wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sains Tingkatan 3 Bab 6 Transformer 3 Abqari

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah simbol yang betul bagi transformer injak turun?

a)
b)
c)
d)
2.

Apakah jenis arus yang dihasilkan oleh transformer?

a)

Kadang kala arus ulang-alik (a.u.) dan ada masanya arus terus (a.t.)

b)

Kedua-dua arus ulang-alik (a.t.) dan arus terus (a.t.)

c)

Arus terus (a.t.)

d)

Arus ulang-alik (a.u.)

3.

Apakah simbol yang betul bagi transformer ini?

a)
b)
c)
d)
4.

Untuk transformer menghasilkan voltan output, sumber input ________.

a)

mestilah arus terus (a.t.)

b)

mestilah arus ulang-alik (a.u.)

c)

sama ada arus ulang-alik (a.u.) atau arus terus (a.t.)

d)

mestilah arus ulang-alik (a.u.) dan juga arus terus (a.t.).

5.

Apakah yang disambungkan kepada gegelung primer sebuah transformer?

a)

Perintang

b)

Sumber arus terus

c)

Gegelung sekunder

d)

Sumber arus ulang-alik

6.

Bateri dalam komputer riba Alex dikadarkan pada 10.8 V. Ia dicas dengan menyambungkannya kepada bekalan sesalur 240 V a.u. Apakah jenis transformer yang digunakan dalam pengecas komputer riba?

a)

Transformer injak turun

b)

Transformer positif

c)

Transformer negatif

d)

Transformer injak naik

7.

Mengapakah transformer tidak boleh beroperasi dengan arus terus?

a)

Arus terus menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah.

b)

Arus terus tidak menghasilkan sebarang medan magnet.

c)

Arus terus menghasilkan medan magnet yang mantap.

d)

Arus terus menghasilkan medan magnet yang lemah.

8.

Bandingkan voltan input (Vp) dengan voltan output (Vs) bagi transformer ini, diberikan bahawa (Vp) adalah bukan sifar.

a)

Vp > Vs

b)

Vp < Vs

c)

Vp = Vs

d)

Vs = 0

9.

Antara berikut, yang manakah adalah transformer yang betul bagi simbol yang diberikan?

a)
b)
c)
d)
10.

Dalam susunan radas yang ditunjukkan ini, apakah yang perlu diubah supaya mentol menyala?

a)

Ubah input kepada arus ulang-alik (a.u.).

b)

Ubah bilangan lilitan dalam gegelung sekunder.

c)

Ubah mentol ke watt yang lebih tinggi.

d)

Ubah bilangan lilitan dalam gegelung primer.

11.

Transfomer boleh dibahagikan kepada dua jenis. Apakah dua jenis ini?

a)
b)
c)
d)
12.

Stesen jana kuasa elektrik menggunakan transformer injak naik sebelum menghantar tenaga elektrik kepada pengguna. Apakah yang ditingkatkan oleh transformer injak naik?

a)

Voltan

b)

Arus

c)

Rintangan

d)

Harga

13.

Dalam susunan radas yang ditunjukkan, yang manakah TIDAK meningkatkan kecerahan mentol?

a)

Meningkatkan bilangan lilitan dalam gegelung primer.

b)

Meningkatkan bilangan lilitan dalam gegelung sekunder.

c)

Meningkatkan voltan dari bekalan kuasa.

d)

Meningkatkan voltan output.

14.

Mentol P dan mentol S adalah serupa. Bandingkan kecerahan mentol P dan mentol S dalam litar yang ditunjukkan.

a)

Mentol P lebih cerah daripada mentol S.

b)

Mentol P menyala tetapi mentol S tidak menyala.

c)

Mentol S lebih cerah daripada mentol P.

d)

Mentol P dan mentol S mempunyai kecerahan yang sama.

15.

Apakah fungsi transformer?

a)

Untuk mengubah medan magnet

b)

Untuk mengubah voltan

c)

Untuk mengubah rintangan

d)

Untuk mengubah suhu