Font size
WorksheetsULANGKAJI BAB 3: PENGANGKUTAN (SAINS T3)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah fungsi injap?
Membenarkan pengaliran darah dalam satu hala sahaja.
Memastikan makanan yg ditelan tidak keluar semula.
Mengurangkan tekanan dalam salur darah
Memastikan darah dari atrium tidak boleh keluar
Apakah nama dinding tebal yg berada di antara jantung kiri dan kanan?
Atrium
Ventrikel
Pulmonari
Septum
Kumpulan darah yang manakah boleh menerima darah daripada seorang penderma berdarah A?
i - Darah jenis A
ii - Darah jenis B
iii - Darah jenis AB
iv - Darah jenis O
i dan ii
iii dan iv
i dan iii
ii dan iv
Saiz lumen luas dan mempunyai tekanan darah yang rendah.
Arteri
Vena
Kapilari
Sel darah merah
Struktur ini sangat penting dalam pembekuan darah.
Platelet
Sel darah merah
Sel darah putih
Plasma
Namakan alat yang digunakan untuk mengambil bacaan sistol dan diastol.
Stetoskop
Potometer
Alat emparan
Sfigmomanometer
Tekanan darah yang normal bagi orang dewasa ialah .............
60 - 90 mmHg.
80 - 120 mmHg.
90 - 130 mmHg.
100 - 140 mmHg.
Jantung haiwan manakah mempunyai tiga ruang?
Itik
Buaya
Paus
Kodok
Ramli telah kehilangan banyak darah dalam kemalangan jalan raya. Setelah diperiksa, doktor mendapati kumpulan darah beliau ialah AB. Kumpulan darah apakah yang boleh dipindahkan kepada Ramli?
A
B
AB
O
Antara faktor berikut, yang manakah menentukan kumpulan darah seseorang?
Jenis antigen dan antibodi
Warna dan kepekatan darah
Jenis pemakanan yang diambil
Jenis antigen dan hormon
Empat batang pokok keembung yang ditanam di dalam empat pasu telah diletakkan di beberapa kawasan berbeza. Pokok manakah yang akan layu terlebih dahulu?
Di dalam ruang tamu
Di tepi tingkap
Di bawah tempat simpan kereta
Di kawasan lapang di hadapan rumahnya
Mengapakah ventrikel kiri mempunyai dinding yang paling tebal?
Menahan tekanan darah yang tinggi dari atrium kiri.
Menghasilkan tekanan yang tinggi untuk menghantar darah ke seluruh badan.
Mengepam darah beroksigen.
Mengepam darah yang berkepekatan tinggi.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sistem peredaran darah dalam manusia?
Jantung mempunyai empat ruang
Semua arteri membawa darah beroksigen
Semua arteri membawa darah keluar dari jantung
Semua vena membawa darah memasuki jantung
Apakah kelebihan sistem peredaran darah 'ganda dua' pada manusia?
Dapat mengekalkan tekanan darah yang tinggi dan sekata
Supaya lebih banyak darah boleh diedarkan ke seluruh badan
Darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen
Supaya tekanan darah pada peparu tidak terlalu tinggi
Manakah aliran darah pada jantung manusia yang betul?
vena kava --> atrium kanan --> ventrikel kanan --> ventrikel kiri -->aorta
vena kava --> atrium kanan --> ventrikel kanan --> arteri pulmonari
arteri pulmonari --> atrium kiri --> ventrikel kiri --> aorta
vena pulmonari --> atrium kanan --> ventrikel kanan --> ventrikel kiri -->aorta
Semasa jantung berkeadaan sistol, ...
ventrikel mengecut
darah yang keluar dari jantung bertekanan tinggi
injap bikuspid dan trikuspid tertutup
darah masuk ke atrium
Denyutan nadi terhasil akibat pengecutan dan pengenduran dinding arteri. Manakah penyataan yang salah?
Denyutan nadi boleh dirasai di bahagian leher
Antara faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi adalah jantina.
Bacaan tekanan diastolik lebih tinggi daripada bacaan tekanan sistolik.
unit bacaan tekanan darah adalah mm Hg
Manakah antara keadaan berikut yang tidak baik untuk kesihatan jantung?
Jantung katak (kumpulan amfibia) mempunyai satu ventrikel sahaja. Ini menyebabkan ...
perjalanan darah lebih laju
sel-sel badan mendapat lebih banyak oksigen
karbon dioksida lebih senang dikeluarkan dari badan
darah beroksigen dan darah terdeoksigen akan bercampur
11) Rajah menunjukkan tumbuhan mengalami kehilangan air melalui gutasi. Pernyataan yang manakah BENAR tentang gutasi?
berlaku pada waktu siang
kebanyakannya berlaku pada pinggir daun
berlaku apabila kelembapan udara rendah
adalah sejenis embun
