WorksheetsKUIZ DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Siapakah nama watak utama dalam drama "Tenang-Tenang Air Di Tasik"?
Azizi
Muzafar
Muzamir
Mustafa
Mengapakah ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang ingin melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak bagi persediaan ekspedisi akan datang?
Kerana tidak mahu anaknya menjadi mangsa penipuan
Kerana ingin Muzafar menemaninya ke klinik pada tarikh tersebut
Kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu
Kerana bimbang anaknya terjebak dengan anasir yang kurang bermoral
Berapa lamakah Muzafar pergi untuk melatih sekumpulan peserta berkayak di tempat peranginan yang dimaksudkan?
Empat hari tiga malam
Empat hari lima malam
Tiga hari empat malam
Lima hari empat malam
Berikut merupakan ciri-ciri ibu Muzafar yang diperkatakan oleh Azizi, KECUALI...
Seorang wanita yang disegani dan unggul
Seorang yang berfikiran terbuka
Seorang yang berpandangan jauh
Seorang yang mempunyai banyak alasan
Mengapakah Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar semasa mereka berbual pada malam hari pertama selepas sesi latihan diadakan?
Terharu kerana akhirnya dia dapat merasai pengalaman berkayak
Terharu kerana mereka berdua sanggup membantunya ketika jatuh dari kayak siang tadi
Kecewa kerana kewujudannya sering dipandang rendah oleh orang lain
Rasa penghargaan kerana terpaksa menerima kehadiran mereka
Berikut merupakan maklumat dan latar belakang yang diperoleh Muzafar mengenai Muzamir hasil perbualan antara mereka, KECUALI...
Muzamir berasal daripada sebuah keluarga kaya dan ternama di Kelantan
Diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika berusia tiga bulan
Muzamir berasal daripada keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan
Diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan cacat penglihatan
"Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan"
Berdasarkan petikan ayat di atas, gaya bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut ialah :
Responsi
Anafora
Repetisi
Epifora
Berikut merupakan persoalan yang boleh diperoleh dalam drama ini, KECUALI?
Sikap mementingkan pangkat dan kedudukan
Sikap bekerjasama dengan orang lain
Keberanian dalam membuat keputusan
Perasaan kurang senang terhadap anak
Drama "Tenang-tenang air di tasik" merupakan hasil nukilan?
Dayang Noor
Norhashimah Hashim
Janathan Kandok
A.Rahman C.M.
Apakah reaksi ibu Muzafar setelah melihat tayangan video aktiviti berkayak yang ditayangkan oleh Muzafar di studio?
Rasa tergamam dan tidak percaya akan persamaan Muzafar dan Muzamir
Rasa terharu dan gembira dengan kebolehan anaknya
Rasa kurang senang dan pergi meninggalkan studio
Rasa kurang berpuas hati dengan kualiti rakaman video yang ditayangkan oleh Muzafar
