wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAYAMUM DEBU SUCI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang betul mengenai maksud tayamum dari segi bahasa

a)

Melakukan sesuatu dengan tujuan

b)

Menyapu debu tanah ke muka dan dua tangan bagi menggantikan wuduk

c)

Melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu dengan menggunakan debu tanah yang suci

d)

Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara tertentu berserta niat bagi menggantikan wuduk

2.
  • Air berada di tempat yang terlalu jauh

Pernyataan di atas merujuk kepada ___________ .

a)

rukum tayamum

b)

syarat tayamum

c)

sebab diwajibkan tayamum

d)

sebab diharuskan tayamum

3.

Antara berikut adalah syarat tayamum kecuali _______________.

a)

membaca basmalah

b)

telah masuk waktu solat

c)

mencari air selepas masuk waktu solat

d)

tentukan arah kiblat sebelum tayamum

4.

Antara perkara sunat tayamum ialah _________________.

a)

merenggangkan jari tangan ketika menepuk debu

b)

menggunakan debu tanah yang tidak bercampur dengan bahan lain

c)

berselang seli antara sapuan muka dengan tangan

d)

menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum masuk waktu solat

5.

Antara berikut, yang manakah syarat debu yang boleh digunakan untuk tayamum?

I Bercampur dengan sedikit bahan lain

II Tanah yang berdebu dan bukan abu

III Suci dan tidak bernajis

IV Mustakmal

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

6.
Tayammum ialah menyapu debu tanah ke _________ dan dua tangan hingga ke siku.
a)
dahi
b)
kaki
c)
muka
d)
telinga
7.
Perkara yang membatalkan tayyamum ialah : 
i) melakukan perkara yang membatalkan wudhu'
ii) ada air selepas bertayyamum sebelum solat
iii) menghadap kiblat
iv) mengetahui masuk waktu
a)
i dan ii sahaja
b)
i dan iii sahaja
c)
iii dan iv sahaja
d)
semua di atas
8.

Tayamum boleh menggantikan.....

a)

wuduk

b)

mandi sunat

c)

mandi wajib

d)

basuh muka

9.

________________ ialah anggota tayamum.

a)

Muka

b)

Kepala

c)

Tangan

d)

Kaki

10.

Cara bertayamum mengikut kaedah yang betul....

a)

niat

b)

sapu debu tanah ke muka

c)

sapu debu tanah ke kaki

d)

sapu debu tanah ke tangan

e)

tertib

11.
Apakah pengertian tayyamum?
a)
Menyapu debu tanah
b)
Menyapu debu tanah yang suci
c)
Menyapu debu tanah yang suci ke seluruh muka
d)
Menyapu debu tanah yang suci ke muka serta kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dan syarat2 tertentu
12.
Berapakah rukun tayyamun?
a)
3
b)
4
c)
2
d)
5
13.

Hikmah disyariatkan tayamum adalah menunjukkan bahawa Allah kasih kepada hamba-Nya dengan memberi __________ untuk melakukan ibadat.

a)

kemudahan

b)

keringanan

c)

tatacara

d)

kebaikan

14.

Antar hikmah bertayamum ialah.....

a)

Menjaga kesucian dan kemulian agama kerana melaksanakan solat dalam apa-apa jua keadaan.

b)

Menunjukkan kasih sayang Allah SWT kerana memberi keringanan untuk melakukan ibadah dalam apa-apa jua keadaan.

c)

Menyatukan pandangan umat Islam serta mengaitkan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan negara melalui khutbah.

d)

Memelihara kesihatan badan daripada kemudaratan kerana antara tujuan tayamum termasuklah untuk mengelakkan penyakit daripada semakin merebak atau lambat sembuh.

e)

Menghindari sebarang bentuk kemudaratan pada anggota badan kerana menggunakan air ketika cuaca terlalu sejuk

15.

Pilih susunan yang betul berkaitan rukun tayamum.

a)

Niat -> menyapu debu tanah ke muka -> tertib

b)

Niat -> membaca basmalah ->menyapu debu tanah ke tangan -> tertib

c)

Niat -> menyapu debu tanah ke muka -> menyapu debu tanah ke tangan -> tertib

d)

Niat -> menyapu debu tanah ke tangan -> menyapu debu tanah ke rambut -> tertib

16.
Semua berikut adalah syarat sah tayammun KECUALI
a)
Ketika ketiadaan air
b)
Tidak boleh menggunakan air kerana sakit
c)
menggunakan debu tepung gandum
d)
mengetahui masuk waktu
17.
Debu tanah yang suci ialah ...........
a)
debu yang tidak bercampur dengan najis dan bukan debu yang telah digunakan
b)
debu yang bercampur dengan najis 
c)
debu yang bercampur dengan najis dan debu yang telah digunakan
d)
debu dinding
18.

Dalil naqli tayamum ialah...

a)

Surah Al-Baqarah ayat 183

b)

Surah Al-Maidah ayat 6

c)

Surah Al-Jumu'ah ayat 9

d)

Surah Al-Hujurat ayat 12

19.

Berikut adalah sebab diharuskan tayamum kecuali......

a)

telah masuk waktu solat

b)

tiada air atau tidak cukup air

c)

air berada di tempat yang jauh

d)

sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan

20.

Sebab-sebab yang mengharuskan tayamum ialah :

i) ketiadaan air selepas berusaha mencarinya

ii) membaca basmalah

iii) ada air tetapi hanya cukup untuk diri dan ternakan

iv) cuaca yang terlalu sejuk

v)terhalang mendapatkan air kerana bahaya

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

i, iii, iv dan v sahaja

d)

ii, iii dan v sahaja