wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RIWAYAT HIDUP BAGINDA RASULULLAH S.A.W SEMASA KECIL

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Nabi Muhammad saw yang kita cintai dilahirkan di Mekah, pada pagi Isnin, Tahun Gajah. Yakni tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah Abrahah, beberapa bulan selepas ayahnya Abdullah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?

a)

1 Syawal

b)

12 Rabiul Akhir

c)

12 Rabiul Awwal

d)

12 Jamadil Awwal

2.

Rasulullah saw yang kita rindui dilahirkan di Mekah, pada pagi Isnin, Tahun Gajah. Apakah maksud nama Nabi Muhammad?

a)

Yang mulia

b)

Yang terpuji

c)

Yang baik

d)

Yang amanah

3.

Selain bondanya, siapakah wanita pertama yang menyusukan baginda saw ? Beliau adalah bekas hamba kepada Abu Lahab.

a)

Suwaibah

b)

Halimatussa'diah

c)

Abu Lahab

d)

Aminah

4.

Kebiasaannya orang-orang Arab kota mengupah ibu susu terutamanya dari luar kota. Pilih 3 sebab mengapakah mereka berbuat demikian?

a)

Mereka berpendapat anak- anak kecil perlu berada jauh dari kota supaya terhindar daripada pengaruh yang tidak baik.

b)

Hidup diluar kota juga dianggap boleh menguatkan tubuh badan kerana di luar kota udara lebih segar.

c)

Supaya anak mereka berpeluang belajar bahasa Arab dengan betul dan fasih.

d)

Supaya mereka dapat balik kampung.

5.

Ibu susuan Nabi yang kedua ialah ________________________________ dari kamu Bani Sa'ad.

a)

Suwaibah al-Islamiyah

b)

Halimatussa'diah

c)

Aminah

d)

Ummu Aiman

6.

Ketika baginda berumur 4 atau 5 tahun, berlaku peristiwa aneh, yakni pembedahan dada Rasulullah. Diambil segumpal darah (hitam) lalu Jibril berkata ”inilah bahagian syaitan yang ada di dalam tubuhmu.”Apakah yang dimaksudkan dengan SEGUMPAL DARAH tersebut?

a)

Jantung

b)

Darah

c)

Hati

d)

Peparu

7.

Ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah, Aminah diserang penyakit lalu meninggal dunia di Abwa’ sebuah tempat yang terletak di antara Makkah dan Yathrib (iaitu Madinah). Berapakah umur Nabi pada masa itu?

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

8.

Nabi Muhammad saw diuji sekali lagi apabila datuknya Abdul Mutallib meninggal dunia di Makkah ketika baginda berumur 8 tahun.Siapakah yang menjaga Baginda selepas kematian datuknya?

a)

Bapa saudaranya Abu Lahab

b)

Bapa saudaranya Abu Talib

c)

Bapa saudaranya Abu Sufyan

d)

Abu Bakar as-Siddiq

9.

Ketika baginda saw berusia 12 tahun baginda di ajak Abu Talib pergi berdagang keSyam yang kini dikenali sebagai _________.

a)

Madinah

b)

Mekah

c)

Syria

d)

Lubnan

10.

Sebagai umat Baginda Rasulullah s.a.w, pilih 2 cara bagaimanakah kita dapat memurnikan kembali kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w?

a)

Jadikanlah baginda contoh ikutan dalam kehidupan kita seharian.

b)

Mempelajari sirah iaitu perjalanan hidup baginda, supaya dapat lebih mengenalinya dan lebih mencintai baginda hari demi hari

c)

Menggantung gambar Rasulullah s.a.w supaya dapat mentatap wajah baginda setiap hari.

d)

Membeli buku kisah-kisah Nabi.