walau ada usaha dilakukan untuk mengutipnya

c)

Hutang kepada akaun belum bayar

d)

hutang yang baru

8.

Baki sewa diterima di Imbangan duga adalah RM 10000. Sewa yang sepatutnya diterima adalah RM 12000. Nyatakan jenis pelarasan dan amaun yang direkod ke dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Sewa belum bayar RM 2000

b)

Sewa prabayar RM 2000

c)

Sewa belum terima RM 2000

d)

Sewa belum terperoleh RM 2000

9.

Hitung peruntukan hutang ragu jika baki akaun belum terima adalah RM 7000. Perniagaan telah mewujudkan peruntukan sebanyak 5%.

a)

RM 7000

b)

RM 500

c)

RM 350

d)

RM 6650

10.

Hutang lapuk terpulih adalah kategori

a)

belanja

b)

hasil

c)

aset semasa

d)

liabiliti semasa

11.

Insurans yang dibayar adalah untuk tempoh 6 bulan bermula dari September 2020 sebanyak RM 600. Nyatakan pelarasan dan amaun yang perlu direkod ke dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2020.

a)

Insurans belum bayar RM 200

b)

Insurans prabayar RM 200

c)

Insurans belum bayar RM 100

d)

Insurans prabayar RM 100

12.

Nyatakan situasi berkaitan dengan peruntukan hutang ragu? (jawapan lebih dpd 1)

a)

mewujudkan peruntukan hutang ragu

b)

menambahkan peruntukan hutang ragu

c)

melaraskan peruntukan hutang ragu

d)

mengekalkan peruntukan hutang ragu

e)

mengurangkan peruntukan hutang ragu

13.

Berapakah amaun yang akan direkod ke dalam Akaun Untung Rugi jika baki peruntukan hutang ragu adalah RM 560 dan nilai peruntukan hutang ragu yang diselaraskan adalah RM 450.

a)

RM 110

b)

RM 90

c)

RM 450

d)

RM 560

14.

Antara berikut, yang manakah digunakan untuk mengira kos jualan?

a)

Jualan, pulangan keluar, inventori

b)

Belian, inventori awal, angkutan keluar

c)

Belian, inventori awal, angkutan masuk

d)

Jualan, Belanja, Hasil

15.

Dalam Imbangan Duga, dividen ialah RM1 800.

Manakala, dividen yang masih belum diterima pada akhir tahun adalah RM200.


Berapakah jumlah dividen yang sepatutnya diterima bagi tahun kewangan tersebut?

a)

RM1 600

b)

RM200

c)

RM2 000

d)

RM1 800