wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Total questions: 14

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

ABSTINEN


Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.

b)

Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.

c)

Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.

d)

Abstinen merupakan satu penyakit

2.

Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.


Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.

b)

Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.

c)

Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama

d)

Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.

e)

Perbuatan bunuh diri

3.

Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN KECUALI?

a)

Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif

b)

Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.

c)

Masa depan akan hancur.

d)

Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.

4.

Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.

b)

Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.

c)

Kurang minat terhadap pelajaran.

d)

Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.

5.

Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.

a)

"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"

b)

'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.

c)

"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"

6.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah KECUALI

a)

Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual

b)

Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri

c)

Berpakaian kurang sopan

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

e)

Menonton bahan pornografi

7.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?

I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

V Menagih dadah

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, IV, V

d)

I, II, IV, V

8.

Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum Nikah


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolak ajakan melakukan seks

b)

Mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain

c)

Mempraktikkan abstinen dengan tidak bersungguh-sungguh

d)

Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin

e)

Mengelakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah

9.

Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?

a)

Pengaruh rakan

b)

Pengaruh persekitaran

c)

Pengaruh Internet dan media sosial

d)

Pengaruh luar kawalan

e)

Pengaruh guru

10.

kurang didikan _____________________ tidak mampu menjadi perisai untuk menghalang perlakuan tidak baik.

a)

ibu bapa

b)

kawan

c)

agama

d)

guru

11.

Apakah yang berlaku dalam situasi gambar di atas ?

a)

Gambar tersebut menunjukkan iklan

b)

Gambar tersebut menunjukkan berlaku gangguan seksual daripada seorang penumpang lelaki

c)

Ramai penumpang

d)

Penumpang melayari telefom bimbit.

12.

Pilih situasi yang mendorong kepada gangguan tingkah laku sosial

a)

Berhimpit-himpit dengan penumpang lain dengan sengaja semasa berada di dalam pengangkutan awam.

b)

Memasuki tandas awam (perempuan) dengan sengaja

c)

Makan bersama-sama ahli keluarga

d)

Beriadah bersama-sama ahli keluarga

13.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?

a)

Membaca bersama-sama

b)

Membuang majalah tersebut

c)

Mengambil dan menyimpan majalah tersebut

d)

Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah

14.

Terdapat beberapa pengaruh yang menjadi cabaran untuk mengamalkan absteinen

a)

Penagaruh rakan

b)

Pengaruh persekitaran

c)

Pengaruh internet dan media sosial

d)

Pengaruh kawalan