wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA 2

Total questions: 80

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Keropok itu _____ ketika panas selepas goreng.

a)

A. rangup

b)

B. lemau

c)

C. pejal

d)

D. liat

2.

Kerajaan menyediakan pelbagai ______ untuk menarik pelabur asing ke negara ini.

a)

A. prasyarat

b)

B. pratonton

c)

C. prabayaran

d)

D. prasarana

3.

Dia hanya _______ daun pisang untuk melindungi diri daripada hujan.

a)

A. payung

b)

B. berpayung

c)

C. berpayungan

d)

D. berpayungkan

4.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.


Bagi menjamin warga tua menikmati kehidupan yang sempurna, mereka perlu diberikan penjagaan dan tempat tinggal yang selesa.

a)

A. Tempat tinggal yang selesa amat penting bagi warga tua agar mereka hidup dengan sempurna.

b)

B. Warga tua hendaklah mendapat kehidupan yang sempurna dengan diberikan tempat tinggal yang selesa pada masa depan

c)

C. Warga tua perlu diberikan penjagaan serta tempat tinggal yang selesa agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

d)

D. Sebagai jaminan, warga tua memerlukan penjagaan dan tempat tinggal yang lebih sempurna.

5.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.


Sebilangan remaja lebih cenderung untuk mencurahkan masalah peribadi mereka kepada rakan.

a)

A. Rakan menjadi tempat luahan perasaan bagi remaja bermasalah.

b)

B. Banyak remaja lebih suka menceritakan masalah peribadi kepada rakan mereka.

c)

C. Sebilangan remaja yang bermasalah lebih gemar berkongsi rahsia dengan rakan mereka.

d)

D. Remaja yang suka meluahkan masalah mereka akan bermasalah dengan rakan mereka.

6.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.


Amar berjaya menjadi pelajar cemerlang kerana usaha yang berterusan sejak awal tahun hingga hari peperiksaan.

a)

A. Usaha Amar sejak awal hari peperiksaan telah menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan.

b)

B. Usaha Amar menjelang peperiksaan telah mendorong kejayaannya yang cemerlang.

c)

C. Kejayaan Amar itu disebabkan usahanya yang berterusan sejak awal hingga menjelang peperiksaan.

d)

D. Kejayaan Amar bergantung pada usaha saat terakhir menjelang peperiksaan sahaja.

7.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Jiran saya bangun di waktu pagi untuk pergi ke ladang.

II Dewan itu akan digunakan oleh kami semasa upacara

penyampaian hadiah esok.

III Tolong lap pinggan mangkuk itu hingga kering.

IV Pesanan Cikgu Manizah itu telah saya sampaikan

kepada mereka.

a)

A. I, II dan III sahaja

b)

B. II, III dan IV sahaja

c)

C. III dan IV sahaja

d)

D. I dan II sahaja

8.

"_______ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

9.

Ibu sedang ________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.

a)

menyiang

b)

mengopek

c)

memotong

d)

mencencang

10.

Pakar forensik itu ___________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

11.

"Kamu _____________ mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah," kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

12.

Kanak-kanak yatim itu bergembira __________ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

13.

"____________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya!" kata Lin kepada Syamila.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

14.

Adik mengutip duit syiling yang ___________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

berterabur

d)

bertaburan

15.

Ayat di bawah mungki betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih kesalahan yang telah digariskan.


Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang pintu pagar sekolah sempena temasya sukan tahunan sekolah.

a)

Bendera-bendera

b)

berkibaran

c)

di

d)

Tiada kesalahan

16.

Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin tidak.


Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

a)

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

b)

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

c)

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

d)

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

17.

Ayah mengeluh kehampaan sambil menyarung kain pelekatnya yang telah ..........

a)

lusuh

b)

pudar

c)

kusam

d)

luntur

18.

Buku-buku lama yang disimpan di dalam almari itu .......... oleh tikus.

a)

digigit

b)

digerit

c)

ditelan

d)

dimakan

19.

Pemandangan sawah padi yang luas .......... di kampung nenek indah nian.

a)

terbuka

b)

terpapar

c)

terlentang

d)

terbentang

20.

Datuk sering menceritakan pengalaman .........nya semasa zaman penjajahan Jepun kepada saya.

a)

duka lara

b)

jerih perih

c)

pahit getir

d)

susah senang

21.

Datuk sering menceritakan pengalaman .........nya semasa zaman penjajahan Jepun kepada saya.

a)

duka lara

b)

jerih perih

c)

pahit getir

d)

susah senang

22.

Peniaga atas talian itu baru sahaja ......... barang-barang yang dipesan oleh pelanggannya.

a)

mengeposkan

b)

mengposkan

23.

Ibu bapa amat bimbang akan jangkitan .......... kepada anak-anak kecil mereka.

a)

selsema

b)

selesema

24.

Puan Mastura perlu menyiapkan .......... berkaitan dengan pembalakan haram selewat-lewatnya minggu depan.

a)

kertas graf

b)

kertas taip

c)

kertas kerja

d)

kertas saring

25.

Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.

a)

kasar

b)

gentar

c)

gopoh

d)

pantas

26.

Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

a)

mengayak

b)

menyaring

c)

menggoyang

d)

menggoncang

27.

Proses _________ undi bagi pilahan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.

a)

penyebaran

b)

pemarkahan

c)

pemerhatian

d)

pembuangan

28.

Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.

a)

penyataan

b)

pernyataan

c)

kenyataan

d)

menyatakan

29.

Gambar di atas menunjukkan isi kelapa yang sedang _______.

a)

dikaut

b)

diparut

c)

dikorek

d)

dicungkil

30.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

31.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Izzah seorang yang sangat pendiam.

Apiqah pula seorang yang sangat peramah

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

32.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Bagai dakwat dengan kertas

33.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

iku hati mati, ikut rasa binasa

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

34.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

35.

________ roti sudah memadai untuk sarapan kami bertiga.

a)

Sebungkus

b)

Sebuku

c)

Sebutir

d)

Sebuah

36.

Farhana mewarisi kemahiran ___________ biola daripada ibunya yang merupakan guru muzik.

a)

menggosok

b)

menggesek

c)

memetik

d)

memintal

37.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

prasyarat

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

prasekolah

38.

1. Pengurus besar syarikat____Encik Aiman tugasan mengedit kertas kerja itu.

a)

menyerahi

b)

menyerahkan

c)

menyerah

d)

berserah

39.

2. Ibu_____abang yang berada di luar negara surat tawaran kemasukan kolej.

a)

mengirimkan

b)

berkirim

c)

berkirimkan

d)

mengirimi

40.

3. Kerajaan_____masyarakat supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.

a)

menasihatkan

b)

dinasihatkan

c)

menasihati

d)

dinasihati

41.

Profesion____dianggap sebagai kerjaya yang mulia dalam semua masyarakat.

a)

perguruan

b)

keguruan

c)

guru

d)

bergurukan

42.

Usahanya untuk____ilmu kejuruteraan itu menemukan kegagalan.

a)

mendalami

b)

memperdalam

c)

memdalamkan

d)

mendalam

43.

6. Potret yang cantik dari Istanbul itu____dinding ruang makan rumahnya.

a)

menghias

b)

menghiasi

c)

menghiaskan

d)

berhias

44.

__sungai di kawasan itu semakin meningkat akibat _ yang dilakukan oleh sebuah syarikat konsesi swasta.

a)

pedalaman ... pendalaman

b)

pendalaman ... pendalaman

c)

kedalaman ... pendalaman

d)

kedalaman ... pedalaman

45.

Encik Hun_____kerja pembacaan pruf buku baharunya kepada Encik Tan.

a)

menugaskan

b)

menugasi

c)

bertugas

d)

tugasan

46.

Filem itu tidak dibenarkan untuk____umum.

a)

tontonan

b)

mempertontonkan

c)

ditonton

d)

tonton

47.

Encik Hazizul melantik seorang juruukur untuk mengukur____tanah sawahnya.

a)

perluasan

b)

peluasan

c)

keluasan

d)

meluaskan

48.

Puan Syahirah bersyukur apabila_____keuntungan yang berlipat ganda dalam perniagaannya hasil usahanya yang tidak mengenal erti putus asa.

a)

perolehan

b)

beroleh

c)

memperoleh

d)

peroleh

49.

Profesor Amar membuat kajian lanjutan dengan berdasarkan___kajian yang dilakukan____50 orang responden.

a)

dapatan ... terhadap

b)

pendapat ... dengan

c)

pendapatan ... kepada

d)

kedapatan ... pada

50.

Seorang penyelia luar dilantik oleh pihak universiti bagi memantau____penuntut tahun akhir fakulti perubatan.

a)

pengajian

b)

pengkajian

c)

kajian

d)

mengkajikan

51.

Setelah kematian suaminya, Puan Ayuni tidak mahu____rumah pusaka itu kerana anak-anaknya sudah____di luar negara.

a)

mendiamkan ... berdiam

b)

mendiami ... menghuni

c)

mendiami ... bermastautin

d)

mendiami ... berdiam

52.

Cerita seram yang disiarkan dalam televisyen itu____cerita lama tentang sebuah rumah usang yang tidak___.

a)

berlandaskan ... berpenghuni

b)

berkonsepkan ... berpenghuni

c)

bertemakan ... berpenghuni

d)

berjudulkan ... berpenghuni

53.
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
a)
dan 
b)
tetapi
c)
walaupun
d)
manakala
54.
1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
a)
kerana
b)
agar
c)
supaya
d)
jika
55.
 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
a)
kerana
b)
sambil
c)
lalu
d)
maka
56.
__________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
a)
semasa
b)
setelah
c)
supaya
d)
sementara
57.

Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

58.

Buku kerja Sains ada ________ Omar.

a)

dengan

b)

pada

c)

kepada

d)

untuk

59.

Dia memotong rumput ___________ sebilah parang.

a)

dari

b)

dengan

c)

ke

d)

pada

60.

_______ waktu lapang, Rahman suka bermain dengan adiknya ___ rumah.

a)

Pada, ke

b)

Ke, pada

c)

Pada, di

d)

Di, pada

61.

Buku itu dibeli oleh abang ________ adik.

a)

kepada

b)

di

c)

untuk

d)

dari

62.

Adakah ayat ini betul?

Saya tinggal daripada Taman Permata.

a)

salah

b)

betul

63.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mandi-manda di pantai kerana banyak________ditemukan di sepanjang pantai itu.

a)

labi-labi

b)

ubur-ubur

c)

kelip-kelip

d)

kura-kura

64.

Petani itu sedang ________ anak-anak padi di sawahnya.

a)

ditanam

b)

tertanam

c)

menanam

d)

penanaman

65.

Pokok-pokok ________ ditanam di sepanjang jalan itu.

a)

tebal

b)

renek

c)

pendek

d)

panjang

66.

Rozi sahaja yang dapat menjawab soalan yang sukar itu kerana dia _____

a)

otak kering

b)

otak cair

c)

otak udang

d)

otak lembu

67.

Pak Mat menangkap ikan dengan serawan ________.

a)

kertas

b)

kanvas

c)

jala

d)

kain

68.

Zamarul membeli sebuah komputer riba berjenama _________ untuk kegunaan peribadi.

a)

Acer

b)

Waja

c)

Nike

d)

Bata

69.

Ibu melarang adik __________ televisyen hingga larut malam.

a)

menjenguk

b)

menuntun

c)

menonton

d)

menuntut

70.

Siew Mei tidak menduga bahawa ____________ boleh berjaya mendapat johan dalam pertandingan nyanyian.

a)

saya

b)

awak

c)

dia

d)

mereka

71.

Kakak menutup makanan di atas meja menggunakan ______________.

a)

peti surat

b)

papan tanda

c)

beg tangan

d)

tudung saji

72.

Pilih kata nama Am

a)

kucing

b)

Si Comel

c)

Kuala Lumpur

d)

Bahasa Melayu

73.

2. Pilih kata nama Khas

a)

padang

b)

kantin

c)

bilik darjah

d)

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira

74.

Saya bermain bola di.................................sekolah.

a)

padang

b)

kantin

c)

bilik darjah

d)

makmal komputer

75.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

76.

_____________________ keadaan nenek kamu?

a)

Bagaimanakah

b)

Apakah

c)

Bila

d)

Siapakah

77.

Saya dan Kim Seng bercadang untuk mencari buku rujukan Bahasa Melayu di ____________ itu.

a)

kedai runcit

b)

kedai buku

c)

taman bunga

d)

rumah

78.

Setiap kali cuti persekolahan, Zurina akan pulang ke _____ untuk menziarahi datuk dan neneknya.

a)

rumah

b)

pekan

c)

bandar

d)

kampung

79.

Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah _____.

a)

Menara Condong

b)

Gunung Kinabalu

c)

Menara Kuala Lumpur

d)

Menara Berkembar Petronas

80.

Ibu menyimpan se_____ kek untuk adik.

a)

biji

b)

butir

c)

buah

d)

potong