wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN - ULANGKAJI T5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah kepentingan bahagian fungsian dalam syarikat Proton Bhd ?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Membantu mencapai objektif

c)

Melancarkan perjalanan operasi syarikat

d)

Mengembangkan perniagaan

2.

Maklumat berkaitan struktur organisasi dalam Syarikat Aman Bina Sdn. Bhd.Pekerja menjalankan tugas yang diberikan oleh ketua.Pekerja menghantar laporan tugasan kepada ketua. Apakah struktur organisasi yang terlibat ?

a)

Jenis tugas

b)

Pembahagian kerja

c)

Hierarki pengurusan

d)

Hubungan antara ketua dengan pekerja

3.

Komunikasi dalaman antara pekerja dengan pekerja yang lain dalam Syarikat Zawara Sdn Bhd dikenali sebagai

a)

ekstranet

b)

online

c)

internet

d)

intranet

4.

Antara tugas pengurus dalam bahagian pengeluaran bertanggungjawab memastikan semua bahan input berada dalam keadaan baik, perkara ini merujuk…

a)

kawalan awalan

b)

kawalan semasa

c)

kawalan selepas

d)

kawalan keselamatan

5.

Antara berikut yang manakah kepentingan pasaran baru kepada Syarikat Cantek kayu Enterprise?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Menguasai pesaing

c)

Menaikkan imej syarikat

d)

Mewujudkan peluang pasaran

6.

Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.

a)

Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

c)

Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

d)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Encik Razak sebagai pengurus sumber manusia di Syarikat A. Aktiviti menganalisis keperluan sumber manusia dalam organisasi. Mengkaji analisis kerja untuk memenuhi keperluan kerja yang perlu .Memastikan tidak berlaku lebihan dan kurangan dalam sumber tenaga kerja. Apakah peranan yang dimainkan oleh Encik Razak dalam syarikat tersebut?

a)

Pemantapan budaya professional

b)

Kawalan sumber manusia

c)

Perancangan

d)

Kepimpinan

8.

Majikan akan membayar penggajian ini secara tunai kepada para pekerjanya pada akhir suatu tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat. Apakah jenis penggajian tersebut

a)

Elaun

b)

Komisen

c)

Gaji pokok

d)

Bonus tunai

9.

Gambar di bawah menunjukkan Cik Ai Ling yang bekerja sebagai seorang chef di sebuah restoran. Apakah kategori kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh beliau?

a)

Kelayakan dalam bidang masakan

b)

Pengalaman kerjaya sebagai tukang masak

c)

Berpengetahuan tentang pengurusan hospitaliti

d)

Kemahiran penggunaan teknologi

10.

Manakah yang merupakan sumber fizikal bagi sebuah pusat tuisyen?

a)

Pembaikan dan penyelenggaraan

b)

Bangunan dan kelengkapan

c)

Kilang dan mesin

d)

Stok

11.

Perusahaan Perabot Kreatif menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas mesin-mesin dan peralatan mereka dengan tujuan…

a)

menukar mesin yang lama kepada baharu

b)

memastikan operasi kilang berjalan lancar mengikut jadual

c)

operasi pengeluaran dapat dihentikan apabila berlaku kerosakan

d)

usahawan menjual mesin kepada syarikat pesaing

12.

Apakah peranan badan tersebut?

a)

Meluluskan undang-undang berkaitan harta intelek

b)

Menguruskan pendaftaran harta intelek di Malaysia

c)

Menyediakan pembiayaan untuk menggalakkan reka cipta

d)

Menyediakan kemudahan untuk menghasilkan harta intelek

13.

Pernyataan manakah yang betul tentang prosedur mengurus sumber teknologi bagi sebuah syarikat produksi animasi tempatan?

a)

Mendaftar hak cipta karya filem animasi dengan MyIPO

b)

Menyediakan pelbagai kamera berteknologi tinggi

c)

Menginsuranskan semua jenis kamera dan peralatan

d)

Menghasilkan pelbagai jenis filem animasi dan dokumentari

14.

Puan Manisah telah menghasilkan sebuah buku resepi masakan yang laris di pasaran. Bagi mengelakkan daripada kegiatan cetak rompak beliau telah mohon hak cipta terpelihara. Apakah tujuan beliau berbuat demikian?

a)

Mendapatkan kebenaran untuk memasarkan bukunya di pasaran

b)

Mendapatkan kebenaran untuk menjual bukunya ke luar negara

c)

Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri

d)

Mendapatkan hak perundangan ke atas hasil ciptaannya

15.

Encik Afiq baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dengan sebuah syarikat pengiklanan. Beliau telah memulakan perniagaan pengiklanannya sendiri dengan dibantu oleh anaknya. Beliau telah menggunakan wang dalam akaun simpanan peribadinya di bank.

Apakah sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Afiq?

a)

Overdraf

b)

Akaun simpanan

c)

Bank dan institusi kewangan

d)

Sumber pembiayaan dalaman