WorksheetsPEMAHAMAN OBJEKTIF TINGKATAN 3
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Jika kita makan di luar, kita perlu memilih premis makanan yang bersih dan bebas _______ serangga perosak.
dari
pada
dengan
daripada
Biliknya berbau ______ kerana sudah berbulan-bulan tidak dikemas.
hamis
hapak
tengik
harum
Murid-murid berkunjung ke pameran pencegahan jenayah itu diberikan beberapa naskhah __________ tentang langkah-langkah menghindarkan jenayah.
buku
risalah
katalog
jurnal
Encik Haikal ______ kejayaan anaknya dalam peperiksaan SPM dengan mengadakan majlis kesyukuran.
meraikan
menyambut
memeriahkan
mengagungkan
Jane berhasrat ______ bidang perubatan sekembalinya ke tanah air pada bulan hadapan.
menduduki
mendalami
menyelami
menelaah
Saridavati menjadi jurujual di sebuah pasar raya ______ menunggu keputusan peperiksaan.
sambil
kerana
apabila
sementara
Pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama bagi ______ Kempen Budi Bahasa pada semua peringkat umur.
berjaya
menjayakan
menjayani
kejayaan
Kita perlu beratur mengikut barisan dan tidak boleh ______ giliran orang lain.
memotong
menyampuk
menyelang
menyelit
Karya sastera disampaikan dalam bentuk _______ yang dilengkapi dengan teks, grafik dan audio.
multimedia
multilateral
multibahasa
multidimensi
Lai Yee merujuk kamus untuk ______ bahan-bahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
terjemah
menterjemah
diterjemah
terjemahkan
Ah Kun _______ bertutur dalam bahasa kebangsaan hingga tidak kedengaran langsung pelat Cinanya.
mahir
pintar
pakar
fasih
Pelbagai jenis barang tinggalan sejarah ______ di Muzium Negara.
pameran
berpamer
dipamerkan
mempamerkan
Malaysia kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang unik ______ pelbagai kaum.
dari
oleh
pada
daripada
Masyarakat Cina mempunyai ______ ketika membuat kuih bakul.
pantang larang
pantang makan
pantang tidak
pantang-pantang
Wayang kulit merupakan sejenis kesenian yang berasal ______ negeri Kelantan.
dari
pada
dengan
daripada
Pada zaman dahulu, permain tradisional mendapat sambutan ______ dalam kalangan masyarakat kita.
hebat
hangat
panas
meriah
“______ biarkan anak-anak anda ke taman permainan tanpa pengawasan daripada ibu bapa,” kata beliau dalam majlis itu.
sila
usah
harap
tolong
Budak-budak itu berlari ______ setelah terlempar sarang tebuan ketika bermain di taman permaian.
lenggang-kangkung
lintang-pukang
gopoh-gapah
lalu-lalang
Aktiviti riadah yang dilakukan bersama-sama dengan keluarga dapat ______ hubungan kekeluargaan.
rapatkan
mengeratkan
eratkan
mengerat
Azhan dan adiknya sedang ______ badan sebelum memulakan larian.
mendidihkan
menyejukkan
melembutkan
memanaskan
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Apakah maksud peribahasa "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"?
Tidak pandai bermain bola
Peniaga yang mengambil keuntungan tinggi
Hampa
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Apakah maksud peribahasa "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"?
Tidak pandai bermain bola
Peniaga yang mengambil keuntungan tinggi
Hampa
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Peribahasa yang manakah mewakili sebagai simpulan bahasa?
Kaki bangku
Bagai anjing dengan kucing
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Sediakan payung sebelum hujan
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?
Darah daging
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Seperti anjing dengan kucing
Mahmod tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keperibadian Mahmod?
Kacang lupakan kulit
Hati hitam
Anjing dengan kucing
Cacing kepanasan
