NEW
Font size
WorksheetsF2 BM Kekal - kata kerja
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Keputusan yang baik dapat digunakan untuk ( ) kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan.
memilih
menafsir
mengasah
menampil
Sebelum daun mengkuang dijangat, ibu ( ) daun mengkuang itu dahulu.
melayur
memanas
meraut
memotong
Perempuan itu ( ) di antara kedua-dua anaknya yang sedang berkelahi itu.
memotong
meracik
menahan
mencelah
Kami terpaksa ( ) perbelanjaan yang tidak perlu kerana kurangnya pendapatan yang dijangkakan pada tahun depan.
menambahkan
mencantas
menebas
menggunting
Kami tidak dapat ( ) cek di bank pada hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer.
menunaikan
penyebaran
menghantar
merentas
Jalan raya yang ( ) negeri itu sangat banyak.
memotong
mengharungi
merentas
mencelah
Perubahan besar telah berlaku dalam cara ( ) maklumat kepada para pengguna.
mengasah
menunaikan
perhubungan
penyebaran
Kisah kejayaan murid itu mencipta sejenis peralatan berteknologi tinggi menggunakan bahan-bahan terbuang telah ... di dada akhbar.
terpamer
tergambar
terbentang
terpampang
Mak Kiah sedang ... tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.
menganyam
menenun
menekat
menjahit
Para pelancong berasa terpegun melihat keunikan Masjid Kristal yang ... indah di Pulau Wan Man.
terdiri
terpancar
tersergam
terbina
Pak Din membawa kami ... sungai itu dengan sampannya untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
menyeberangi
menjalani
menyusuri
menjejaki
Kita haruslah tabah .... cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
merasai
menjejaki
merempuhi
mengharungi
Semua peserta kawad kaki dikehendaki ... kasut kulit masing-masing supaya nampak berkilat.
mengelap
menyapu
menggilap
menghias
Dua orang mata-mata gelap itu sedang ... lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah itu dari belakang tanpa disedarinya.
menuruti
mengekori
membolosi
mengiringi
Setiap rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk ... perpaduan yang telah terjalin antara kaum demi kemakmuran negara.
mewujudkan
mengekalkan
menjadikan
memikirkan
Anjing itu ... seketul tulang.
menjinjit
menganga
membimbit
menggonggong
Pertandingan ... bunga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
mengubah
menggarang
menggubah
menjerang
Keluarga saya telah ... di pekan ini sejak sepuluh tahun yang lalu.
bermastautin
berziarah
bernaung
bertukar
Amran telah __________ saya untuk bercuti di kampungnya di Kuala Besar pada cuti sekolah nanti.
menanti
menyetujui
mempelawa
mengajukan
