NEW
Font size
WorksheetsUjian Bersepadu Oktober PSV Tingkatan 1
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
1. Bilakah sejarah Seni Visual tanah air bermula?
A. 1930-an
B. 1940-an
C. 1950-an
D. 1960-an
2. Pelukis manakah yang bergiat aktif di negara kita pada awal sejarah seni catan tanah air?
A. Abdullah Ariff dan Yong Mun sen
B. Yusuf Ghani dan Redza Piyadesa
C. Datuk Syed Ahmad Jamal
D. Latiff mohidin dan Yusuf Ghnani
3. Apakah unsur seni yang terpenting dan merupakan aktiviti asas dalam melakar dan melukis?
A. Garisan
B. Warna
C. Jalinan
D. Rupa
4. Hujan turun lebatnya sehingga membasahi bumi. Titisan hujan tersebut boleh dikategorikan sebagai garisan jenis _______________________ .
A. Putus-putus
B. Berpancar
C. Berombak
D. Melengkung
5. Garisan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas menimbulkan kesan
A. Rupa
B Warna
C. Bentuk
D. Jalinan
6. Apakah maksud rupa?
A. Merupakan hasil pertemuan garisan permulaan dengan penghujungnya.
B. Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan objek.
C. Jarak atau kawasan di sekeliling, atau di antara pada sesuatu objek.
D. Merupakan objek atau apa-apa sahaja yang mempunyai ketinggian, kelebaran, keluasan dan kedalaman dan bersifat 3 dimensi.
7. Apakah maksud jalinan?
A. Merupakan hasil pertemuan garisan permulaan dengan penghujungnya.
B. Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan objek.
C. Jarak atau kawasan di sekeliling, atau di antara pada sesuatu objek.
D. Merupakan objek atau apa-apa sahaja yang mempunyai ketinggian, kelebaran, keluasan dan kedalaman dan bersifat 3 dimensi.
8. Bentuk terdiri daripada dua jenis, iaitu bentuk ilusi dan _____________.
A. Bentuk sebenar
B. Bentuk jalinan
C. Bentuk ruang
D. Bentuk konkrit
9. Jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan dikenal sebagai __________________.
A. Jalinan tampak
B. Jalinan sentuh
C. Rupa
D. Penegasan
10. Jalinan tampak ialah _______________.
A. Jalinan yang dapat disentuh dan lihat
B. Jalinan yang terdapat pada kulit pokok
C. Jalinan yang terdapat pada tayar kereta
D. Jalinan yang tidak dapat dirasai melalui sentuhan dan hanya boleh dilihat sahaja.
11. Jalinan sentuh boleh dipindahkan daripada satu objek ke permukaan rata yang lain melalui teknik ________________ .
A. Renjisan
B. Gosokan dan capan
C. Catan dan renjisan
D. Renjisan dan capan
12. Karya lukisan di atas dapat menunjukkan konsep ruang yang dikenal sebagai ruang.
A. Struktur
B. Konkrit
C. Maya
D. Ilusi
13. Berdasarkan gambar rajah diatas, lukisan ini menggunakan _________________ .
A. Satu titik lenyap
B. Dua titik lenyap
C. Tiga titik lenyap
D. Empat titik lenyap
14. Warna utama atau warna asas adalah terdiri daripada warna ______________ .
A. Biru , hijau dan, ungu
B. Merah, kuning dan hitam
C. Putih, biru, dan kelabu
D. Merah, kuning dan biru
15. Campuran dua warna asas akan menghasikan warna sekunder yang terdiri daripada warna _________________
A. Merah, hijau, jingga
B. Biru, merah, kuning
C. Hijau, jingga, ungu
D. Kuning, merah , hitam
16. Manakah antara ruang berikut yang menunjukkan jenis ruang fizikal ?
A. Ruang rata
B. Ruang cetek
C. Ruang nyata
D. Ruang dalam
17. Apakah fungsi unsur ruang?
A. Menampakkan jarak antara objek
B. Objek dihasilkan berwarna-warni
C. Memastikan objek sentiasa kontra
D. Semua objek jelas dan tidak kabur.
18. Apakah elemen yang dapat dikaitkan dengan ruang dan perspektif?
A. Saiz, warna dan jarak
B. Bentuk dan imbangan
C. Warna dan pergerakan
D. Ruang terbuka dan ruang tertutup.
19. Apakah definisi harmoni?
A. Jarak antara objek wujud dialam nyata
B. Penggunaan ruang dalam lukisan dan catan
C. Tindak balas cahaya terhadap sesuatu permukaan.
D. Berkait rapat dengan penyatuan objek atau elemen rekaan yang sama dalam sesuatu gubahan secara tersusun, teratur dan bersesuaian.
20. Penyataan yang manakah benar mengenai kontra?
A. Kontra juga dikaitkan dengan kesatuan
B. Kontra menimbulkan kesan keselesaan dalam karya seni visual.
C. Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara bertetangan antara satu sama lain.
D. Kontra merupakan tindak balas cahaya
21. Mengapakah perkataan pada papan tanda jalan raya menggunakan warna kontra?
A. Keindahan
B. Menarik perhatian
C. Tujuan keselamatan
D. Mewujudkan kepelbagaian
22. Pernyataan yang manakah boleh dikaitkan dengan penegasan?
A. Penumpuan unsur seni atau imej yang kelihatan ketara.
B. Keadaan unsur seni yang dapat dilihat dalam keadaan seimbang
C. Susunan unsur-unsur seni yang menunjukkan pergerakan
D. Pernyatuan unsur-unsur seni yang menimbulkankesan harmoni
23. Ciri yang manakah dapat mewujudkan penegasan?
A. Warna yang kontra
B. Garisan yang sama
C. Bentuk yang sama
D. Rupa yang sama
24. Apakah fungsi penegasan dalam penghasilan poster?
A. Menyeimbangkan sesuatu keadaan
B. Menimbulkan tumpuan atau fokus
C. Menyepadukan unsur-unsur seni
D. Mewujudkan kesan keseragaman
25. Teknik yang manakah digunakan untuk menghasilkan penegasan?
A. Elemen yang kontra
B. Warna yang harmoni
C. Bentuk yang sama
D. Unsur jalinan yang sama
26. Kepelbagaian warna dapat dilihat pada
A. Sebiji epal
B. Segugus kunci
C. Sebatang pokok
D. Sebuah taman bunga
27. Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?
A. Sebatang pokok
B. Sebuah buku
C. Cermin mata
D. Kereta
28. Apakah garisan yang membahagikan dua bahagian sesuatu objek?
A. Garisan halus
B. Garisan tebal
C. Garisan paksi
D. Garisan cantik
29. Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?
A. Mewujudkan kestabilan
B. Mewujudkan kehebatan
C. Mewujudkan kekuatan
D. Mewujudkan keanggunan
30. Apakah fungsi imbangan pada cermin mata?
A. Lebih cantik
B. Lebih menarik
C. Keselesaan pengguna
D. Mudah dipakai
