wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 3 (ULANG KAJI SISTEM SURIA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan senarai ahli Sistem Suria yang betul?

a)

Matahari, planet dan satelit semula jadi

b)

Matahari, planet, satelit semula jadi dan asteroid

c)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid dan meteoroid

d)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet

2.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat planet Bumi yang betul?


I Planet yang mempunyai hidupan.

II Planet yang paling kecil.

III Planet yang ke-3 paling dekat dengan Matahari.

IV Planet yang mempunyai air dan atmosfera.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

4.

Bulan merupakan objek semula jadi yang beredar mengellingi planet Bumi. Oleh itu, bulan merupakan sebuah ___________.

a)

asteroid

b)

meteoroid

c)

komet

d)

satelit semula jadi

5.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

6.

___________ terhasil apabila asteroid berlanggar dan menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa.

a)

Komet

b)

Asteroid kecil

c)

Meteoroid

d)

Meteorit

7.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

8.

Planet __________ merupakan planet yang paling sejuk dalam Sistem Suria.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Uranus

9.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

10.

Sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Neptun, adakah Bumi sesuai untuk kehidupan? Mengapa?

a)

Ya, kerana Bumi mempunyai atmosfera.

b)

Ya, kerana Bumi mengandungi air.

c)

Tidak, kerana suhu terlalu panas.

d)

Tidak, kerana suhu terlalu sejuk.

11.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

12.

Planet-planet dalam Sistem Suria hanya akan beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

13.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

14.

Apakah nama planet Y yang ditunjukkan dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
15.

Planet yang ditunjukkan dalam rajah berputar pada sisinya. Apakah nama planet ini?

a)

Neptune

b)

Uranus

c)

Zuhal

d)

Musytari

16.

Antara objek-objek berikut, yang manakah merupakan sebuah bintang?

a)
b)
c)
d)
17.

Rajah menunjukkan Sistem Suria.


Terdapat …………………… planet di dalam Sistem Suria.

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

18.

…………………… ialah lapisan gas-gas yang menyelubungi sesebuah planet.

a)

Ozon

b)

Asteroid

c)

Atmosfera

19.

Rajah menunjukkan kedudukan planet dalam Sistem Suria.


Bumi berada dalam urutan ke-…………………… dari Matahari.

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

20.

Rajah menunjukkan sekumpulan murid sedang melakukan penyiasatan tentang masa pengedaran planet.


Apakah tujuan aktiviti ini?

a)

Menghubungkait masa pengedaran dan jarak kedudukan planet dari Matahari.

b)

Untuk mengukur keluasan padang.

c)

Menghubungkait jarak kedudukan planet dari Matahari dengan masa pengedarannya.