WorksheetsMesin 2
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Manakah antara berikut bukan kegunaan tuas?
Mengangkat barang
Membuka penutup tin
Menggerakkan objek berat
Mencantumkan objek
Senarai di bawah menunjukkan beberapa jenis objek.
* Kapak
* Pin
* Pisau
Antara berikut, jenis mesin manakah yang mewakili tiga objek di atas?
Tuas
Baji
Roda dan gandar
Skru
Rajah menunjukkan sebuah basikal.
Antara jenis mesin berikut, yang manakah terdapat pada basikal?
Gear dan takal
Gear, roda dan gandar, tuas
Gear, takal, roda dan gandar
Gear, takal dan tuas
Maklumat di bawah merupakan jenis mesin yang terdapat pada sebuah alatan.
* Tuas
* Roda dan gandar
Antara alatan berikut, yang manakah mempunyai jenis mesin di atas?
Kereta sorong
Pemukul telur
Kapak
Gunting
Antara mesin berikut, manakah yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat?
Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan penciptaan mesin?
Untuk membantu kita mengembara lebih pantas
Untuk membantu kita mencuci pakaian
Untuk membantu kita membuat senjata nuklear
Untuk membantu kita mengetahui masa
Pernyataan di bawah menerangkan tentang sejenis mesin.
Ia merupakan sejenis baji.
Ianya digunakan untuk memisahkan satu benda menjadi dua bahagian.
Jenis mesin yang dimaksudkan adalah
Kereta sorong
Tangga
Tombol pintu
Kapak
Antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan takal?
Rajah menunjukkan sebuah mesin.
Antara jenis mesin berikut, manakah yang terdapat dalam rajah?
Tuas
Roda dan gandar
Satah condong
Baji
Pilih pernyataan yang betul tentang gear.
Memisahkan objek kepada dua bahagian dan membawa beban berat.
Membawa beban berat dan mengubah kelajuan objek
Membawa beban berat dan mengubah kelajuan objek
Mengubah kelajuan objek dan mengubah arah gerakan objek
Jenis mesin manakah yang mencantumkan dua objek bersama?
Tuas
Roda dan gandar
Skru
Gear
* Roda dan gandar
* Skru
* Gear
* Baji
Antara alatan berikut, yang manakah mempunyai kesemua jenis mesin di atas?
Penebuk lubang
Gerudi tangan
Tangga
Gunting
Rajah menunjukkan rumput dipotong dengan sebuah mesin.
Apakah kebaikan menggunakan alat di atas?
Mengurangkan pencemaran udara dan meningkatkan penggunaan minyak
Mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan tenaga
Menjimatkan tenaga dan kerja disiapkan dalam masa yang singkat
Kerja disiapkan dalam masa yang singkat dan meningkatkan penggunaan minyak
Berdasarkan rajah, apakah jenis mesin yang terlibat untuk mengangkat beban dari kereta sorong ke atas lori?
Gear dan tuas
Takal dan tuas
Satah condong dan tuas
Baji dan satah condong
Jadual menunjukkan perbandingan antara kerja yang dilakukan dengan mesin dan tanpa mesin.
Apakah yang boleh anda katakan tentang bilangan kotak yang mampu diangkat oleh pekerja berdasarkan keputusan penyiasatan? (Pemerhatian)
Bilangan kotak yang mampu diangkat menggunakan mesin lebih banyak berbanding tanpa menggunakan mesin.
Bilangan kotak yang mampu diangkat tanpa mesin lebih banyak berbanding yang menggunakan mesin.
BIlangan kotak yang mampu diangkat menggunakan mesin atau tanpa mesin adalah sama sahaja.
Berikan alasan bagi jawapan kamu pada soalan 16. (Inferens/alasan)
Ini kerana mesin membolehkan kita mengangkat beban yang sedikit berbanding tanpa menggunakan mesin
Ini kerana mesin membolehkan kita mengangkat beban yang banyak berbanding tanpa menggunakan mesin
Ini kerana tanpa mesin,beban yang diangkat sama sahaja dengan menggunakan mesin.
Ini kerana tanpa mesin, beban yang diangkat lebih banyak berbanding dengan penggunaan mesin.
Apakah yang mesti ditetapkan dalam kajian ini? (Pembolehubah Malar)
Bilangan perkerja
Jenis mesin
Bilangan kotak yang diangkat
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dari penyiasatan ini?
Mesin membolehkan kita mengangkat beban dengan banyak.
Mesin membolehkan kita mengangkat beban yang sedikit.
Mesin atau tanpa mesin membolehkan kita mengangkat beban pada kadar yang sama.
Dalam satu penyiasatan, terdapat dua cara digunakan untuk memindahkan kotak yang berat. Jadual menunjukkan keputusan penyiasatan tersebut.
Apakah tujuan penyiasatan itu?
Untuk menyiasat hubungan di antara pemindahan kotak dengan bilangan kotak yang dapat dipindahkan dalam tempoh lima minit.
Untuk menyiasat hubungan di antara cara untuk memindahkan kotak dengan kotak yang dapat dipindahkan dalam tempoh lima minit.
Untuk menyiasat hubungan di antara cara untuk memindahkan kotak dengan bilangan kotak yang dapat dipindahkan dalam tempoh lima minit.
Untuk menyiasat hubungan di antara pemindahan kotak dengan tempoh lima minit.
Berdasarkan jadual, apakah yang diubah? (Pembolehubah dimanipulasi)
Bilangan kotak yang dapat dipindahkan dalam lima minit
Cara untuk memindahkan kotak
Berat kotak
Jenis mesin
Berdasarkan jadual, apakah yang diperhatikan? (Pembolehubah bergerakbalas)
Jenis mesin
Berat kotak
Cara untuk memindahkan kotak
Bilangan kotak yang dapat dipindahkan dalam tempoh lima minit.
