Font size
Worksheets2.1.6 dan 2.1.7 Reka Bentuk Pembuatan
Total questions: 59
Worksheet time: 30mins
Antara yang berikut, yang manakah kaedah pembuatan yang digunakan dalam penghasilan model 3D?
Kaedah Curahan
Kaedah Taburan
Kaedah Tuangan
Kaedah Semburan
'Proses mengubah bentuk sesuatu produk menjadi bentuk lain dan produk tersebut boleh digunakan'
Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah pembuatan :
Pemesinan (Machining)
Acuan (Moulding)
Sambungan (Joining)
Pembentukan (Forming)
Pilih DUA teknik tuangan dalam membuat acuan model 3D :
Tuangan panas
Tuangan suam
Tuangan sejuk
Tuangan beku
Antara yang berikut, yang manakah BENAR tentang kaedah pembuatan teknik pemesinan?
Melalui proses peleburan dan penuangan ke dalam acuan
Mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain
Membuang sesuatu bahagian pada bahan
Penyambungan bahan-bahan untuk membentuk produk baharu
Untuk membuat acuan, bahan yang TIDAK BOLEH digunakan ialah :
botol
kulit kerang
tanah liat
gam
Untuk membuat model 3D menerusi kaedah moden, alatan yang boleh digunakan ialah :
epoxy resin
Plaster of Paris
pen berdakwat kekal
mesin pencetak 3D
Rajah di atas menunjukkan suatu model.
Apakah alatan yang digunakan untuk menghasilkan model tersebut?
Pen 3D
Pencetak 3D
Pensel 2B
Plaster of Paris
Bahan kemasan yang sesuai digunakan untuk menyadur produk yang diperbuat daripada keluli ialah :
plastik
perak
lekar
pelekat
Penilaian terhadap model 3D yang dihasilkan akan dilakukan dengan melihat pada aspek elemen dan prinsip reka bentuk. Apakah tujuan penilaian dilakukan?
Untuk mengatasi kelemahan yang ada
Untuk membandingkannya dengan produk lain
Untuk meningkatkan kuantiti produk
Untuk membolehkan pengguna menyumbang idea baharu
Dalam penghasilan produk, apakah tujuan inovasi?
Untuk mengoptimumkan pasaran
Untuk mengehadkan persaingan
Untuk meminimakan kos pengeluaran
Menghasilkan idea yang lebih kreatif
Nyatakan maksud kaedah pembuatan Tuangan(Casting)?
Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki
Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan
Bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi
Rongga yang terdapat pada acuan menyerupai bentuk produk sebenar. Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibiarkan mengeras
Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah pembuatan Acuan(Moulding)
Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki
Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan
Bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses sebelumnya disambungkan menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi
Rongga yang terdapat pada acuan menyerupai bentuk produk sebenar. Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibiarkan mengeras
Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina sesuatu produk
Gambar manakah yang menunjukkan kaedah pembuatan Pemesinan(Machining).
Gambar manakah yang menunjukkan kaedah pembuatan Sambungan(Joining)
Tandakan betul pada 2 jenis model yang menjadi asas kepada pembinaan satu produk.
Model awal 3D
Model pencetak 3D
Model Statik
Model Berfungsi
Tandakan 3 proses yang betul bagi menghasilkan komponen menggunakan kaedah tuangan.
Menghasilkan model awal 3D
Membuat acuan
Tuangan
Pembinaan acuan
Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membuat Acuan model 3D
Timah
Tembaga
Besi Keluli
Plaster of paris
Nyatakan jenis bahan yang sesuai digunakan dalam Tuangan Panas
Plaster of paris
Simen
Tembaga
Resin epoxy
Apakah bahan yang sesuai digunakan dalam Tuangan Sejuk?
Timah
Keluli
Resin epoxy
Tembaga
Nyatakan kaedah terkini bagi menghasilkan model awal 3D
Tuangan panas
Tuangan sejuk
Membuat Acuan Model 3D
Mesin pencetak 3D
Tandakan 3 langkah awal dalam Proses Menghasilkan Acuan Menggunakan Plaster of Paris
Sapukan lapisan minyak pada model awal 3D
Sediakan plaster of paris
Celupkan separuh bahagian model awal 3D ke bahagian dalam pes plaster of paris
Campurkan dengan air sehingga menjadi pes
Letakkan di dalam bekas
Tandakan 2 langkah akhir dalam Proses Menghasilkan Acuan Menggunakan plaster of paris
Sediakan plaster of paris
Biarkan sehingga kering
Tanggalkan model awal 3D dengan berhati-hati
Bersihkan acuan yang terbentuk
Ulangi langkah satu hingga enam
Apakah yang dimaksudkan dengan model awal 3D?
Acuan yang digunakan untuk membuat rupa bentuk luaran
Tuangan yang digunakan untuk membuat model 3D
Model awal yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentuk luaran
Objek yang dibina setelah model 3D dihasilkan
Apakah nama kaedah ini?
Masakan
Panas
Tuangan
Perahan
Apakah tujuan proses ini?
mengubah bentuk sesuatu bahan
mengukur sesuatu bahan
membaiki mesin tersebut
permainan baharu
Pilih dua pernyataan yang betul bagi Model Statik.
Boleh berfungsi
Dihasilkan untuk melihat rupa bentuk sebenar produk
Tidak boleh bergerak
Dihasilkan untuk menilai kefungsian produk
Apakah nama peralatan ini?
Mesin pelelas
Mesin penyembur cat
Mesin pencetak 3D
Mesin gergaji
Berikut bahan-bahan untuk membuat bekas tuangan KECUALI
Pasir
Tanah liat
Tepung gandum
Plaster of paris (pop)
Berapakah nisbah sukatan bagi kedua-dua jenis bahan di atas?
30 - 70
60 - 40
40 - 60
50 - 50
80 - 20
Berdasarkan gambar, teknik di atas disebut sebagai ..
Tuangan sejuk
Sambungan (Joining)
Tuangan resin epoxy
Tuangan panas
Susun langkah pemasangan pen 3D yang betul
i. Panaskan elemen pemanas pada pen
ii. Pilih bahan mencetak
iii. Sambung pen 3D kpd sumber kuasa
iv. Uji bahan mencetak
v. Masukkan bahan mencetak pada pen.
iv, v, i, ii, & iii
iii, ii, i, v, & iv
iii, iv, ii, i, & v
v, i, iv, iii, & ii
Namakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk dalam gambar di atas.
Tanah liat
Kulit kerang
Plastik
Pasir
Plaster of paris
Apakah teknik dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk di atas?
Tuangan panas, resin epoxy
Tuangan panas, zink
Tuangan sejuk, resin epoxy
Tuangan panas, pasir
Tuangan sejuk, plaster of paris (pop)
Antara bahan mencetak yang sesuai digunakan bersama PEN 3D ialah
Polylactic Acid (PLA)
Acrylic Acid (AA)
Wireframe (WF)
Thermal Polyurethane (TPU)
Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS)
_____________ dihasilkan untuk menilai kefungsian bahagian pada produk.
Model Berfungsi
Membuat acuan
Tuangan panas
Model Statik
Tuangan sejuk
SUATU PROSES MENGUBAH BENTUK SESUATU BAHAN MENJADI BENTUK YANG LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK.
Apakah teknik pembuatan yang dimaksudkan?
Pemesinan
Pembentukan
Acuan
Sambungan
PROSES MEMBUANG SESUATU BAHAGIAN DARIPADA BAHAN SUPAYA MENJADI BENTUK YANG DIKEHENDAKI.
Apakah kaedah pembuatan yang dimaksudkan?
Tuangan
Pembentukan
Pemesinan
Sambungan
Tandakan 3 kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.
Acuan
Bekas
Tuangan
Sambungan
Peleraian
DIHASILKAN UNTUK MELIHAT RUPA BENTUK SEBENAR SESUATU PRODUK.
TIADA BAHAGIAN YANG BOLEH DIGERAKKAN.
Penyataan di atas merujuk kepada ...
Model berfungsi
Model statik
Antara berikut, yang manakah turutan proses menghasilkan acuan model 3D yang tepat?
Tuangan - Menghasilkan model awal 3D - Membuat acuan
Membuat acuan - Tuangan - Menghasilkan model awal 3D
Menghasilkan acuan 3D - Membuat acuan - Tuangan
Berikut merupakan senarai bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan model awal 3D kecuali ...
Tanah liat
Tanah loam
Kayu
Plastik
Tandakan 3 bahan tuangan panas.
Plastik
Resin epoxy
Timah
Tembaga
Plaster of Paris
Berikut merupakan bahan tuangan sejuk kecuali ...
resin epoxy
besi keluli
Plaster of Paris
TANGGALKAN MODEL AWAL 3D DENGAN BERHATI-HATI.
Pernyataan di atas merupakan langkah ke berapa dalam proses menghasilkan acuan menggunakan Plaster of Paris?
6
7
8
9
Apakah kaedah konvensional yang digunakan untuk menghasilkan model 3D?
Pen 3D
Pencetak 3D
Acuan dan tuangan
Berikut merupakan bahan yang boleh digunakan untuk membuat model 3D dengan kaedah acuan dan tuangan kecuali ...
Plaster of Paris
Epoxy resin
Pen 3D
Epoxy harderner
Berikut merupakan jenis bahan mencetak yang digunakan pada pen 3D kecuali ...
ABS
PLA
PVC
TPU
Bahan kemasan yang sesuai digunakan dalam kaedah kemasan jenis sembur ialah ...
(Tandakan 2 jawapan yang tepat)
cat licau
cat
lekar
syelek
SUATU KAJIAN SAINS YANG DIGUNAKAN UNTUK MENJELASKAN CAS-CAS ELEKTRIK YANG STATIK.
Pernyataan di atas merujuk kepada ...
elektromagnet
elektrik
elektrostatik
electroplating
Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk melakukan proses electroplating kecuali ...
Bikar
Wayar
klip rambut
klip buaya
Proses pembuatan menggunakan kaedah tradisional di kenali sebagai....
kaedah konvensional
kaedah moden
Kaedah pembuatan menggunakan kaedah moden memakan masa yang lebih lama untuk disiapkan. Betul atau salah?
Betul
Salah
Berikut adalah kaedah membentuk produk melalui proses peleburan dan menuang ke dalam acuan yang disediakan. Nama kaedah pembuatan tersebut ialah ....
Kaedah tuangan
Kaedah Acuan
Kaedah pembentukan
Kaedah pemesinan
Berikut adalah contoh kaedah pembuatan menggunakan....
kaedah moden
kaedah konvensional
Pilih kaedah yang digunakan dalam teknologi pembuatan
KAEDAH ALAMI
KAEDAH KONVENSIONAL
KAEDAH MANUAL
Berikut merupakan tuangan panas kecuali.....
Timah
Tembaga
Plaster of paris
Besi keluli
Teknologi pembuatan mempunyai kaedah yang pelbagai untuk menghasilkan sesuatu produk. Di antaranya ialah .......
Tuangan dan kemasan
Pembentukan dan acuan
Pemesinan dan kualiti
Mesin dan alatan tangan
Peringkat PERTAMA dalam proses pembuatan produk ialah....
Melakar
Membuat Penilaian
Perancangan
Kaji selidik
Model __________ dihasilkan untuk melihat rupa reka bentuk sebenar sesuatu produk.
Gantian
Sebenar
Statik
Berfungsi
