WorksheetsBAHASA MELAYU 6 AR RAZI
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
"___________________akan menyusul tuan hamba sebentar lagi" kata Hang Lekir kepada sahabatnya.
Patik
Hamba
Beta
Adinda
Lapik meja yang _______benang emas itu menarik perhatian para pengunjung yang datang.
menyulam
disulam
sulaman
bersulamkan
Mangsa kemalangan yang cedera _________________itu segera dihantar ke hospital yang berdekatan.
parah
tenat
gering
sakit
Encik Rasul _________________sampai ke pejabatnya kerana terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya akibat hujan lebat.
pernah
belum
masih
mungkin
Puan Alia bangun ________membuka pintu apabila dia mendengar orang memanggil namanya.
hingga
agar
dan
lantas
Ali telah menerima _________daripada guru kelasnya supaya dia mengutip buk-buku yang bertaburan di atas lantai itu.
mengarahkan
arahan
arahkan
diarahkan
Aini sungguh terperanjat _____________mendapati bahawa dompetnya tiada di dalam beg sekolah.
sejurus
kepada
untuk
jikalau
Abang Abu terpaksa ______________________ke pejabat dengan membonceng motosikal kawanya semenjak keretanya rosak.
mundar-mandir
dentam-dentum
berulang-alik
lintang pukang
Emak selalu berpesan kepada kami ________sentiasa menjaga budi bahasa walau di mana kami berada.
agar
kerana
supaya
tetapi
Encik Karim membeli seratus ___________sate untuk menjamu anak-anaknya yang pulang pada hujung minggu.
tangkai
luas
batang
cucuk
Janet berjaya menjawab semua soalan pengetahuan am itu dengan betulnya kerana dia mempunyai ___________________yang sangat kuat.
daya imaginasi
daya usaha
daya ingatan
daya cipta
Puan Aini mengisi masa ____________ dengan menjual biskut secara dalam talian.
sibuknya
senggangnya
terakhirnya
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Barisan pertahanan pasukan hoki itu gagal menyekat kemaraan pihak lawan menyebabkan mereka gagal menjuarai pertandingan hoki.
Barisan pertahanan pasukan hoki tidak berjaya menjadi juara dalam pertandingan kerana gagal mara ke pihak lawan.
Kegagalan barisan pertahanan pasukan hoki itu menyekat kemaraan pihak lawan menyebabkan mereka tidak menjadi juara dalam pertandingan hoki.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Ayah , bilakah kita akan pulang ke kampung nenek," tanya Siti.
Siti ditanya oleh ayah tentang masa mereka pulang ke kampung
Siti bertanya kepada ayahnya tentang masa mereka pulang ke kampung nenek.
Pilih ayat yang betul.
Ayam goreng ini sangat garing dan sedap rasanya.
Jalan menuju ke pekan haru biru akibat kemalangan yang dasyat.
Dahi Zainal benjol akibat ______________pada bucu meja.
terhantuk
terketuk
terlanggar
Ibu Azman ________________ ke majlis itu dengan memakai kebaya berwarna jingga.
kunjung
dekat
hadir
Saya sekeluarga sering ke Pulau Langkawi untuk ___________________keindahan pantai.
menikmati
merasai
merenung
Hakim dan Syahmi pergi ke perpustakaan kerana __________ ingin meminjam buku
dia
kami
beliau
mereka
"__________ mohon beredar, tuanku." Sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
Beta
Patik
Saya
Hamba
Kapak yang digunakan oleh Haikal untuk menebang pokok di tepi sungai itu sangat __________ kerana telah diasah terlebih dahulu.
tajam
kukuh
tumpul
cantik
Aiman menyerahkan surat tawaran untuk bersekolah di sekolah asrama penuh __________ ibunya.
daripada
kepada
pada
oleh
Dr. Ain merupakan seorang __________ kosmetik yang pemurah kerana sering menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin.
jutawan
budiman
karyawan
angkasawan
" Janganlah kita __________ hanya kerana perkara yang remeh-temeh," kata Fatin kepada Dania
bertikam lidah
berpeluk tubuh
berganding bahu
bersengkang mata
Air yang ______________ di dalam bekas yang terbiar itu boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.
berendam
berlinang
bertakung
berkubang
Kita boleh memilih _____________ hendak pergi ke Pulau Redang ____________ ke Pulau Tioman.
baik ... baik
entah ... entah
jangankan ... pun
sama ada ... ataupun
Kita
seharusnya jangan ________ apabila ada orang lain yang mengkritik hasil kerja
yang telah kita lakukan.
kata hati
bulat hati
ambil hati
terang hati
Pemandu kenderaan diingatkan supaya senantiasa berwaspada ketika berada di jalan raya semasa pulang ke kampung pada hari perayaan.
Pilih perkataan antonim bagi berwaspada.
lalai
tegas
cermat
prihatin
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah sutradara filem animasi “Laksamana Upin & Ipin” yang hangat diperkatakan itu?
Watak Upin & Ipin merupakan tunggak utama
filem animasi tersebut.
Filem animasi tersebut diarahkan oleh Muhammad Usamah
Zaid Yasin.
Cerita asal filem anamasi tersebut diilhamkan
oleh Burhanuddin
Md. Radzi.
Kos pembikinan filem animasi itu ditaja oleh
Dato’ Mohd
Nizam Abd Razak.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Merokok boleh mengakibatkan lumpuh keupayaan perut untuk
mengimbangkan asid.
Merokok mengakibatkan asid dalam perut lumpuh keupayaannya.
Akibat merokok boleh melumpuhkan perut mengimbangi keupayaan asid.
Kesan merokok boleh melumpuhkan keupayaan asid mengimbangkan perut.
Keupayaan perut mengimbangkan asid lumpuh kesan daripada amalan merokok.
